Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Kari Kerang


Mee Kari Kerang


Dua hari lepas hubby memberitahu yang dia ada menjemput kawan kawan ke rumah dan meminta saya memasak dan memyediakan sedikit kuih muih. 

Saya terfikir elok jika saya memasak Mee Kari Kerang kerana saya belum pernah lagi memasak mee kari kerana kurang menggemarinya. Lagipun dengan memasukkan kerang, pastinya menjadi kesukaan anak lelaki saya yang memang suka makan kerang.


Mee Kari Kerang

Saya terjumpa resepi mee kari kerang yang dikatakan sangat sedap dan membuat ubahsuai dari beberapa resepi setelah mengambilkira feedback dan komen yang diberi. Kalau masakan seperti ini, kita bebas untuk mengubahsuai ramuan ramuan dan cara caranya, tidak seperti kuih muih yang perlu diikuti sukatan dan bahan digunakan.

Pagi pagi lagi saya telah memulakan aktiviti memasak. Bukan apa, tapi kerana saya tidak suka tergopoh gopoh dan mahu memastikan semua telah tersedia bila tetamu mulai tiba di rumah.  Semua tetamu adalah istimewa pada kami dan kami sangat mengalu alukan kedatangan mereka yang pasti membawa rahmat pada seisi keluarga di Nur Qaseh.


Mee Kari Kerang

Mee Kari Kerang 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - di potong kecil
6 sudu besar rempah kari daging (bancuh dg sedikit air)
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)
5 cawan stok udang
1 kg isi kerang atau lebih
1/2 cawan minyak masak
2 keping fishcake- hiris nipis
10 ketul fish ball- belah 2
1 biji kentang - rebus & tumbuk
Garam dan sedikit gula

Air secukupnya 

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu besar cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 btg serai
2 sudu besar udang kering- rendam & tos
1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dg stok udang)

Bahan Tumis
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk

Bahan Utk Mee dan Hiasan
1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
2 fish cake - goreng & hiris nipis
4 biji telur - direbus & belah dua
4 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Taugeh - goreng tanpa minyak
Bawang goreng

Cara-cara
Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. 

Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi.



Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. 

Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.

Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.





Masukkan  fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.

Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.




Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. 

Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.


Mee Kari Kerang


Cara Menyediakan Mee Kari Kerang.
Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.

Tuangkan kuah di atas mee tadi.

Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng.

Sedia untuk dimakan


Mee Kari Kerang


Enjoy ...


Mee Kari Kerang

Mee Kari Kerang



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

109 ulasan for "Mee Kari Kerang"

  1. Salam kenal Azie, sedapnya tgk mee kari ni betulx2 menyelerakan..byk menu sedapx2 disini saya follow yer:):)

    BalasPadam
  2. As salam untuk Nieza. Terima kasih kerana sudi follow my blog. Saya sangat berbesar hati dan semoga kita dapat berkenalan dengan lebih rapat. Mee kari hari ni sangat sedap kerana cukup bahan bahan dan menggunakan stock udang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdapnye... Nk cuba resepi ni. Trima kasih yer, sy share

      Padam
    2. Sedap mee kari Azie..memang kena Cuba resepi ni..sy kongsi ye Azie..

      Padam
    3. Sy follow yee..nanti nk cuba buat mee kari by kk azie

      Padam
  3. Salam Puan Azie,
    saya diam-diam cuba resepi ni, memang terbaik ..wlupun 1st time buat..sedap.
    terima kasih share resepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Tahniah

      Padam
    2. Salam Puan , sue pernah buat resipi nie memang sedap tp Kali nie famliy hus nak lagi sue buat resipi yg sama tapi nak kuantity yg byk .... Seperti 60 org mkn mcm maner sue nk angarkan bahan nyer cik Puan

      Padam
  4. npk sdap..nk cuba lh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. My guests semua puji. My hubby pun kata sedap. Habis satu periuk besar. Jom cuba dan bagi feedback lepas tu

      Padam
    2. Kalau masak kuah nya malam tahan tak esok makan besok harinyan kak azie

      Padam
  5. Salam. Saya dah cuba resepi ni. Sedap! Macam tak percaya saya yang masak. Boleh buat lagi untuk hidangan sampingan waktu raya. Terima kasih banyak2 sebab kongsi resepi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah dan terima kasih kr memberi feedback. At least utk rujukan pembaca lain yg ingin mencuba resepi ini

      Padam
    2. Saya dh cuba.Terbaik dari ladang!

      Padam
  6. lain daripada yang lain. Thanks

    BalasPadam
  7. Kak azie teror masak erkkk mne blajo resepi ea..

    BalasPadam
  8. Sy dh msak mee kari ni bwa kt tmpat keje.kwan2 semua komen sdap...tq kak azie...

    BalasPadam
  9. Mohon tuk share juga resepi ni.tq :)

    BalasPadam
  10. Salam.. Ni dlm berape org tetamu ye? Mohon tanye sebb saye pon xpernah msk mee kari, teringin nk msk nnt tapi untuk 50 org.. Huhu
    Salam perkenalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tak pasti lah pulak. Tetamu kami hari itu rasanya lebih dari 15 orang.

      Padam
  11. Salam Kak Azie,

    Saya selalu mengikuti blog Azie dan perjalanan hidup Kak Azie...suka baca entry yang di post....resepi yg dikongsi memang semua sedap2...byk resepi Kak Azie yg dah saya cuba...memang mabelousss... thanks akak.

    BalasPadam
  12. Mmg tengah mencari resepi mee kari ni Azie.... usha usha dulu hehe rasa mcm reringin nak makan

    BalasPadam
  13. jenguk sini tengok resepi makanan kegemaran saya . .
    follow ya nak ikut setiap perkembangan dan masakan . .
    banyak resepi yang boleh saya belajar dari sini :)

    BalasPadam
  14. Sedapnya nk try la resepi azie nie

    BalasPadam
  15. Salam kak..Sangat tempting mee kari ni..Meleleh air liur kat office.hehe..Mohon share resipi ni..Barakallah:)

    BalasPadam
  16. Salam....mohon copy resepi mee kari ni....

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. minta gambar ni k. untuk kajian

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah, saya dah cuba resepi mee Kari ini.

    BalasPadam
  20. kak, ni utk makan berapa org ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti. Tapi hari tu lebih dari 10 orang lah yang makan.

      Padam
  21. salam. kak azie, tq untuk resepi ni, saye baru nak cuba, saye tau, resepi akak xpernah mengecewakan

    BalasPadam
  22. Kak Azie, saya selalu jenguk blok akak kalau nak masak. hari ini nak masak mee kari, minta izin ye kak :) saya dapat rasakan kak Azie ni lembut orangnya.. salam perkenalan dari saya. husband saya pun orang kelantan, selalu juga saya masak nasi kerabu, nasi dagang, laksam. oya, selalu saya masak ikut resepi akak, memang menjadi. terima kasih :)

    BalasPadam
  23. Assalammualaikum.... Hmm ingat hujung Minggu nie nak try wat.... Macam best je Tengok. Salam perkenalan Dari Airakaz ina Anilaz.

    BalasPadam
  24. Lapor perut tgokkk..bestt

    BalasPadam
  25. Saya da cuba :) memang sedap n senang nak ikut. TQ cik Azie

    BalasPadam
  26. Salam kak.. arini nak try resepi mee kari akak. Punya la banyak resepi kt google yg ni nampak paling bes dan senang nk ikut. Harap2 menjadi. Dahla first time nak buat, nak hidang kat tetamu plak tu...

    Thanks for sharing.

    BalasPadam
  27. Salam kak...arini nak cuba resepi ni. Tq share resepi akk...salam perkenalan dari marinoyusof

    BalasPadam
  28. mmg sedap sangat resepi ni akak..tq

    BalasPadam
  29. Assalam.. bru je cuba resipi ni sebb plan nak buat masa raya.. sambil tu prektis konon masa puase ni.. hihi..

    Alhamdulillah.. walaupun ada bahan yang takde tp hubby still cakap sedap.. walau first time buat..

    Tq ye..

    BalasPadam
  30. Alhamdulillah..sy juga dah mencuba resipi mi kari ni...dah share pun di blog sy..http://ernyfirdaus.blogspot.com/2014/07/resipi-mi-kari-seafood-lazat-berlemak.html

    Terima Kasih Kak Azie, atas perkongsian ilmu memasak.. ;-)

    BalasPadam
  31. Nak cuba..wpun saya penah masak..mak sayalah masak...

    BalasPadam
  32. Salam kak azie, dah cuba resepi mee kari ni.. Husband enjoy makan... thx a lot diatas perkongsian resepi ni.. semoga Allah memberkati niat murni Kak Azie.

    BalasPadam
  33. saya mohon share resepi dan gambar di blog saya ye chef:)

    BalasPadam
  34. seroonok tengok blog ni, mcm-mcm resepi dah saya cuba,
    tq che,f azie kitchen terbaik

    BalasPadam
  35. kak azie,mohon copy ya resepi ..utk buat jualan di restoran saya...semoga ALLAH mmberkati kak azie dan sekeluarga..

    BalasPadam
  36. Sedapnye..sy sllu try resepi2 akak..mmg sgt sedap & nmpk class gitu! Tq akak sudi share resepi akak.. 😚😘😀

    BalasPadam
  37. Ya Allah Sedapnya kak azi... tingin nak buat sendiri

    kalau rajin jom siggah blog saya yang tak seberapa ni .
    @http://rosmalizacabei.blogspot.com/

    BalasPadam
  38. Sedapp sangat kak azie. Hari ni lunch mee kari resipi ni. Tqvm.

    BalasPadam
  39. Saya pun dh bbrapa kali buat mee kari ikut resepi kak azie setiap kali buat mkn2 utk tetamu... setakat ni mmg semua cakap terbaik...

    BalasPadam
  40. Resepi kak azie ni paling sedap... Sgt sedap.... Byk kali dah repeat ni... Tq kak... Halalkan ilmu ni ya... ������

    BalasPadam
  41. Kak Azie, hari ni nak masak mee kari version kak Azie utk buka puasa petang nanti😉

    BalasPadam
  42. slm.kak azi guna serbuk kari brand ape yea?

    BalasPadam
  43. terima kasih kak azie berkongsi resepi. kalau nak melancong, boleh visit page sy pula :) http://europenasia.blogspot.com/

    BalasPadam
  44. salam.nak tanye udang hidup tu berape byk eh?terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Agak agak aahaja. Guna 1 mangkuk ke. Lagi banyak lagi lah sedap

      Padam
  45. Kak Azie saya x faham macamana nak buat stok udang tu. Air yg d blend dgn kepala&kulit ke dgunakan utk dblend sekali dgn isi? Ke mcmana... Tkasih kak azie... Saya cuba resepi nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga kalau nak kisar sedikit isinya bersama kulit dan kepala. Cuba tengok gambar. Tapi saya hanya guna kulit dan kepala udang.

      Padam
  46. Terima kasih sebab kongsi resepi.....semlm buat nasi minyak resepi akak..mmg menjadi...arini anak minta mee kari lak....terus tgk blog kak azie...

    BalasPadam
  47. Assalam. Minta izin nk try resepi ni ye. Tiba2 rasa tringin nk mkn mee kari. T.kasih

    BalasPadam
  48. Sy nak try..mohon share resepi ye kak..

    BalasPadam
  49. Mohon share yer k.azie..t.kasih.smga d murahkan rezki

    BalasPadam
  50. Nak masak mi kari dengan mudah?hubungi saya 0137976933 untuk dapatkan pes mi kari y sedap dan mudah.cod area kuala terengganu 😊

    BalasPadam
  51. Assalam sist..nak tnye resepi ni utk brp org mkn eh?

    BalasPadam
  52. Assalam k.azie. sy selalu cuba resepi dr olahan idea akak. Alhamdulillah.. dr ns ayam ayam msk merah mcm2 lg lah..semua menepati selera. Mohon halalkn ye. teruskn berkarya ye

    BalasPadam
  53. suka blog akak. semua yg sy try menjadi dan sedap. really inspire me to cook harder. :)

    BalasPadam
  54. setiap kali nak masak resepi baru yang tak pernah sy cuba msty sy ikut resepi k.azie n x pernah mngecewakan... hari jumaat ni ade bday party kid kat taska ingat nak try resepi mee kari ni, harap2 menjadi.. huhuhu...

    BalasPadam
  55. Salam. isi udang kisar sekali ye?
    Kalau rebus sahaja, kemudian letak udang rebus tadi pada mee rebus yang da siap hidang boleh jugak kan?

    Asfawani

    BalasPadam
  56. Sedap kak mee kari akk. Tkasih share resepi... Halalkan ilmu ya kak..

    BalasPadam
  57. Assalam morning...sy nak mintak izin n mintak halal yer sbb sy slalu guna resepi resepi akak azie. Bermacam resepi sy cuba. Semua menjadi alhamdulillah n sedaps. Sy mohon izin yer

    BalasPadam
  58. Salam Puan Azie...
    Dah banyak resepi Puan Azie yang saya cuba...mohon diizinkan dan dihalalkan ilmunya ye...terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsi ilmu..moga Puan akan sentiasa dirahmati Allah

    BalasPadam

  59. Pn Azie
    Kalau ayam sy ganti daging ok x rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap juga. Rebus daging sampai empuk. Guna air rebusan daging

      Padam
  60. Memang sedap sgt... banyak dah resipi Kak Azie saya cuba... menjadi.... mekasih kak kongsi resipi 😊

    BalasPadam
  61. Sy nak share resepi mee kari akak yea...

    BalasPadam
  62. Salam Pn. Saya dah cuba resipi puan, MasyaAllah sedapnyaaa.. cumanya family saya alah dgn seafood jd sy tak pakai udang dan kerang. Itupun sedap! Terima kasih atas perkongsian. Walaupun first time masak keluarga saya puji!

    BalasPadam
  63. Kak azie..cmne kalau.kita buat tanpa stok udang? Family sy alergic dgn udang..

    BalasPadam
  64. Terima kasih atas resepi kak azie....sume resepi kak azie yg saya cuba mmg sedap....menjadi....

    BalasPadam
  65. Serius sedap.. Mmg sebiji ikut resepi.. Baru buat semalam.. Recomended..

    BalasPadam
  66. mohon share resipi..nk cuba harini..semoga murah rezeki azie dan mndpt keberkatan di bln ramadhan ini...

    BalasPadam
  67. boleh try, cam best ni, sblm ni try yg simple je, tp 5cawan stok udang tu cam bnyak, hidangan ni utk brp orang ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak banyak. Stok air rebusan udang.

      Padam
  68. Assalam kak azie..tima kasih share resepi..dan sy minta izin yea guna resepi kak azie..

    BalasPadam
  69. Salam sis... tried ur mee kari resepi today. Alhamdulillah.. menjadi. Tq sis..

    Sri Azhana

    BalasPadam
  70. Assalam. Saya share ya.. nak masak utk open house hari ni. Tqvm sis azie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Alhamdulillah. Jamu tetamu dg air tangan sendiri.

      Padam
  71. As salam.... puan azie, saya nak tny pasal stok udang tu.... agak2 udang tu byk mana ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy ikut resipi ni dlm 500g udang sedang elok dpt 1 cwn udang segar. Kulit udang ni yg sy blender utk jdkan 5 cawan stok udang. Alhamdulillah sedap.

      Padam
  72. Minta halal resepinya, sangat sedap..

    BalasPadam
  73. slm kak azie..sdp rsipi ni..sy da cba...tq..

    BalasPadam
  74. Tq kak. Mmg sedap, sy dah buat. Terbaik

    BalasPadam
  75. Tq kak
    Mmg terbaik.... last week dah try recipe akak ni.... kwn2 tny mn u dpt recipe ni... mmg sedap

    BalasPadam
  76. Kalau kuah kita sediakan malam boleh tak ? Utk majlis esok pagi

    BalasPadam
  77. saya kalau nk cr resepi mesti cari blog kak azie kitchen dlu...byk resepi yang saya dah cuba ...alhamdulilah sedap2 dan menjadi bila buat...tq kak zie sudi kongsi resepi dgn kami semua ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih juga kerna follow. Saya gembira mmebaca semua komen yg ditinggalkan.

      Padam
  78. Memang terbaik resepi ni. Azie kitchen tak pernah mengecewakan.

    BalasPadam
  79. Assalamualaikum kak azie... Sy nk tanya, klo xde kerang sedap n sesuai letak pe lg selain kerang?? Kt tmpt sy pyh nk jumpa org jual kerang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Sedap juga. Tapi tak lah jadi mee kari kerang.

      Padam
  80. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه.ُ.
    sy klu nk cri resepi.. msti buka web kak..
    kak.. klu org tu tak leh mkn udang.. stok udang tu kena bt ke atau tak?

    BalasPadam
  81. terima kasih sudi share resepinya =)

    BalasPadam
  82. Assalamualaikum kak.. Saya baru try resipi akak hari ni utk berbuka.. Alhamdulillah, anak2 dan suami sgt suka dan puji sedap belaka.. Terima kasih diatas perkongsian..

    BalasPadam
  83. Nak tanya pasal stok udang tu kita kena buat dua ke satu yg kisar dgn bawang satu lagi masukkan time akhir2 , saya tak faham air rebusan utk kisar tu pakai yg kulit dia ke isi dia

    BalasPadam
  84. Kerang lupa beli takpe ke... Aduii n

    BalasPadam
  85. saya buat xletak kerang pun . sedap sgt. semua resepi di azie kitchen saya buat memang menjadi dan sedap sangat walaupun first time. sampai ramai yg memuji. terima kasih share resepi.semoga dilimpahi rezeki yg berkah dari pelbagai sudut😍

    BalasPadam