Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Laksa Penang Kegemaran My Laling

Laksa Penang

Pagi pagi selepas solat Subuh, my laling hubby memberitahu ada kawan kawan yang ingin berkunjung ke rumah petang nanti. Saya pulak hari ini ingat nak berehat dan berjalan jalan ke IKEA melihat barang barang yang perlu untuk menyiapkan dekorasi surau dan bilik study di rumah kami. 

Memang hari ni rancangan nya hanya nak memasak Nasi Minyak dan Pajeri Nenas untuk dimakan dengan Ayam Masak Merah yang saya masak malam tadi. Ye la, bukan senang nak berehat,  pada hari cuti cuti ni jer, saya bebas melakukan apa sahaja tanpa tertakluk kepada rutin hari bekerja.


Laksa Penang

Masa hubby ke kedai runcit, saya menghantar bbm bertanya kalau beliau ingin dimasakkan Laksa Penang dan meminta dibelikan bahan bahannya sekali. Memang lama betul saya tak membuat laksa penang ni selepas bekas pembantu rumah saya dah pandai membuat laksa. Senang kan? Ajar maid sampai dia pandai dan kita boleh relax, dia bekerja dengan kami selama 18 tahun sehingga lah dia berhenti 2 tahun sebelum kami berpindah ke Kota Damansara. Saya pun memang tak bercadang untuk mencari pembantu rumah lagi. 

Berbalik pada resepi laksa ini, saya belajar dari sahabat baik saya Yarina yang pada mulanya memberi sukatan yang agak tepat tapi bila dah pandai, saya main agak agak dan campak campakkan jer. My hubby memang suka laksa, jadi saya terpaksa belajar dan selalu juga memasak untuk jamuan rumah terbuka kami di USJ dulu. Saya mula menggemari laksa hanya selepas pekena laksa penarak di Langkawi. Setiap kali ke sana, saya akan brunch dengan laksa penarak dan siap bungkus untuk makan petang dan malam di hotel lagi. 

Satu hari tu, semasa ke gerai laksa penarak, saya ambil kesempatan masuk ke dapur dan bertanya dengan kakak yang kebetulan tengah menyediakan kuah laksa. Dia memberi sedikit panduan lah. Dia menggunakan sukatan blender, seperti 10 kg ikan dengan 1 blender bawang besar, lebih kurang macam tu lah. Saya ada catit tapi hari ini memang tak buat rujukan pun kerana resepi tu ada disimpan dengan PC di pejabat. Hari ini memang ikut resepi Yarina dulu jer. Sebenarnya sama sahaja cuma yang laksa penarak, sukatan bahan bahan sahaja yang berbeza. 


Apa apa pun hari ini saya puas hati kerana dapat juga menyediakan sedikit juadah dari Azie Kitchen untuk tetamu tetamu kami. Kembang hidung sat bila hubby memuji keenakan laksa saya.  hahaha thank you, Laling.  Lagipun ikan yang digunakan hari ini sangat segar kerana baru sampai di kedai runcit semasa hubby membelinya. Jadi kuah laksa terasa sangat manis isi ikan, bukan manis gula tau. 

Jom layan resepi yang saya gunakan.


Laksa Penang


Laksa Penang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
Laksa
2 kg ikan kembung - rebus & ambik isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kisar
22 keping asam keping
2 bunga kantan - belah 4
1 ikat daun Kesum
Garam

Bahan hiasan
Telur - rebus & belah 2
Timun - hiris
Salad - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Daun pudina - jika suka
Cili padi - jika suka
Otak udang - jika suka

Cara cara:
Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Blend isi ikan jangan sampai hancur kerana saya suka kuah yang terasa isi ikannya. Bahagian kepala ikan dan tulang diblend dan ditapis airnya.





Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
 
 

Masukkan isi ikan yang dikisar halus, yang dikisar kasar dan juga isi ikan yang dicarik carik sahaja. Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatannya.





Bolehlah dihidangkan dengan meletak laksa di dalam pinggan, tuangkan kuah laksa ke atasnya. Taburkan bahan bahan dan sayuran yang dihiris. 


Laksa Penang

Laksa Penang

Enjoy ....






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

63 ulasan for "Laksa Penang Kegemaran My Laling"

  1. walllah... sedapnya...
    feveret sangat laksa ni...
    makan hari2 pun tak jemu kan...

    BalasPadam
  2. Laksa ni buat I terliur la pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gembira akhirnya berjaya membuat laksa yang sedap dan secukup rasa

      Padam
  3. Balqis, lebih sedap bila kita menggunakan ikan yang banyak dan segar

    BalasPadam
  4. hmmmm.sedapnyaaaaa.terliurlah :)

    BalasPadam
  5. Ili, kalau selepas sehari kuah lagi bertambah sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi tu, utk brape org?, Atau brape pek laksa kering

      Padam
  6. Salam perkenalan Azie. Kak Noor kalau bab laksa ni, satu hari tak makan nasi pun tak kisah. Ulang makan laksa sahaja dari pagi sehingga ke malam. Tapi mesti pastikan laksanya laksa beras, jangan laksa berkanji, tak sedap jadinya walaupun kuah sedap. Kalau kuah dah dua hari lagi sedap kan! Kalau dah habis laksa, kuah masih ada, Kak Noor celur bihun pulak. Senang-senang nanti jengahlah dapur Kak Noor pulak. Ada juga resepi laksa Penang masakan keluarga turun temurun. Kak Noor dah follow Azie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Kak Noor. Terima kasih kerana follow my blog. I pun dah add link to my blog list. Kak Noor tak ada blog list ya. Ohh nanti nak cari resepi laksa sebab my hubby memang suka laksa Penang. Hari tu tak jumpa laksa beras, terpaksa guna laksa berkanji. Kalau kuah dah kering, mcm mana Kak Noor buat ya. Nak juga belajar tips dari Kak Noor

      Padam
  7. salam,resepi diatas biasanya utk brp org. Satu lagi cantik set pinggan tu ,jenama apa ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ana, biasanya boleh dimakan sehingga 15 orang. Ohh pinggan tu jenama portmeirion.

      Padam
    2. berapa bungkus laksa digunakan? 2 yer utk 15 org?

      Padam
  8. salam..sedapnye nampak laksa penang tu.lama x makan laksa sejak 2001 dan kemabali lagi kad jakarta ni. thanks dah bagi resepi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. Kalau dimasak sendiri, pasti sedap kerana ikan dimasukkan banyak dan segar. Begitu juga bahan bahan lain.

      Padam
    2. Laksa penang.. My fav 2..

      Padam
  9. Esok...free nk test cook laksa ni...tgk telioQ jga.......pe2 tQ info resepi kak azie

    BalasPadam
  10. Kak azie pe beza rasa kalau letak lengkuas n bayang serai erk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudir,
      Saya tak letak pun lengkuas atau serai.

      Padam
    2. Assalammualaikum saya baru mengenali puan mohon share resepi2 yg puan wallkan

      Padam
  11. Thanks for sharing this recipe. Last two week mak mentua teringin nak makan laksa cari kat bazar its either finish or x jual. So. Nekad buat untuk dia..alhamdulillah walaupun 1st time buat laksa it was a big hit! Even my husband yg x minat laksa pun suka makan. Thanks again kak.

    BalasPadam
  12. Kak Azie, agak2 2kg ikan kembung untuk berapa orang makan ya?

    BalasPadam
  13. Assalam .. mohon share resepi laksa Penang untuk blog saya. Hari tu pekena Laksa Penang di esplanade Fort Cornwallis..sebab sangat sedap kenalah buh resepi sekali.. terimakasih di atas ilmu yg bermnfaat!

    BalasPadam
  14. Best da try da ! thanks kak

    BalasPadam
  15. nk link jgk .. :'( kite sllu follow resepi2 awk sblom mla msk .. :-)

    BalasPadam
  16. Dah biasa masak laksa, tp nak jugak google resepi, tabiat..cara k.azie masak laksa sama mcm saya, bahan2 die simple jek, cuma sy tak suka letak daun pudina...hari ni nak masak laksa lah setelah hmpir 3 bln dapur tak berasap sjk preggy nih.. tunjuk gmbr laksa akk ni kt ank sulung...terus suruh msk..hiii,

    BalasPadam
  17. Wah sedapnya. Tak reti sangat memasak tapi resepi laksa ni nampak macam senang je. Insyallah akan dicuba. Thanks ye.

    BalasPadam
  18. Saya nk masak laksa pulak hr ni..terliuq tgk laksa kal azie...

    BalasPadam
  19. sedapnye laksa..saya suke juge..k.azie dok kota damansara lagi ke?

    BalasPadam
  20. kalo bubuh air asam bole ke?

    BalasPadam
  21. Pn Azie cantik..mangkuk laksa yg hitam tu pun cute...saya memang peminat tegar laksa. sanggup x makan nasi..sampai anak-anak kata mak ni x habis2 laksa..nk buat cmana, dah minat.

    BalasPadam
  22. http://www.tokoperabot.com/meja-rias/meja-rias-lengkung-warna-putih-terbaru/

    BalasPadam
  23. terima kasih,sy suka baca resepi azie kitchen nih.. sy org sarawak tp bljr msak laksa penang utk suami tercinta

    BalasPadam
  24. Sy pun selalu rujuk blog azie.mohon halalkan ye

    BalasPadam
  25. suka tgok resipi dr azie kitchen mmg menjadi,, cuma nape ya sis,, kita masak rasa tk sama sdgkn dh pernh masak masakan berkenaan,, adakah jarang memasak atau sukatan yg tidak sama

    BalasPadam
  26. Terima kasih atas perkongsian resepinya.saya sekeluarga ambil resepinya sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya...

    BalasPadam
  27. In sha Allah kjp lg nk buat laksa penang husbnd nk mkn. Terima kasih kak zie byk resepi yg za buat, dlm bulan ramadan blog k.zie la yg dok buka hari2, hanya Allah yg mampu bls segala kebaikkan k.zie atas perkongsian ni. Za mtk halal semua ya :-)

    BalasPadam
  28. Salam sis.mohon share resepi ye.thankyuuu😘😘

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum azie Salam perkenalan, nak tanya, cili kisah ni cili boh ke? 😀😀😀 Makasih azie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cili kisar adalah cili kering yang direbus dan dikisar. Cili boh kurang sedap sebab ada bahan pengawet. Tapi kalau dah tak ada stok, boleh juga guna cili boh. Bila masa kecemasan lah.

      Padam
    2. Assalamu'alaikum kak zie klu cili kisar tu dh d'kisar skli dgn bwg putih/merah dan belacan mcm mne ? Perlu ke kisar bwg merah dn belacan lain

      Padam
    3. Wslm. Mana mana pun boleh. Kisar sekali boleh, asing asing pun boleh. Cili tu boleh tambah jika nak lagi pedas. Semasa dimasak, rasalah. Kurang pedas, tambahlah cili.

      Padam
  30. Terima kasih resepi nyer. ..sy dah buat memang sedap. ..semoga Allah memberi ganjaran pahala pd puan. ..aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Semoga puan juga sentiasa dlm rahmat Allah.

      Padam
  31. Nk try buat esok utk berbuka..tq in advance puan azie😀 sy mmg suke tgk resepi dr blog puan..mudah fhm😊

    BalasPadam
  32. Dah try, mmg sedap dan menjadi... tp saya shortcut, guna ikan mackerel dlm tin je.. hehehe. Terima kasih azie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Tapi rasanya tak sama dg menggunakan ikan segar. Biasanya saya guna ikan segar dan tambah ikan sardin dalamnya, lagi ummph.

      Padam
  33. Assalamualaikum kak zie. Resepi kak zie..smuenyww menjadi. Tpi an kak zie..btol ke..22 keping asam keping tu? Bnyk nyew? X masam sgt ke kuah nyew nnti? :-s

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Ianya bergantung kepada berapa banyak kuah dan kemasaman asam keping kita. Yang saya guna mmg banyak sb kuah pun banyak.
      Aksa mesti ada tasa masam sikit baru sedap. Apa apa pun rasa dulu, masuk sikit sikit. Kurang masam tambah. Terlebih masam, ceduk keluar

      Padam
  34. Serius sedap. Saya dah cuba resipi ni. Terima kasih kak azie.

    BalasPadam
  35. Suka betul guna resepi yg di kongsi dlm blog ni. Bahan simple tapi sedap & menjadi... Cara memasak pun senang nak ikut...tq Azie..

    BalasPadam
  36. salam kak azie.. hari ni sy buat laksa penang ikut resepi akak.. ALhamdulillah..sedapp.. buat sekilo ikan dan kurangkan sukatan.. terima kasih share resepi ni....

    BalasPadam
  37. hari ini ramadhan yang ke enam, saya nak masak laksa penang hari ini. ikut resepi kak azie :)

    BalasPadam
  38. terima kasih kongsi resipi ni...ptg ni nk buat la utk berbuka...

    BalasPadam
  39. Sedap.terima kasih for the recipe.

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum..Puan Azie, batul ke guna 22 keping asam keping?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. Terpulang kepada jenis asam. Masuklah sedikit demi sedikit

      Padam
  41. Assalamualaikum kak...asam keping tu 22keping msuk dlm kuah ke atau 2 3 keping je?

    BalasPadam