Kari Mamak Kepala Ikan Merah
Hari ini saya memasak Kari Mamak menggunakan kepala ikan merah lagi untuk hidangan makan malam. Kebetulan hari ini kakak saya, Cik gu Asiah dan keluarga ada di rumah kami.
Sementara mereka keluar menghadiri kenduri kawin, saya mula masuk dapur kerana kari sedap disediakan lebih awal supaya ianya lebih mesra.
Sementara mereka keluar menghadiri kenduri kawin, saya mula masuk dapur kerana kari sedap disediakan lebih awal supaya ianya lebih mesra.
Resepi ini lain dari resepi kari mamak yang saya sediakan sebelum ini. Lihat di SINI untuk resepi Kari Mamak yang disediakan sebelum ini.
Resepi ini saya belajar dari Puan Rusila kerana semasa saya memasak kari mamak, Rusila juga membuat posting dalam facebook yang dia juga memasak kari Mamak. Menurut Rusila, resepi ini dipelajari dari hubby dia sendiri. Terima kasih Rusila kerana resepi yang sangat ringkas dan sedap ini.

Jom layan...
Bahan bahan:
Kepala ikan jenahak/tenggiri
Kepala ikan jenahak/tenggiri
2 keping isi badan ikan di atas
1 cawan santan - tak payah yg pekat pun tak apa
5 sb rempah kari ikan Baba's
2 sb serbuk ketumbar Babas
3 sb cili serbuk Babas
1/2 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil biji sawi
3 sudu besar halia + bawang putih - yg diblended
5 ulas bawang merah kecil - dimayang
2 tangkai biji fresh cili merah besar - belah dua
2 tangkai daun kari
Asam jawa, sampai rasa cukup masam
2 biji bawang besar merah &1 biji buah tomato - diblended hancur
Bendi dan terung
Cara Memasak:-
Tumiskan biji sawi, daun kari, bawang merah yg dimayang dan cili besar sampai wangi.
Kemudian masukkan blended halia + bawang putih, serbuk2 kari tu semua. Tumis sampai garing. Masukkan air asam jawa.
Kemudian masukkan blended halia + bawang putih, serbuk2 kari tu semua. Tumis sampai garing. Masukkan air asam jawa.
Kemudian masukkan blended bawang besar + tomato, biarkan sekejap, masukkan santan. Sesuaikan kepekatan kuah dengan menambah air.
Biarkan sampai hampir hampir mendidih, masukkan ikan. Biarkan sampai betul betul mendidih, renihkan sekejap utk dapatkan texture kari yg menarik.
Kak azie..resepi ni blh jugak tak nak letak santan kan...mcm resepi sebelum ni..
BalasPadamSiti
Terima kasih kongsi resepi :)
BalasPadamAlhamdulilah.....saya dah cuba resepi ni. Sedap. Tq Azie.
BalasPadamTerima kasih untuk resepi ni. Alhamdulillah sedap wife sy masak. Masak untuk berbuka tadi.
BalasPadamAssalamualaikum. Sedap resepi Ni..saya masak dgn ikan kembong yg ada DLM peti...lain x nak buat dgn ikan merah @ jenahak plk....lagi terangkat...wow...sedap. Tkasih Kak azie kongsi resepi...FYI, so far, semua resepi Kak azie yg saya buat menjadi...alhamdulillah
BalasPadamSedap la zie.. Sebijik mcm kari kat kdai mamak
BalasPadamDah try smlm. sedap walaupun 1st time buat kari. huhu...tp lupa letak jintan putih. kena masuk time tumis ke jintan putih tu?
BalasPadamHusband ckp sedappp!!! 1st time buat ni...tq kongsi resepi...
BalasPadam