Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hmmmm Sedap Nyer Masak Lemak Udang dan Peria Katak


Masak Lemak Udang dan Peria Katak

Ingatkan hari ini, boleh gantung periuk belanga tapi dalam perjalanan balik dari pejabat, hubby pulak bertanya petang ni nak masak apa? Hmm sebabnya dia rush untuk keluar kerana ada urusan kerja di Ampang malam nanti. Kepala laju berputar memikir apa yang nak dimasak. Ohh teringat ada peria katak kat dalam peti ais yang boleh dibuat masak lemak dengan udang.


Masak Lemak Udang dan Peria Katak

Masa makan di rumah Razali dan Liza di Seremban baru ni, Liza ada menghidangkan udang masak lemak cili padi yang digandingkan dengan kacang hijau. Teringat lagi Liza komplen yang kacang hijau yang dibeli tu jenis degil punya kacang, jadi kena dimasak dengan santan awal awal lagi. Hahaha baru saya tahu yang kacang pun ada yang degil juga, ya Liza. 

Tapi yang nak citer di sini warna masak lemak Liza tu sangat syahdu dan kuning menawan yang sangat cantik. Maklumlah Liza orang noghori, tentunya sangat expert dalam memasak Lemak Cili Padi kan.  Saya beli peria katak hari tu pun sebab makan peria katak sebagai ulam yang dihidangkan oleh Liza. Berulang kali Liza memberitahu yang orang perempuan kena banyak makan peria katak yang sangat bagus untuk kesihatan dalaman. 

Aduhaai lah sedapnya Masak Lemak Udang dan Peria saya malam ni. Rasa pahit pahitnya menjadikan ianya kena sekali dengan selera saya. Sebenarnya inilah kali pertama, saya makan peria masak lemak. Selepas makan pun, masih terasa pahit di anak tekak. Tapi sedap, you. Gulai yang pekat lemak terasa kemanisan santannya bak kata Liza santan yang menjadikan gulai terasa manis. Itu pengetahuan dan ilmu yang baru buat saya.  Jom lah layan resepi dulu...


Masak Lemak Udang dan Peria Katak

Masak Lemak Udang dan Peria Katak
Oleh: Azie Kitchen

Udang
Peria katak - hiris nipis
5  tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
1 btg serai - ketuk
1 pek santan
Garam

Kisar cili padi dan kunyit hidup dengan sedikit santan sehingga lumat. Masak santan, serai dan bahan kisar dengan api perlahan sambil terus dikacau sehingga mendidih supaya tidak pecah minyak.



Masukkan peria dan masak sehingga hampir layu, kemudian masukkan udang sebab tak mahu udang dimasak lama lama. 





Masukkan garam dan bolehlah diangkat.



Selamat mencuba...


Masak Lemak Udang dan Peria Katak



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Hmmmm Sedap Nyer Masak Lemak Udang dan Peria Katak"

  1. Salam kak azie... Tq coz sudi share resepi... Smuanya sdap2... Tqvm... Yg ini pun dah brapa kali buat...

    BalasPadam
  2. xpernah cuba lagi masak dengan peria...teringin nak cuba sebab org dalam rumah suka peria, tpi rietta plak kurang sukam sebab pahit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayah saya pun suka peria... Tp saya dgn adik beradik x suke... Tp bila saya potong halus" peria tu and ramas dengan garam pastu basuh and masak terus saya paksa makan sebab pahit dia tak rasa sangat bila makan... Sedapp bolehh cuba hihi

      Padam
  3. Kalau saya peria tu saya rebus dlu atau pun celur dgn air panas..kurang sikit pahit..kalau x nti anak2 xmakan.

    BalasPadam
  4. Mek ingat nk buat hr ni tp tk letak peria la kot. Tp klau ade kacang pnjg tu ok jugakkan :)

    BalasPadam