Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Creamy Cream Cheese Cheesecake


Creamy Cream Cheese Cheesecake


Cheesecake ini dibuat malam tadi dan siap dibakar hampir pukul 12 tengah malam. Itu belum kira waktu menunggu kek disejukkan. Serius saya memang memasak malam tadi dengan tak ada mood sama sekali. 

Mungkin sebab terlalu penat dan tiba di rumah pun sudah hampir pukul 8 malam. Selepas solat maghrib, saya terus ke dapur untuk memasak spaghetti yang diminta oleh hubby. Selepas spaghetti siap dihidangkan, saya mula menyediakan bahan bahan untuk membuat cheesecake. 

Kalau penat, kenapa saya memasak juga? Hmmm sebenarnya saya terpaksa kerana sayangkan heavy cream yang dah hampir tamat tempoh. 

Maklumlah ianya bukan murah, sayang dan membazir jika dibuang begitu sahaja. Jadi nak tak nak, buat lah juga. Tapi kalau badan dah penat, minda penat, ada jer yang tak kena. Kalau dulu jari melecur terkena periuk panas, sekarang tangan pulak melecur terkena oven. Aduhaaaiii.... semuanya sebab nak ambil jalan mudah nak memecahkan bubble di permukaan adunan yang menyakitkan  mata.  


Creamy Cream Cheese Cheesecake

Alahai... saya sebenarnya keseorangan dan kesunyian di rumah ini,  puas memanggil anak anak untuk menolong di dapur. Tapi seorang pun tak muncul untuk menemankan apalagi menolong. Itulah pasal, intercom di rumah ini belum dipasang. Entah mereka mendengar panggilan saya atau tidak sebab masing masing terperap di bilik sendiri.

Berbalik pada cheesecake yang disediakan, resepi ini saya ambil dari blog Dorie Greenspan. Mengikut apa yang ditulis, resepi klasik cheesecake ini boleh dipelbagaikan dan ianya hampir sama dengan resepi Traditional New york Cheesecake. Boleh juga jika kita tak mahu menyediakan crust. Atau menggunakan chocolate cookie crust, semuanya terpulang pada kita. 

Kita boleh juga meletakkan sedikit jus lemon, jika suka atau menambah buah dan  nuts, swirls dengan coklat yang dicair yang dicampur dengan sedikit adunan cheesecake atau meletakkan apa apa perisa yang disukai. Pendek kata boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing masing dengan menggunakan resepi ini sebagai asas. 

Adalah tidak adil jika saya tidak menulis sedikit pasal keenakan cheesecake ini yang very rich, creamy and cheesy. Cinta pada suapan pertama. Tiada bahasa yang boleh menggambarkan betapa kek ini is sooo delicious and yummy.... serius. 

Selepas menghabiskan 1 potong, saya segera menukar pakaian kononnya nak exercise dengan stepper. Confuse dan tak tahu apa yang harus dilakukan kerana saya tidak mampu berhenti pada suapan pertama sahaja...


Creamy Cream Cheese Cheesecake

Creamy Cream Cheese Cheesecake

Bahan Utk Crust:
¾ cawan graham cracker crumbs
3 sudu besar gula
Secubit garam
½ stick (4 sudu besar) unsalted butter - cairkan

Bahan Utk Cheesecake:
2 pounds (four 8-ounce boxes) cream cheese - suhu bilik
1 1/3 cawan gula kaster
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil pure vanilla extract
4 telur gred A - suhu bilik 
1 1/3 cawan sour cream atau heavy cream, atau kombinasi kedua duanya

Cara cara Membuat Crust:
Lenser butter pada springform saiz 9 inci. Balut bawah dengan 2 lapis aluminium foil. Letakkan springform atas baking sheet



Gaul crumbs, gula dan garam di dalam bekas kecil. Tuang butter cair dan kacau hingga sebati. Boleh guna jari sahaja. 






Tuang ke dalam springform dan menggunakan jari, tekan rata bawah dan sekeliling pan. Letakkan di dalam freezer sementara oven dipanaskan.



Letakkan rak di tengah oven dan panaskan pada 180C. Masukkan springform di dalam baking sheet dan bakar selama 10 minit. Ketepikan crust untuk disejukkan sementara menyediakan cheesecake. Kurangkan suhu oven kepada 165C.

Cara cara Membuat cheesecake:
Didihkan air di dalam periuk. 

Menggunakan mixer elektrik, putar cream cheese dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan berkrim dalam 4 minit. Masukkan gula dan garam sambil terus diputar selama 4 minit lagi. Masukkan vanilla.

Masukkan telur satu persatu dengan diputar dalam 1 minit setiap kali.
Kurangkan kelajuan pada level stir sahaja dan masukkan heavy cream.

Kacau adunan dengan spatula dan tuangkan ke dalam springform. Jika ada lebihan adunan, boleh masukkan ke dalam ramekin yang disapu butter.


Letakkan roasting pan di dalam oven dan tuangkan air mendidih ke dalamnya.



Bakar selama 1 jam 30 minit sehingga bahagian atas keperangan. Tutup oven dan buka sedikit pintu oven dan biarkan cheesecake di dalam oven selama 1 jam lagi.



Creamy Cream Cheese Cheesecake

Selepas 1 jam, keluarkan dari oven. Berhati hati kerana kemungkinan terdapat air panas di dalam aluminium foil. Keluarkan foil dan biarkan cheesecake berada pada suhu bilik di atas wire rack. 



Bila cheesecake telah sejuk, tutup bahagian atas springform dengan aluminium foil dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.

Bolehlah dikeluarkan dari springform dan dipotong untuk dihidangkan. Basuh pisau setiap kali selepas memotong.

Creamy Cream Cheese Cheesecake

Semasa menghidang, boleh juga diletakkan blueberries/rasperry sauce atau apa apa yang disukai sebagai topping.

Creamy Cream Cheese Cheesecake
 Creamy Cream Cheese Cheesecake

Creamy Cream Cheese Cheesecake

Creamy Cream Cheese Cheesecake

Enjoy ....




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

39 ulasan for "Creamy Cream Cheese Cheesecake"

  1. salam perkenalan dari saya...

    terliuq tgk kek akak...sedappp nampak...
    oleh kerana tgh berdiet....save dulu resepi..terima kasih ye kak azie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan juga dari saya. Terima kasih kerana sudi mengunjungi dan sudi meninggalkan komen. Seronoknya tengok gambar gambar dalam blog you. Nanti sudi sudi lah mengajar kita juga ya. Banyak yang nak kena perbaiki persembahan dalam blog ini. Maklum saya baru jer belajar. Harap dapat kita exchange link ya. Nnt I akan link your blog in my blog list.

      Padam
  2. Hello Azie, wow! Looks really good. Ini masuk mulut satu spoon, lupa nama mak, ha ha.
    I love your very creative presentation. Macham lima bintang hotel.
    And your photography is outstanding! Very clear and sharp. Well done!
    Have a fun weekend, and keep a song in your heart.
    Lee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Uncle Lee, thank you so much for visiting my blog. Thank you also for the compliments. I am still learning and improving my photography skill. Glad that blogers are very helpful and willing to share with me the tips and techniques used in food photography. Hope you are enjoying your visit and do come again. Have a nice weekend to you.

      Padam
  3. Hi, i was searching for cheesecake recipe and end up in your blog. the cake looks really yummy. i want try this out but having issues. Can i know where can i get heavy cream in malaysia? i tried to find at most of the shopping complexes and baker shops but couldn't find any. Can i substitute any other cookies for the crust since i can't find graham cracker. Hoping for your reply. tq - lalietha

    BalasPadam
    Balasan
    1. You can get it at any supermarket. I normally buy heavy cream at The Village or Cold Storage. Sometimes, they are labelled as double cream. Yes, you can use other cookies also. Check with your nearest bakery shop for the alternatives.

      Padam
  4. Hi sis.... saya memang mencari2 resipi cheese kek ni.... selalu beli RM6/slice..huhuuu, nak try gak buat..baru puas makan....bab diet belakang cerita hehehe...pernah buat sekali...tapi guna jus lemon...rasa lemon plak....x best.... nak try lah resepi sis ni....cuma yg kita x faham tu tang cream cheese tu.... klu saya boleh tau berapa gram... atau pun berapa kotak yg sis guna.. N utk heavy cream tu bleh tak tukar kepada..whiping cream or fresh cream ker... - Ikhlas Chicha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Chicha,
      Cream cheese yg diguna adalah 2 pound. Cuba convert pound into gram. Dalam google byk conversion. Saya guna 4 ketul yg beratnya 8 oz setiap satu. Saya tak pernah pulak cuba fresh cream tu. rasanya baiklah ikut resepi

      Padam
  5. Mana nak dpt blueberry jem siap ada buah dia tu?
    Ita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ita,
      ada dijual di supermarket atau di kedai kedai bakery. dalam tin

      Padam
  6. kak azie, saya minat wat cheesecake tapi saya fail masa nak alehkan kek ni. boleh ajar saya tak cam ne nak alihkan cheesecake dari loyang spring foam ke atas papan cake . time kaseh akak

    BalasPadam
  7. ASSALAMUALAIKUM... SIST AZIE..
    THANKS... sudi share..dah lama kite cari resepi heavy cheese cake ni...
    pernah mntak ngn member lg.. tp kdekut sgt xnk bagi resepi.. xpela, akhirnye dpt gak bila bukak blog sist ni.. ni mesti nk cuba ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Hedrawati,
      Memang berbaloi bila dpt disediakan sendiri. Boleh juga lain kali cuba resepi cheesecake saya yg satu lagi. http://aziejaya.blogspot.com/2012/02/best-ever-cheesecake.html

      Padam
  8. Sedapnyaaaaaa tengok! Nanti nak try buat! Thanks kak for the recipe!

    BalasPadam
  9. Hye sis. I was just a student who will take the SPM examination next year. Hee. But I ended up searching some recepies from your blog. Act, I did tried your mushroom chicken pie. And it was tremendously perfect. Hee. Thanks for sharing. Love your blog ! ^^ oh malay should be okay, but it was my habits to talk and write in english :D

    BalasPadam
  10. saya suka sis letak gambar for each step. membantu orang yang baru ingin mencuba. TQ sis..

    BalasPadam
  11. Hi sis.. Nak tanya cheesecake ni blh kukus ke kalau ikut resepi ni?

    BalasPadam
  12. ni creamcheese nk dkt 900g lbh ke? lps convert to gram.

    BalasPadam
  13. salam sis. nak tanya, berapa suhu oven masa nak bakar kek nie yek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm.
      Letakkan rak di tengah oven dan panaskan pada 180C. Masukkan springform di dalam baking sheet dan bakar selama 10 minit. Ketepikan crust untuk disejukkan sementara menyediakan cheesecake. Kurangkan suhu oven kepada 165C.

      Padam
    2. Dear Mdm, please allow me to put this link on cheese cake on my fb page. Thank u again. Salam

      Padam
  14. Salam sia nak tny bole x klu sour cream tuh ganti dgn plain yogurt?

    BalasPadam
  15. Hi sis,nak tanya mmang xda penggunaan tepung ke utk adunan cheese ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm kenapa ya. Ada guna tepung ke. Saya buat ikut resepi yg saya tulis di atas lah. Tak pasti dg orang lain

      Padam
    2. Assalam sis...sy nak tny untuk oven yg kecik suhunya still sama ke..?

      Padam
  16. Salam azie, klu sya nk buat saiz loyang 6 inci, guna separuh dr bahan2 ke? Suhu dan masa nk guna berapa yer? Tq kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Knp tk buat ikut resepi. Kek ni boleh dibalut dan simpan dlm freezer hingga berbulan.

      Padam
  17. Askm sis... Bakar oven guna apa atas bawah atau atas saja???

    BalasPadam
  18. assalamuaikum...sis nak tanya,,, macam nak keluar sebiji kek tue daripada acuan @ loyang supaya boleh diletak dalam kotak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Keluarkan dari bawah. Acuan boleh dikeluar sarj bawah.

      Padam
  19. salam kak azie.saya ingin bertanya cream cheese 2 pound tu bersamaan 900g ke?sbb byk resepi yg saya tgk guna 400g?

    BalasPadam
  20. Kalau nak guna Loyang saiz 6 bahan ii tu nak Kira macam mana? Time Dan suhu bakar nak Kira macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila loyang kecil, masa membakar akan lebih lama. Begitu juga sebaliknya.

      Padam
  21. Hi nak tnya yg cheese tu 2 pound tu bersamaan berapa cheese tu klau sukat ikut cawan berapa erh cawan ?

    BalasPadam
  22. Hi saya nak tanya.. Dimanakah nak cari biskut Graham kreker itu? Kalau tiada boleh guna selain biskut seperti biskut Cream creaker cap ping pong boleh ke? Ataupun memang kena letak biskut Graham sahaja ye.. Itu satu2nya buat sedap dan rangup ke?

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum sis azie..permintaan si husband nak makan cheesecake,so si wife pun goggle Cari resepi cheese cake..
    Insyallah Hari Ni kite surprise Kan die😁😁..dah buat nnt kite upload Kat wall ea

    BalasPadam
  24. 2 pound bersamaan berapa cream cheese tu

    BalasPadam
  25. Assallamu'alaikum Aunty Azie. Terima kasih berkongsi resepi ini memang sedap. Dalam masa 2 minggu sudah 3 kali saya buat. Anak2, husband serta rakan ofis semua memuji kata sedap. Thank you Aunty, saya panjangkan perkongsian resipi Aunty kpd staff saya. Moga melimpah pahala untuk Aunty.

    BalasPadam