Chicken Pie Yang Sangat Sedap
Selain Blueberries Cheese Tart yang saya buat sebelum ini, Aween juga meminta saya membuatkan Chicken Pie yang memang digemarinya.
Rujuk di SINI untuk melihat resepi Blueberries Cheese Tart. Kalau di bulan puasa cafe di pejabat saya ada menjual chicken pie di sebelah petangnya. Biasanya saya akan beli sehingga 10 biji setiap kali kerana tahu anak anak semua suka chicken pie.
Beberapa hari lepas, cafe ada pulak menjual chicken pie untuk hidangan petang. Sahabat saya Rohaya bertanya kalau saya ingin membelinya kerana dia tahu yang selalu membeli chicken pie yang banyak di bulan Ramadhan.
Balik dari sekolah, Aween terus makan chicken pie yang dibeli dan berpesan supaya saya membelinya lagi. Bila diberitahu yang chicken pie tidak dijual setiap hari, dia mencadangkan supaya saya belajar dan membuat sendiri Chicken Pie.
Balik dari sekolah, Aween terus makan chicken pie yang dibeli dan berpesan supaya saya membelinya lagi. Bila diberitahu yang chicken pie tidak dijual setiap hari, dia mencadangkan supaya saya belajar dan membuat sendiri Chicken Pie.
Hmmm macam mana tu? Ibu mana sekali pun tak sampai hati untuk tidak menunaikan permintaan anak anak, lebih lebih lagi bila kami akan meninggalkan mereka beberapa hari minggu depan. Saya mencari resepi chicken pie dalam google dan memilih resepi ini yang nampak sedap. Sebenarnya filling tu boleh jer dimasak mengikut cara sendiri. Campak jer apa apa yang dikehendaki. Yang penting crust resepi ini sangat sedap, cukup rangup. Rangup di luar dan lembut di dalam tapi tidak mudah terkoyak Ini yang kita mahu untuk crust pie.
Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, saya meminati fotografi walaupun belum berkesempatan mempelajarinya. Jadi saya meletak banyak gambar termasuk gambar step by step kerana saya suka melihat dan menghayati setiap gambar yang saya paparkan. Tetapi Aween banyak kali menegur supaya tidak meletak gambar step by step dan jangan letak terlalu banyak gambar. Sehinggakan template blog saya juga minta ditukar, hmm katanya kurang sesuai.
Pada saya satu kepuasan meneliti setiap gambar, bukan lah sangat untuk mengajar step by step yang mudah difahami tanpa merujuk pada gambar pun. Tapi itulah kecintaan saya... saya mula berjinak dengan kamera sejak usia belasan tahun lagi, malah saya lah photographer di majlis perkahwinan abang dan kakak. Tapi kali ini, saya akur dengan komen yang diberi oleh anak remaja yang sangat kreatif itu... tiada lagi gambar step by step walaupun hati tidak merasa puas.
Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, saya meminati fotografi walaupun belum berkesempatan mempelajarinya. Jadi saya meletak banyak gambar termasuk gambar step by step kerana saya suka melihat dan menghayati setiap gambar yang saya paparkan. Tetapi Aween banyak kali menegur supaya tidak meletak gambar step by step dan jangan letak terlalu banyak gambar. Sehinggakan template blog saya juga minta ditukar, hmm katanya kurang sesuai.
Pada saya satu kepuasan meneliti setiap gambar, bukan lah sangat untuk mengajar step by step yang mudah difahami tanpa merujuk pada gambar pun. Tapi itulah kecintaan saya... saya mula berjinak dengan kamera sejak usia belasan tahun lagi, malah saya lah photographer di majlis perkahwinan abang dan kakak. Tapi kali ini, saya akur dengan komen yang diberi oleh anak remaja yang sangat kreatif itu... tiada lagi gambar step by step walaupun hati tidak merasa puas.
Chicken Pie
Bahan Pastri
250 gm tepung gandum
200 gm butter - lembut
110 gm yoghurt
1 kuning telur
1 sudu kecil gula (opsyenal)
Secubit garam
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yoghurt. Gaul sehingga menjadi crumble.
Masukkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh yang sangat lembut. Jika terlalu lembut, masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya sehingga menjadi doh.
Simpan dalam peti ais selama 30 minit.
Sementara itu, bolehlah disediakan chicken pie filling.
Chicken Pie's Filling:
500 gm isi ayam - hiris kecil
1 batang karot - potong kecil
1 biji green capsicum - potong kecil
1 biji green capsicum - potong kecil
1 biji bawang besar - potong kecil
4 ulas bawang putih - cincang
4 ulas bawang putih - cincang
120 gm white button mushroom - hiris
2 sudu besar olive oil
Perap ayam dengan:
1 sudu besar oyster sauce
½ sudu kecil serbuk perencah Secukup Rasa
Parsley flake
1 sudu kecil sesame oil
Sedikit serbuk black pepper
1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air (memekatkan)
1 biji telur - pukul (lenser)
Panaskan minyak olive. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh masak, kemudian ayam yang diperap sehingga masak.
Masukkan mushroom dan capsicum, kacau sebentar supaya tidak terlebih masak.
Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat dan sesuaikan rasa.
Membuat Pie:
Panaskan oven pada suhu 180C.
Tekan tekan doh dengan tangan pada ketebalan ¼ cm (atau asal tidak terkoyak) atas papan pencanai yang ditabur tepung.
Letak atas acuan pie dan biarkan lebih. Tekan mengikut bentuk acuan dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.
Tutup permukaan dengan sekeping doh lain dan gunting lebihan doh. Tekan keliling doh dengan menggunakan garpu supaya kedua dua doh melekat.
Cucuk permukaan atas dengan garpu supaya wap boleh keluar semasa dibakar.
Sapu permukaan atas dengan telur yang dipukul tadi.
Bolehlah dihidangkan sewaktu panas panas. Tengok gambar gambar bawah ni.... hmmm so yummy... saya mahukan gambar yang nampak hidup dan sharp tapi saya belum berhasil.
Enjoy.....
Patang Azie,
BalasPadamsedapnya dapat makan chicken pai yang comel gebu.... rajin Azie mengepai ye... terliurrr!
Memang sedap lah, Amie. Sementara I nak pergi bercuti, cubalah penuhi permintaan anak bongsu kami tu. Selain tu seronok juga dapat cuba mengepai ni. First time buat pie.
Padamkite bakar dlm oven gune api atas dan bawah ke?
PadamYa. Atas dan bawah
PadamHi kak azie..ala..saya baru nk tgk cara k.azie masak chicken pie ni..actually walaupun resepi dia x susah tapi lebih puas kalau dapat tgk cara buat sekali..pity me..hehe..anyway mcm nk try jugak la resepi ni..
BalasPadamEe, I pun bila tengok blog atau magazine, suka sangat tengok gambar step by step selain untuk memastikan kita mengikut cara yang betul, juga kerana suka melihat gambar gambar bahan bahan diguna, cairan yang sedang tercurah. Tapi I letak juga gambar dalam proses memyediakannya kerana suka dengan gambar spt itu. Tak apa, kalau tak pasti, boleh tanya. Insya Allah, I boleh kongsikan
Padamsy pun suka kalau kak azie tunjuk cara masak step by step mcm dulu. lebih puas tengok dan lebih bersemangat ingin mencuba.hehe
BalasPadamDear Amsal, thank you for visiting my blog. Juga terima kasih kerana sudi meluangkan masa utk menulis komen di sini. Komen tersebut pasti menceriakan lagi blog saya. I pun memang minat melihat gambar step by step. Kalau blog yg ada step by step, I akan tengok gambar satu persatu. Memang mengasyikkan....
PadamSalam Kak Azie...sedap nampak pai tu..pagi tadi tergoda tengok cheese tart..dah beli barang2..harap2 projek menjadi la.. =)
BalasPadamSelamat pagi CW. Terima kasih kerana melawat dapur Azie pagi ini. Saya pun tengah teruja nak buat tart lagi. Tapi kali ini nak buat tart telur pula. Dan ingat nak buat tart shell tu banyak banyak dan simpan dalam freezer. Lain kali nak buat tart, tinggal buat inti saja. Cuba CW buat kulit lebih sikit.
PadamAs'alam Azie
BalasPadamsuka makan chicken pai, tapi tak pernah buat pun..hehehe InsyaAllah ct akan cuba resipi dari Azie ni mohon halalkan ya Azie. terima kasih segalanya Azie sebab tiada rasa jemua singgah DDCT..Alhamdulillah.
sebenarnya kalau Azie nak letak gambar step by step elok juga Azie, just letak tulisan di SINI dan bila orang klik kat situ akan keluarlah gambar2 tu senangkan, ct bagi idea aje terpulanglah pada Azie hehe
CTTTT! seronok nyer kerana CT datang berkunjung ke dapur saya. BErbesar hati sangat. Banyak benda nak kena belajar dari CT ni. Skrg dah mula ambik gambar tepi tingkap. Kalau dulu, asyik fokus pada masakan jer. Saya suka tengok close up photo. Anak saya kata, mama jangan lah asyik ambik gambar dekat dekat, tengok blog Dapur CT ni, macam ni lah cantik. Aduh Dapur CT lagi. Rasanya nak jer terjah rumah CT waktu dia sedang mengambil gambar gambar.
PadamHaa macam mana nak buat tu CT? Link di SINI tu pergi ke mana? Maknanya kita kena taip dan letak gambar step by step tu di mana? Page step by step tu tak dipublish by itself ke? Banyak tanya pula ya. Ini ilmu baru untuk saya ni.
salam Azie...,
BalasPadamsaya suka tgk blog azie ni...sbb cara azie terangkan tu step by step...menyenangkan saya yg masih dlm proses belajar...harap2 selepas ni azie akan kembali kpd konsep dulu...
Maisara, terima kasih kerana menyukai cara dan persembahan saya sebelum ini. Terima kasih juga kerana sudi mencoret sepatah dua kata di sini. Really appreciate it. Nanti I pertimbangkan sebab saya sendiri memang asyik dan ralit melihat gambar gambar step by step seperti santan mencurah, tepung bergaul dsb. Gambar gambar yang dipapar dalam entri pie tu, banyak diambil oleh anak saya, Aween juga.
PadamSalam Cik wan, lama tak jenggah sini mak aiii.. semuanya menggoda iman sayalah... kalau dapat buat minum petang dengan teh panas2 ni alahai...sedapnya
BalasPadamBalqis, ini bukan dapur cik wan. ini blog Azie Kitchen. salah masuk ya
PadamNi lg sedapppp dappp dappp
BalasPadamIni menggunakan pastri yang saya buat sendiri. Tapi anak saya suka yang macam roti canai tu, berlapis lapis pastrinya
Padamakak. maaf tapi nak tanya. nak buat doh tu. boleh gune mixer ke? or just simply kacau gune tangan je?
BalasPadamGuna tangan jer
PadamSalam,kalu tk buh yogurt bole ker?aziean
PadamBoleh jer tapi pasti rasanya tak sama dengan jika kita menggunakan yoghurt
PadamSis Azie,wow...yummy....nak cuba buatlah....tq atas perkongsian ilmu.Semoga ilmu sis semakin bertambah dan diberkati.Amin....
BalasPadamsalam, sy dah cuba tp the dough turns out terlampau lembik..kenape ye agak2nye
BalasPadamKalau lembik tambah tepung sikit.
PadamAkak.. Akak tknk buat class ke? Nak belajar buat.. Dah 2x try tk jdi
BalasPadamLaa apa yang tak jadi. Email me, nnt i tengokkan yg bhgn mana yg tak jadi.
Padamkak azie..halalkan setiap resepi yg sy ambl kat blog akak ni yer...mmg terbaik resepi akak tau..:-)
BalasPadamsalam akak..kalau pastry tu sy xkn letak yogurt bole x?
BalasPadamThanks.
salam kak Azie....saya suka sangat blog akak ni memang terbaik...
BalasPadamAssalamualaikum kak.. yg resepi pie ni utk berapa org mkn @ brapa bekas boleh dpt?
BalasPadamWslm. Bergantung pd saiz pie
Padamsalam kak azie..yoghurt tu plain yoghurt tu ke? yg dalam bekas tu? hehe blur pulak
BalasPadamPlain yoghurt. Blh guna yg dalam bekas kecil tu juga
PadamAs slm...sya mmg suka chicken pie...nmpk sedap jer akk buat...dan kena buat jgk sbb ank2 pun suka...t.kasih resepi..
BalasPadamAssalam Kak Azie. Nk tnya akk, knapa dlm recipe chix pie akk ni guna yoghurt ye? Dan ada x beza klau guna air ais (saya biasa guna air ais je) sbb saya x perlu guna chilling method lgi dan yoghurt kn a bit sour.
BalasPadamSyukran jazilan.
Assalam kak azie. Nk tanye knapa chicken pai sy slalu bahagian bawah tu mcm x msk/ x garing. Ke mmg mcm tu bile bake dlm aluminium cup mcm yg kak azie guna tu?
BalasPadamYa. Memang macam tu. Especially meluap lepas oanas sementara sejuk. Saya keliarkan terus dan kalau perlu saya bakar kejap api bawah sahaja. Lepas tu sejukkan atas redai
PadamBila dah sejuk baru masuk balik ke dalam sarungnya.
salam kak azie.. tumpang tanya kalau yoghurt saya gantikan air sejuk boleh ke??
BalasPadamWslm. Says buatk guna yoghurt. Boleh juga ganti dg air tapi hasilnya pasti tak akan sama
PadamSalam Kak Azie,suka sgat intai2 blog akak Ni..biasanya klau Cuba resepi yg akak share menjadi jer..so klau rasa teringin nk try masak sesuatu mesti nk tengok laman akak dulu..tuk pai Ni pasti nk Cuba..harap hasilnya cantik cam yg akak buat..
BalasPadamalaa,, saya pun suka tengok resepi yang tunjuk ajar step by dengan ada gambar sekali,, bagi saya ia lebih jelas untuk orang yang baru nak belajar resepi baru. Saya sangat2 berharap puan kekalkan resepi bserta gambar step by step
BalasPadamAssalamualaikum k.azie, dah merepeat bnyk kali pie akk ni..mmg best..tapi kan, kalau ada lebihan doh, boleh simpan dlm freezer ke atau di chiller shj ye?..selalu buat qtty sikit, tp kali ni nk buat bnyk utk majlis. Tq
BalasPadamAssalamualaikum Azie, saya cuba buat chicken pie, sungguh enak rasanya. Terima kasih atas resepi berkenaan. Semoga beroleh keberkatan hendaknya.
BalasPadamsalam kak azie,..macam mana nak dapatkan sedikit kuah dalam chicken pie filling tu?
BalasPadamsalam..kak Azie
BalasPadamsaya suka resepi dari kak azie .. resepi masakan dari kak azie yang saya ikut semua menjadi alhamdullilah.. terima kasih kak kongsikan resepi utk semua.. semoga apa yang akak buat dpt keberkatan dri allah swt
Audience blog Pn Azie tak sama dengan audience anak Puan yang muda dan fikirannya lain. Kami yang suka memadak sukakan resepi yang lengkap dan banyak gambar dan paling suka gambar step by step. Terima kasih kongsi resepi
BalasPadamSalam kak zie boleh simpan Di luar bapee lame yer dah try buat mmg sedap, Tapi buat dah mlm kul 10 mlm .,esok nk mkn lagi . Takut keras simpan Di peti sejuk
BalasPadam