Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bila Kita Berbudi Pada Tanah



Berbudi pada tanah, saya rasa semua orang tahu perumpamaan itu kan? Berbudi pada tanah, memang akan dapat menuai hasilnya.  Saya nak berkisah sikit pasal pokok dan buah betik.  Yang sebenarnya saya tak suka makan buah betik. Masa kecil kecil dulu, saya suka makan betik muda yang dicicah dengan collek yang dibuat dari kicap, garam dan gula atau menggunakan cuka, garam dan gula.  Best makan atas gerei depan rumah kami, bersama anak sepupu saya, Cik gu Wan Faizah di bawah pokok gemia.  Apa nama buah gemia ya, buah kundang kot.

Pokok betik yang ditanam di belakang rumah kami oleh Agus telah berbuah dengan lebatnya dan menghasilkan buah betik yang sangat manis.  Buah betik yang dihasilkan dari pokok ini telah mengubah citarasa saya pada buah betik. Kalau dulu, saya tak suka tapi kini saya dapat merasakan berapa enaknya buah betik. Manis dan kental isinya. Saya pun tak tahu dari mana Agus mendapat benih pokok ini dan dari baka apa pun saya tak tahu. Tapi ada 2 jenis pokok betik di belakang rumah kami. Satu pokok menghasilkan buah yang lonjong memanjang dan satu lagi bulat. Tapi yang bulat ini, rasanya tidak sesedap betik yang panjang itu. 



Dari hari ke hari, pokok lagi bertambah tinggi, kalau dulu hubby boleh petik dengan tangan jer tapi kini terpaksa memanjat dengan tangga. Yang best nya terpaksa berebut rebut dengan burung burung, ada masanya buah yang masak menjadi rezeki mereka. Nak buat macam mana kan? Biarlah sahaja, dah rezeki mereka. Tapi bila rezeki burung, tetap memberi rezeki pada kami kerana tumbuhnya anak anak pokok betik yang semestinya tumbuh dari biji yang jatuh ke tanah semasa di patut oleh burung burung.  




Saya juga sering membawa buah buah betik ke pejabat untuk dikongsikan bersama sama rakan sepejabat pula. Rezeki yang dianugerahkan ini boleh dikongsi. Tengok betapa besarnya ganjaran apabila kita berbudi kepada tanah. Gambar yang saya ambil hari ini ialah sebahagian dari 4 biji betik yang masak serentak. Tengok warnanya, memang aduhaiii tak terkata. Hasilnya tak ternilai, syukur atas rezeki Mu Ya Allah.






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Bila Kita Berbudi Pada Tanah"

  1. Best nyer. Buah betik memang banyak khasiat

    BalasPadam
  2. Buah betik ni tersangat manis seperti betik madu pulak.

    BalasPadam