Ayam Masak Merah
Ayam Masak Merah hidangan kali ini juga adalah geng dengan Nasi Tomato yang saya sediakan di samping lauk Beriani Kambing dan Acar Timun.
Untuk memudahkan rujukan, klik di SINI untuk resepi Nasi Tomato dan di SINI untuk resepi Beriani Kambing. Ya lah, kalau nak mencari cari, kadang kadang tak jumpa, jadi klik jer link untuk melihat rakan rakan Ayam Masak Merah.
Saya masih ingat Wan Chu di Sg Besi yang sangat handal dalam bab memasak Ayam Masak Merah yang sangat sedap. Beliau sangat cekap, sekejap jer di dapur, semua disiapkan dengan lengkap.
Saya pernah juga melihat dia memasak Ayam Masak Merah tapi pada masa tu, ehem ehem, tak teringat pulak nak menyalin resepi, jadi sekadar tengok jer ler. Tapi yang masih jelas di ingatan ialah, dia tak pernah lupa untuk meletakkan kacang peas dalam tin tu. Memang nampak cantik dan lengkap bila ada kacang peas tapi saya tak meletakkannya demi untuk berjimat kerana saya sendiri tak suka, apalagi anak anak.
Kenduri kendara di Kelantan juga sekarang banyak disediakan Ayam Masak Merah bagi menggantikan Ayam Kerutuk atau Ayam Percik pada masa kenduri dulu dulu. Cara tukang masak di sana menyediakan Ayam Masak Merah sangat sempoi jer tetapi rasanya fullamak, punya lah sedap.
Rahsianya, bawang mesti ditumis sampai benar benar garing sebelum dimasukkan cili kisar yang juga digoreng garing garing. Melihat mereka mengacau bahan tumisan di dalam kuali tu, yang bercinta sikit. Lama betul, tujuan nya supaya lauk tahan lama dan tak mudah basi. Maklum kalau kenduri di Kelantan, bukan ada had masa, malam malam pun ada lagi tetamu yang datang walaupun jemputan adalah sehingga petang sahaja.

Ish ish terpanjanglah pulak celotehnya. Apa apa pun saya cadangkan anda mencuba resepi ini di rumah. Memang sangat sedap. Serious... tak tipu, walaupun gambar nampak macam biasa jer. Jom kita layan resepi dulu....
AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil, lumur kunyit garam & goreng
Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 batang serai
4 biji tomato
2 sudu besar tomato sos
Kacang peas (tak letak)
Sedikit susu cair
Sedikit susu cair
Bawang besar - potong bulat gelang
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan sedikit susu cair, ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata. Jika terlalu kering, masukkan air secukupnya

Sedap n menark.dah cuba dah nasi tomato dan ayam masak merah.beriani daging je belum...tq kak azie.
BalasPadamTerbaikkk
BalasPadam