Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Udang Harimau

Sambal Tumis Udang Harimau

Seperti yang saya tulis pagi tadi, saya memang tak bercadang untuk memasak lunch sebab bercadang untuk keluar ke OU tetapi sewaktu Aween masuk ke dapur dia meminta saya memasak kuah kuning ayam.  Saya faham yang dimaksudkan Aween ialah Gulai Lemak Cili Padi Ayam lah tu.  Aduh kesian pulak sebab dia berharap untuk makan tengahari di rumah lah tu.  

Saya sebenarnya nak membuat operasi membersihkan rumah dengan vacuum habuk di tingkat atas tapi kalau dah memasak, memang tak berkesempatan lah. Saya menjenguk keluar dan bertanya kalau Juita boleh membantu saya membersihkan habuk tingkat atas.  Tak susah sebenarnya sebab rumah kami menggunakan central vaccuum, jadi membuang habuk dengan menyedut menggunakan vaccum sangat mudah.

Buka peti sejuk, tengok ada udang harimau, ada juga ayam. Pajeri nenas masih ada, jadi saya tak jadi memasak gulai lemak ayam kerana sudah ada kuah.  Hmmm masak sambal tumis udang lah jadinya. Layannn.... 

Sambal Tumis Udang Harimau 
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
1 biji bawang besar - kisar
4 bawang merah - kisar
4 bawang putih - kisar
3 sudu besar cili kisar
Garam
Asam Jawa
Gula

Panaskan minyak dan goreng udang sekejap.  Angkat dan ketepikan.

Sambal Tumis Udang Harimau

Masukkan pula bawang kisar dan di goreng sekejap sebelum dimasukkan cili kisar. Setelah cili kisar benar benar garing, masukkan gula.




Masukkan udang, air asam jawa, garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.  


Sambal Tumis Udang Harimau

Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Sambal Tumis Udang Harimau


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Sambal Tumis Udang Harimau"

  1. Terimakasih utk resepinya.. Insyaallah akan dimasak utk santapan keluarga.. Semoga dipanjangkan umur dlm kebaikan

    BalasPadam