Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Cili Padi Ayam Stail Noghori

Rendang Cili Padi Ayam Stail Noghori

Saya belajar resepi rendang Noghori ini dari Liza semasa berkunjung ke rumah beliau pada hari sabtu lepas. Kebetulan hari itu, Liza ada menghidang rendang cili padi Itik yang sedap. Saya minta diajarkan dan terus menyalin resepi. 

Hmmm saya mula menyukai rendang Noghori sejak makan rendang yang sahabat saya, Rafidah bawa ke pejabat selepas raya dulu dulu. Maklum lah Fidah dan Muez berasal dari Negeri Sembilan, jadi masakan berasaskan cili padi yang menjadi menu masakan di rumah mereka.

Hari ini saya terus masuk dapur sebaik sampai di rumah. Mula mula saya menguli roti dan sementara menunggu roti diperap, saya mula memasak rendang. Tapi macam biasa lah, mana sempat nak ambik gambar cantik cantik, angkat dari kuali, anak anak dah tunggu dengan pinggan berisi nasi. Itu pun depa komplen sebab kena ambik gambar sebab mereka dah tak sabar nak makan. Ambik jer ala kadar.

Sedap rendang ini walaupun keladaknya tak banyak. Saya suka makan kuah keladak rendang yang digaul dengan nasi. Masih kena cuba lagi sehingga dapat masakan yang banyak keladaknya seperti rendang itik yang saya makan di rumah Liza. Kata Liza mungkin sebab santan yang saya gunakan tak cukup banyak. Kalau mahukan rendang yang berwarna gelap, boleh masukkan sesudu dua cili kering kisar, sebab rendang ini berwarna kuning.

Jom layan dulu...

Rendang Cili Padi Ayam Stail Noghori

Rendang Cili Api Ayam Noghori
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam
Segenggam cili padi kampung
2 inci kunyit hidup
3 batang serai - tumbuk kasar
Santan
1 asam keping
Garam
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sehiris halia
Sehiris lengkuas
Kerisik

Kisar cili padi, kunyit hidup, bawang, halia dan lengkuas. Kecutkan ayam dengan dimasak atas kuali bersama dengan bahan tumbuk/kisar sehingga air hampir kering.


Masukkan santan dan setelah mendidih, masukkan garam.


Setelah kuah hampir kering, masukkan kerisik dan asam keping. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Angkat dan hidang.

Rendang Cili Padi Ayam Stail Noghori

Nota:
Resepi asal hanya cili padi, kunyit hidup, serai dan santan sahaja. Boleh masukkan bawang, halia dan lengkuas serta kerisik jika mahu rasa wangi.

Sedap jika dimasak atas dapur arang, terutama masa hendak dikeringkan.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Rendang Cili Padi Ayam Stail Noghori"