Puding Kastard Jagung
Salam buat semua. Malam ini saya membuat Puding Kastard Jagung sahaja tanpa Buah buahan Koktail. Resepi ini saya ambil dari Dapur CT iaitu resepi Puding Kastard Jagung Berkoktail. Itu pun kerana saya hanya ingin menghabiskan baki jagung manis dalam tin yang telah dibuka dulu yang kebetulan cukup cukup untuk membuat puding ini. Lagi pulak, puding ni dah ada jagung, jadi saya rasa tak perlu lagi letak buah buahan koktail. Nanti hilang rasa dan keenakan jagung manis.
Dulu saya pernah membuat puding jagung ini tapi entah kenapa tak menjadi. 2 kali saya membuat nya tapi tetap tak menjadi seperti yang sepatutnya. Tapi resepi ini, bila dikacau jer, terus pekat dan berkilat menandakan kejadian yang positif. Hati tersenyum puas setelah percubaan lepas tak menjadi jadi.
Sedap puding ini, apa lagi bila dimakan sejuk sejuk. Jom apa kata cuba membuatnya. Boleh juga dimakan sambil lepak lepak di hujung minggu. Esok nak layan taman taman saya kerana ada shooting dalam minggu depan. Jom layan resepinya....
Puding Kastard Jagung
Oleh: Azie Kitchen
Bahan utk Puding:
1 cawan tepung kastard
1 ½ cawan jagung manis (dalam tin)
¾ cawan gula pasir
3 cawan air
1 ½ cawan susu cair
Bahan Tambahan:
1 cawan buah campuran dalam tin (tak letak)
Cara-cara:
Letak buah-buahan campuran ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2, ketepikan, jika mahu buat Puding Kastard Jagung Berkoktail.
Campurkan kesemua bahan utk puding ke dalam kuali dan kacau mesra. Kemudian letak di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.
Angkat dan tuangkan ke dalam loyang kesukaan atau bekas acuan berisi buah-buahan campuran tadi.
1 cawan tepung kastard
1 ½ cawan jagung manis (dalam tin)
¾ cawan gula pasir
3 cawan air
1 ½ cawan susu cair
Bahan Tambahan:
1 cawan buah campuran dalam tin (tak letak)
Cara-cara:
Letak buah-buahan campuran ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2, ketepikan, jika mahu buat Puding Kastard Jagung Berkoktail.
Campurkan kesemua bahan utk puding ke dalam kuali dan kacau mesra. Kemudian letak di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.
Angkat dan tuangkan ke dalam loyang kesukaan atau bekas acuan berisi buah-buahan campuran tadi.
kalau guna santan lebih enak
BalasPadamOh ya, Insya Allah, di masa depan, boleh guna santan pulak sebagai satu kelainan
PadamTq akkazie pertama kali buat menjadi
Padamyey
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamwaaa... sedapnya...
BalasPadamEverbiscake, sedap tapi saya tak berapa suka.
PadamSamala..kalau sy buat pun sbb hubby saya suka puding jagung..hehe..thanks ya..boleh cuba ni..
PadamSamala..kalau sy buat pun sbb hubby saya suka puding jagung..hehe..thanks ya..boleh cuba ni..
PadamDah cuba, boleh bagi feedback ya
PadamSy sedang mencuba.... hrp2 jd... amin....
Padamseronoknya..menjadi
BalasPadamAlhamdulillah, tumpang gembira
Padamtq puan azie
BalasPadamSalam.. Saya dh cuba..best... Tq ya.
BalasPadamGlad to hear that
PadamBaru nak cuba buat hari ni..sblm ni biasa buat puding jagung biasa jer,tak letak kastard la...bee ni mmg hantu jagung..klu boleh tiap2 minggu nk mkn mknan yg ada jagung ni...he3x...
BalasPadamOhh... Saya pun suka makan juga terutama kalau dimakan beramai ramai
PadamSedap...saya dah Cuba dah..thanks Kak..:)
BalasPadamAlhamdulillah, semoga terus bertamh baik
PadamBaru nak try buat hari ni..hrp2 la menjadi..
BalasPadamInshaa Allah, pasti menjadi.
PadamAlhamdulillah puan...senang hati sgt puding menjadi.trima kasih dgn resepi express ni ya.bl2 ms pun bole buat..
BalasPadamAlhamdulillah, saya suka mendengar feedback dari mereka yg telah mencuba. Sekurang kurangnya bagi makluman utk orang lain yg sedang tercari cari resepi
PadamKak azie..apasal puding saya ni tak jadi ye?rasa sedap tapi lembik sangat la..tak leh nak potong.
BalasPadamBagaimana dg cawan yg digunakan utk sukatan, kalau lembik maknanya sukatan cecair yg terlebih. Saya buat spt dlm gambar tu, hasilnya. Cuba lagi dg guna sukatan cawan standard.
PadamXltk agar2 ke.. die jd keras sb ap..
BalasPadamAda 2 jenis, ada yg mnggunakan agar agar. Tapi yg ni tak guna. Ia akan mengeras selepas dikacau spt dlm gambar di atas.
Padamsy dh buar..guna sukatan measuremnt tpi lembik. sdap dh sdap dh
Padamsame laaa...lembik😶
Padamsama jgk..saya buat ikut sukatan yg sama jd lembik xboleh potong..tp rasanya mmg sedap..mcm mana ye
Padamsy bt xjd kilat la n lembik skit..nti try lg laa..
BalasPadamKena kacau lama lama lagi kot
PadamAlhamdulillah kali ke2 dah buat, sebelum ni tak berani nak wat. Ok sedap hubby suke! Thanks 4 d simple recipe!
PadamAlhamdulillah. Terima kasih kerana memberi feedback di sini. Boleh dijadikan rujukan utk kawan kawan lain yg sedang mencari resepi Puding jagung nanti.
PadamDah cuba tak tau lah jdi ke tak hihihihi.. Tp memang simple lah wat nie hehehe mak seh yer
BalasPadamMmng niat nak bt puding jagung..blog puan mjadi pilihan..mudah ringkas...Alhamdulillah menjadi..
BalasPadamT.kasih..
Ιt's a shame you don't have a donate button!
BalasPadamI'd without a doubt donate to this fantastic blog! I guess for now i'll settle for book-maгκing and аdding your RSS feed to my
Googlе acсount. I looκ forwarԁ to bгand new updates anԁ
ωill talk аbout thіs sіte with my Fасebooκ group.
Tаlk ѕoon!
Look at my webpage; Low cost Resorts Record - Compare Accommodations Costs
Nak buat ni pulak hari ni.....pernah buat dulu tp dah hilang resepinya.....nasib baik jumpa dlm ni
BalasPadamwah sedapnya puding.sedap di makan sejuk-sejuk
BalasPadamDa buat, memang menjadi dan sedap, siap promote kat kwn2... terima kasih akak!
BalasPadamDah cuba ..jadi terima kasih.
BalasPadamSedang mncuba harini...insyllh puding sy jd...thank sis....
BalasPadamPerasa apa lg yg sesuai selain jagung ye akak utk buat puding kastard?
BalasPadamkalau letak nanas pun sedap juga :)
PadamSalam Azie..dah 2x saya cuba resepi puding custard ni ikut resepi Azie... mmg menjadi dan sedap!.. :) terima kasih ye...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamYummy rcp..
BalasPadamDah cuba! Jadi.. Tgh tggu sejuk. Tq admin❤️❤️❤️
BalasPadamMmg lama ker nak kilat
BalasPadamT.kasih share resepi,., menjadi Dan Sgt sedap..sye ambil yang haq semata mata dulu kini Dan selamanya..
BalasPadamAssalamualaikum. Kalau guna jagung manis tongkol tu boleh ke ye?
BalasPadamTerima kasih share resepi..Mmg mnjadi n sedap..ank2 pun suka..alhamdulillah
BalasPadamSaya mohon share di FB ya
BalasPadamTgh mencuba.....selalu buat guna 1 peket kastad....byk sgt ..try yg ni dptla satu bekas acuan jagung dan satu bekas kecil...ok la....tp x tau lg kejadiannya sbb masih panas.....
BalasPadamPuan, saya dh Cuba. Alhamdulillah jadik. Makan dgn susu cair lagi double sedap
BalasPadamAlhamdulillah jadi...Terima kasih sudi share resepi puding jagung Ni.
BalasPadamSalam ramadhan..thnks Azie Kitchen.
BalasPadamDah lama betul tak buat..resepi ingat2 lupa. Scroll kat sini..Alhamdulillah..perfect..
Cukup utk juadah berbuka ptg ni..
bru buat hri ni.. tpi x letak jagung dlm tin... sy x suka jgung dlm tin... sy letak buah dlm tin.... ptg ni bru dpt rsa ...
BalasPadamtq admin..dah 2kali buat guna resepi puan utk ramadhan ni..husband pon suka..sedang2 je manis die..
BalasPadamTerima kasih puan. Tadi saya google dpt resepi puan.. saya buat tadi.. sedap dan manis.
BalasPadamTq puan..saya kalo nak masak sedap punya mesti resepi puan.Memang terbukti sedap Dan menjadi...huhu
BalasPadamAlhamdulillah..dah beberapa kali cuba rezepi ni..dan memang menjadi! Terima kasih ats ilmu yh d beri.. Td cuba lg..tp kali ni saya cuba tambah sket santan..pun jd! Cuma secara peribadi saya lebih suka resepi asal dr yh boh santan ni !)
BalasPadamAssalamualaikum Kak Azie. I've tried the recipe but substituted the water with fresh milk. I used 1L of fresh milk. My family really likes it...the pudding is soft,creamy and not too sweet. Thanks for sharing your recipe...Alya
BalasPadamSlm puan..nk tnya jagung dlm tin tu nak 1 1/2 cwn kan..agk2 dlm brp tin ye..sbb nk beli bahan..hehe..tq..
BalasPadamkalau xguna jagung manis boleh x ?
BalasPadamSedap sangat. Dah 2x cuba. Bahan pun senang
BalasPadamKalau buat pakai fresh corn boleh ke? Tak pakai jagung yg dalam tin.
BalasPadamSaya dh try.. sedap.. tapi saya guna santan sbb xde susu cair.
BalasPadamBaru nak try harini.hihi
BalasPadamsaya dah cuba tapi dah letak semalaman dalam peti sejuk, tetap lembik, tidak boleh dipotong. apa silapnya? apa2x pun sedap, disendukkan dlm mangkuk bagai makan aiskrim.
BalasPadamGuna sukatan cawan standard atau cawan minuman biasa. Sebaik guna cawan standard yg dijual kedai bakeri supaya kuih kita lebih tepat sukatan bahannya
PadamBaru buat. Alhamdulillah menjadi. Resepi dari blog puan yang paling ringkas sebab yang lain kebanyakannya buat dengan sos sekali. Resepi dari blog ni setakat ni buat memang menjadi lah! :D
BalasPadamSaya selalu guna resepi ni utk buat pusing jagung... cuma sy tambah 2 sudu besar butter dan corn emulco.. jd rasa lebih lemak bila tambah butter.. terima kasih Pn Azie utk resepi yg mudah dan sedap ni..
BalasPadamSaya Diana dr Kota Bharu.
Tgh mencuba resepi ni. Tunggu sejuk jap nk tgk ape jadi.first time buat..
BalasPadamTerima kasih cikgu azie
BalasPadamWat smlm, alhamdulillah dpt mkn puding kastard jagung buatan sendiri. Selama ni main beli je. TQ sgt2
Sy bru siap wat puding ni..sdg sejukkn..xtau jd ke x
BalasPadamassalamualaikum pn azie...tq sgt mnjadi dan smua memuji kesedapannya...smoga pn azie dberi kesihatn dan pahala berpanjangn aminnnn....
BalasPadamAssalammualaikum sis azie...sy baru nak cuba tapi klu xletak jagung cara nya sama kan??
BalasPadamSaya dah buat ikut resepi puan azie ni.mmg jd.Alhamdulillah mmg ianya sedap
BalasPadamBaru nk cuba buat. Harap2 menjadi
BalasPadamTq for the simple resepi...first time sy cube buat..alhamdulillah menjadi..sedap
BalasPadamKak azie? Sye masak tadi kejap sampai dia pekat tapi tak sempat kental sye dah tutup api. Le0as sejukkan sye letak dlm peti pastu bila makan lembik pulak. Boleh ke panaskan balik?
BalasPadamYeah. Akhirnya berjaya buat puding jagung. Tp sy tukar susu ke santan n pati jagung wat sendiri😁 tq sis azie.
BalasPadamSya bru qat guna resepi akak...x smpat sjuk ank2 dh nk mkn.....depa ckp sdap x yah tgu sejuk....🤣🤣so layan kan aja 3/4loyang tu h s dimkan ank2...syukur...dulu pnah wat tpi ank kurang suka....
BalasPadamJagung mnis dlm tin tu kena tapis dlu le airnyA
BalasPadamTak jadi laaa. Lembik
BalasPadamDah cuba..jadiii...senan, cepat siap dan sedap!☺😈😈
BalasPadamTerima kasih....resepi puding jagung ni mmg sedap,lembut dan tidak manis. Kami sekeluarga sgt suka. .:)
BalasPadamAssalamualaikum...terima kasih pn azie Alhamdulillah jadi❤️🥰😉
BalasPadamTerima kasih share resepi yg sangat mudah. First time.buat, menjadi!!
BalasPadam