Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Kabsah Ayam

Nasi Kabsah Ayam

Selain Nasi Mandy, saya juga gemar makan Nasi Kabsa terutama di Seksyen 7 Shah Alam yang berdekatan dengan UNISEL. Memang sedap terutama Lamb Kabsa. Saya tengok dalam blog Raidah resepi untuk membuat Nasi Kabsa dan nampak sangat mudah. 

Itu yang saya terus google mencari resepi dan terjumpa satu video you tube tentang cara cara memasak nasi kabsah. Saya terus menyalin resepi dengan mengulang tayang berkali kali. 

Nasi Kabsah Ayam

Balik terus singgah di Village Grocer mencari Buharat, rempah ratus arab tapi saya tak menjumpainya. Jadi saya dah ubahsuai sedikit sebanyak dan Alhamdulillah kerana rasanya memang menjadi seperti nasi Kabsah seksyen 7. Malahan semasa sedang dimasak, bau semerbak rumah saya dengan bau rempah ratus nasi kabsah. 

Jom layan resepi di bawah...


Nasi Kabsah Ayam

Nasi Kabsah Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg beras basmathi - basuh & tos 
1 ekor ayam - potong 8
3 bawang besar - dadu 
3 biji tomato – dadu 
1 sudu besar tomato puri 
75 gm halia – kisar
 ½ sudu kecil bunga cengkih 
2 biji black lemon (tak letak) 
6 keping kayu manis 
7 kuntum buah pelaga 
½ sudu kecil black pepper 
2 helai bay leave 
½ sudu kecil buharat (Arabic powder 5 spices – can use garam masala) 
75 gm unsalted butter (or ghee or 125ml vegetable oil)
2 liter air panas

Cara cara:
Pastikan semua bahan sudah tersedia sebelum mula memasak.
Masukkan buah pelaga, bunga cengkih, daun bay, lada hitam dan ayam  ke dalam air mendidih. Masukkan garam dan maggi cube secukup rasa.



Apabila ayam separuh masak, keluarkan dari periuk dan simpan air rebusan.
Menggunakan periuk yang sama, masukkan minyak atau butter. Tumis bawang besar, halia dan tomato hingga lembut.  Masukkan tomato paste  dan rempah buharat dan masak lagi sehingga naik bau. 




Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Kacau rata sehingga rempah mesra dan meresap pada beras.



Tuangkan stok rebusan ayam yang panas panas.  Jangan sesekali menggunakan stok yang sejuk dan jangan mengacau beras selepas memasukkan air panas. Ini adalah supaya nasi tidak soagy dan melekat.
Pindahkan ke dalam rice cooker dan masakkan sekejap. Masukkan ayam dan susun di atas nasi dan tutup periuk. Terus masak sehingga nasi masak. 


Nasi Kabsah Ayam


Keluarkan ayam dan kacau nasi secara perlahan lahan untuk mengelakkan nasi patah. 

Nasi Kabsah Ayam

Nasi Kabsah Ayam


Boleh lah dihidangkan panas panas bersama salsa.  


Nota:
Bagi menggantikan rempah buharat, saya menggunakan 1/2 sb mixed spices, 1/2 sb serbuk ketumbar, 1/2 sb serbuk jintan manis dan 1/2 sb serbuk jintan putih dan sedikit serbuk kunyit.


Nasi Kabsah Ayam

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

20 ulasan for "Nasi Kabsah Ayam"

  1. Assalammualaikum Azie
    wahhh cdpnya nengok nasi kabsah ayam ni..trgolek golek ayamnya. Kak Kay mmg sdg mencari menu berbagai nasi utk hidangn bln puasa akn dtg ni bkn apa saja nak cari pengetahuan ttg penyediaan nasi2 istimewa yg lain plak. Tkasih krn sudi kongsi resepi nti K/Kay leh gunakan blog Azie sbagai rujukan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm CheKiah, betul juga nak berbuka ni elok masak nasi camni. Senang dan ringkas tak perlu nak sediakan pelbagai lauk pauk. Oleh jer nak ambik mana mana resepi dalam blog ni. Memang utk dikongsikan pun. Dah sign as follower ke? Sign lah, nanti dapat update new entry.

      Padam
  2. ck sudah followwww...!!!

    BalasPadam
  3. napok mace sedap jer...nak cuba la hari ni untuk juadah berbuka puasa. sebelum tu nk mintak izin dari tuan punya blog dulu boleh tak Pn Azie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Resepi mmg utk dikongsi. Nnt updatenlah ya, sedap ke

      Padam
  4. Salam Azie. Buharat tu kalau ganti dgn garam masala kena letak juga spices ganti yg Azie guna tu tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau guna garam masala, tak perlu lah lagi. Tapi kalau nak tambah bagi lebih rempah, boleh juga

      Padam
    2. Ok, tq. Ingat nak try weekend ni. Harap menjadi la.

      Padam
  5. Alhmdulillah dapat join dgn sahabat2 sini...InsyaAllah saya buka Restoran sdrhana kat Perlis..InsyaAllah kalau dah siap kdai dua tingkat yg baru bolehlah tambah menu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya doakan semoga saudara mendapat rezeki yg melimpah ruah. Insya Allah. Ameen

      Padam
  6. Terbaik..saya pun nak cuba. Baru je berbuka lamb kabsah di sek 7.

    BalasPadam
  7. sy dh cuba resepi ni kak azie.. sedap.. terima kasih atas perkongsian.. :)

    BalasPadam
  8. Sedang mencari resipi Kabsa ayam..
    thanks for the recipe...

    BalasPadam
  9. mesti cuba, hubby suka..paling sedap so far nasi arab di restoran ali baba, seri kembangan. mmg terbaik. kalah restoran saba di cyberjaya:)
    anyway tq kak azie for recipe. inshaaAllah nk cuba:)

    BalasPadam
  10. Kak Azie,sy dh byk cuba resepi kak Azie...Alhamdulillah semuanya menjadi..😃👍

    BalasPadam
  11. Salam Kak Azie. saya cuba today (26 July 2016) and Alhamdulillah jadi. Tq ya

    BalasPadam
  12. Sy Aliff, student mesir.
    In sya allah, nk buat kabsah ayam ni,
    Nk celebrate bday kawan.

    Terima kasih ats prkongsian resipi.

    BalasPadam
  13. Resepi ka azie semuanya sedap..sentiasa follow resepi akk😘..mmg menjadi klau buat.tq akk ..semoga sihat selalu,murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah Swt..aamiin

    BalasPadam
  14. lamb kabsah paling sedap di Qasar Balqis sebelah Petronas MMR2 Taman melati..malah secara penilaian saya restoran ni boleh dikatakan restoran Arab yg majoriti makanannya paling sedap di KL dan Selangor

    BalasPadam