Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Itulah yang terjadi pada saya hari ini. Memang dari pagi saya plan untuk gantung periuk belanga hari ini, nak berehat. Tapi dalam gitu pun, saya sempat buat breakfast, dalam tak nak masak, sempat lagi masak beberapa lauk untuk makan tengahari. 

Dah tu fikir nak keluar petang dan makan kat luar jer. Tup tup tengok anak buah saya, Farah Anis, Hariri dan si kecil Adib muncul depan rumah. Jadi plan nak gantung periuk belanga tak kesampaian, bila anak anak meminta supaya dimasakkan sesuatu selain dari Apple Tart.

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Masa di OU, saya singgah ke Cold Storage mencari bahan bahan untuk memasak beriani Kambing Pakistan pulak. Tak ada daging segar, yang frozen pun jadi lah. 

Balik rumah jer, terus masuk dapur. Haa nasib baik sebab tiba tiba jer muncul Farah Aimi, kembar Anis yang saya panggil Along. Kebetulan Along pun minat juga memasak jadi dia yang tolong mengacau kuah dalam kuali sementara saya berhenti solat. 


Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Malam ini memang saya menahan godaan dan cuma makan sedikit sahaja. Rasanya memang sangat lah sedap, kalau ikutkan 3 pinggan pun boleh saya habiskan. Tapi saya berkorban perasaan dengan hanya menjamah suku pinggan sahaja. 

Alahaai saya yang dulu tak suka sangat dengan nasi beriani jadi betul betul ketagihan dengan beriani Pakistan ini. Makan beramai ramai lagi lah sedap. Terima kasih lah kepada Oznaini kerana mengajar resepi ini, a keeper recipe. Beberapa hari lepas, saya memasak nasi beriani Pakistan menggunakan ayam, pun sangat sedap. Kalau nak tengok, klik di SINI. Sangat berbaloi mencubanya.

Jom layan resepi dan gambar gambarnya...

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Nasi Beriani Kambing Pakistan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi - rendam & tos
9 keping kambing - dg tulang
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 biji buah pelaga
10 tangkai bunga cengkih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji bawang besar – potong dadu
5-6 biji buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk 
1 ½ cawan yoghurt - banyak lagi sedap
2 helai bay leave 
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus 
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning
Garam

Gula

Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 tangkai cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis -  jika suka


Penyediaan Lauk:
Perap kambing dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.


Masukkan kambing yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.


Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.


Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.


Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Letak pula lapisan kedua, iaitu kambing bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

Lapisan atas sekali ialah lapisan kambing. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan kambing ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Salad

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Lettuce
Tomato
Bawang besar 
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.

Sos Yoghurt

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam

Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati. Selamat menjamu selera.

Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap

Tengok tu, tak sempat nak menghias meja pun, kira makan anak beranak jer kan...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

48 ulasan for "Nasi Beriani Kambing Pakistan Yang Memang Super Duper Sedap"

  1. wah sedap macam nak try je ni Zie...

    BalasPadam
  2. Memang sedap, Noor. Resepi ini dipelajari dari kawan saya yang memang sentiasa memasak nasi beriani menggunakan resepi ini. Dia belajar resepi ini dari kawan Pakistan semasa dia tinggal di sana. Jadi memang resepi pure dari Pakistan

    BalasPadam
  3. Saya dah cuba masak nasi ni..seddappp!!

    BalasPadam
  4. Sedap ni...saya pun dah cuba hujung minggu baru ni..

    BalasPadam
  5. Lepas ni nak cuba guna beras basmathi yang panjang pulak. Yang ni guna beras basmathi Faiza Moghul tp tak nampak nasinya panjang panjang pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. beras jenis mana yg sesuai puan..mohon tunjuk ajar

      Padam
  6. Nampak sedap, terima kasih kongsi resepi. Insyaallah akan saya cuba resepi.
    memang anak beranak peminat nasi beriyani

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ummu, sama sama. Nasi beriyani Pakistan ni rasanya lain sikit dengan nasi beriani biasa

      Padam
  7. Hi.... My hubby nak makan beriani kambing lak hari nie.... Your recipe look nice... Wanna try and see.... Harap2 menjadi.... InsyaAllah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yang dah mencuba. Insya Allah menjadi. Saya sendiri dah banyak kali membuatnya

      Padam
    2. Alhamdulillah.....menjadi juga akhirnya.... Hari nie masak for 2nd time.... Thank for d recipe...Memang sedap.....

      Padam
  8. assalamu'alaikum ... teruja nak try ni .. nak nanye .. slalu kat frozen section jual pieces of lamb chops tu pon bole guna utk resipi ni kan ?.. any particular bhgn kambing yg elok digunakan ? dolu2 kalu buat beriani ni pon pakai brand shah masa dok pakistan dulu .. tp heaty sket ... so , tringin nak buat from scratch ... thank you for the rcp :)

    BalasPadam
  9. alhamdulillah da buat ... cik abe kasi A+ .. hehe .. ths rcp is definitely a keeper! thank you kak Azie :) btw , sy ade satu tip utk elakkan nasi dr pecah masa nak gaulkan tuu .. x perlu kuarkan nasi dr rice cooker utk kacau .. gunakan satu chopstick dan kacau perlahan .. ths tip was gvn by a fren yg buat nasi mandy .. slmt mencuba!

    BalasPadam
  10. terima kasih....nak sgt try buat biryani kambing ni. Esok confirm buat untuk berbuka....kaki kambing pun dah beli last weekend, petang nnt cari yogurt and other stuff yg xde dalam fridge...

    BalasPadam
  11. Salam sis, kalau nak rebus daging tu boleh tak? Kalau guna daging lembu boleh ke masak nasi briyani ni?😊

    BalasPadam
  12. Awww...must try! Mintak resepinya kak azie ya!

    BalasPadam
  13. nasi briyani ni tak pakai rempah briyani ke??
    satu lg..caner sukatan beras basmati ngan air..boleh toling terangkan sket..kambing dah ada ni..tak sabar nk try..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Safarini,
      Apa kata saya cadangkan supaya you baca dan tengok gambar gambar yang disertakan untuk lebih jelas. Kalau perlu, print dulu. Semua sudah ditulis step by step termasuk bahan bahannya

      Padam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  15. Salam Pn Azie... Sy dah cuba buat hari ni.. Sempena hari raya haji... Sy ikut every step yg ditunjuk kan... Daaaannnnnn.... Bila time makan semua kata SEDAP... !!! Serius sedap... Tq sbb sudi share resepi yg super duper superb... Hehehehhe

    BalasPadam
  16. Puan Azie, sy dah cuba byk kali resepi ni.. guna daging kambing dan ayam juga.. mmg sedap.. keluarga dan kwn2 pon sgt suka.. Tkasih bkongsi resepi..

    BalasPadam
  17. Salam...nak try jugak..dah lama cari resepi...hopefullt\y menjadi

    BalasPadam
  18. Salam kak... minta izin amik resepi yek... teringin nk cuba.. mane tau menjadi..tq

    BalasPadam
  19. Perghhh meleleh air liok pk cik

    BalasPadam
  20. Terbaikkkk...memang sedap sampai tiap kali balik kg..mesti ada permintaan nasi beriani pakistan.. 100% ikut resepi pn. Azie.. Time kasih kongsi resepi

    BalasPadam
  21. Tqvm puan..sd share rasepi..nk jd ni..sdp nmpknya..

    BalasPadam
  22. Nak try lh resepi ni...Tau mkn je...lom pernah try nasi beriani kambing lagi...Hihi...Harap2 menjadi lah...

    BalasPadam
  23. Terima kasih puan.. Saya dah buat .. Memang puas hati.. Keluarga dan kawan2 pun suka..
    Tq..tq ..tq

    BalasPadam
  24. Salam Puan says teringin nak Bulat resipi Ni tapi nak Tanya, susu apa yang digunakan? Tai payable Petak ghee k? Air malware tu mana nak dapatkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Boleh gunakan susu segar atau susu cair pun ok. Maaf saya tak faham soalan kedua. Semua barang boleh dpt di supermarket

      Padam
  25. 100kali bukak page ni nk buat punyer psl. Hahah. Trima kasih kak! Again, it was never a disappointment to try your recipe. Perap daging smalaman sbb smlm ade rezeki dtg bergolek. Bgn pagi td trus buat dan alhamdulillah selamat masuk perut :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percubaan kedua ketiga akan lebih baik kerana kita belajar dari pengalaman. Tahniah

      Padam
  26. Assalamu'alaikum..k azie beriani kambing ni mmg favourite kami skluarga..pandai makan je..tgk resepi akak ni mmg marvelous..kna cubala..sukatan ni utk brp orh mkn kak?

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum...nak cuba hari ini. nampak sedap. bawang putih tu bawang holland ke? Nampak mcm bawang holland.

    BalasPadam
  28. Raya ne nak buat resipi datin!

    BalasPadam
  29. sis... tq for sharing recepi..1st time try buat..rasanya Alhamdulillah.. tdak menghampakan.. sedap.. before this.. tgok org buat mcm susah jer nk apply.. tp bila dah buat.. Alhamdulillah.. senang jer..Tq..

    BalasPadam
  30. Terima kasih atas resepi...mmg sedap.. Semalam try buat briyani ayam...hari ni hubby terus cari kambing...smpi rumah 630pm terus bersilat kat dapur..hubby sanggup tunggu walaupun terpaksa makan pukul 9mlm..heheheh...layankan tekak org puasa 6...hehehe..tqvm much..much...sis...

    BalasPadam
  31. Mohon untuk mencuba resepi ni ye kak.... nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  32. Assalam kak azie. Saya peminat masakan kak azie. Kebanyakan resepi kak Azie ajar menjd dan sedap. Sy dah belek resepi ni. Tp kurang faham mengenai kuantiti air yg perlu dipanaskan tu. Boleh ajarkan tak berapa sukatan air? Tkasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tak brp banyak pun. Bila nmpk nasi hampir masak, air tu akan ditapis kan dan buang juga

      Padam
  33. Sedap. ..semerbak satu rumah

    BalasPadam
  34. Alhamdulillah semlm berbuka dgn nasi beriyani pakistan.. 1st time buat memg sedap.. Cik Abe dah minta raya thn ini blh buat... Sy pakai tulang kambing rib mmg terbaik..
    Tq kak Azie

    BalasPadam
  35. As Salam,
    Sy da cuba kambing mmg sedap. Cuma nasi lembik sedikit. Sy xda periuk nasi elektrik yg besar. Periuk noxxa sahaja yg besar. Bila guna periuk noxxa nasi jadi lembik. Ad cara x nk pastikan nasi elok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi kena ikut sukatan air yang biasa. Maksudnya beras tu lembut atau tidak. Beras berbeza beza keperluan airnya. nasi kan kita rebus dulu smp 90% masak.

      Padam
  36. salam kak zie...saya dah cuba dan selalu buat utk open house bila raya..memang sedap resepi akak ni...ramai yg puji cakap xpernah mkn nasi mcm.ni...moga akak dimurahkan rezeki hendaknya...tq kak..

    BalasPadam
  37. saya dah buat...mmg sedap sgt...yg kt kedai jd tak menarik. klu teringin masak je kt rmh...terbaik

    BalasPadam
  38. Rahsianya...
    Saffron tu...

    BalasPadam