Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Moist Marble Cake

Moist Marble Cake

Saya memang suka makan kek terutama kek yang plain macam kek butter atau kek marble. Kek itu mestilah agak lembab lembab, baru sedap pada selera saya. Bila melihat bahan bahan yang digunakan dalam resepi ini sangat mudah, saya terus menyalin resepi ke dalam ipad dan bercadang untuk cuba membuatnya sendiri kemudiannya.

Kebetulan hari ini, saya mengambil cuti kecemasan atas sebab sebab tertentu, duduk rumah tidur bangun tidur bangun, boring betul. Ingat kot boleh masuk office sebelah tengahari, tapi sampai ke petang juga barulah urusan selesai. Nak memasak pun, hari ini dah diumumkan bahawa tiada bekalan air di Lembah Kelang sehingga pagi esok, jadi tak mahu lah memasak. Susah nak membasuh pinggan mangkuk pulak nanti. Kena simpan air untuk kegunaan yang penting penting sahaja.

Tapi masalah sikit lah, bila buat kek dan kuih muih, anak anak tak berapa suka berbanding dengan saya memasak lauk pauk atau pasta. Nanti saya sendiri lah kena menghabiskannya. Kalau hari bekerja, boleh juga dibawa ke pejabat untuk menjamu kawan kawan.

Moist Marble Cake

Tapi ya la, sejak kecil saya memang suka buat kek dan biskut. Sejak sekolah rendah lagi saya dah mula membuat kek sendiri.  Hahaha ingat lagi kek bantat masa tu sebab tak tahu rupanya periuk perlu dipanaskan dulu. Dulu dulu cuma guna sabut kelapa yang dibakar dan diletak atas tudung periuk. Kalau biskut, memang keras giler sebab hanya guna tepung gandum semata. Sekarang barulah tahu, yang tepung jagung, tepung kastard dan lain lain diguna untuk melembutkan biskut. Itulah kenangan masa kecil kecil di Kampung Tangok.

OK lah sebab nak buat juga, saya terpaksa hanya membuat 1/2 adunan sahaja. Takut banyak pulak yang kena dihabiskan sendiri. Rosak lah diet yang baru bermula. Memang sedap, memang gebu, memang lembab dan yang penting memang mudah menyediakannya. Saya tak letak apa apa topping kerana memang tak suka. Kalau untuk makan sendiri, rasanya macam membazir lah pulak. Jom layannnn...
Moist Marble Cake
Moist Marble Cake
sumber: Snappy Treats
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram mentega
250 gram gula kastor
250 gram tepung gandum, diayak
8 biji telur gred A
1 sudu besar ovallate
1 sudu kecil esen vanilla
1sudu besar coklat emulco
2 sudu besar serbuk koko (tak letak)
½ sudu besar pes pandan (jika mahu marble pandan & coklat)

2 sudu besar susu pekat manis (optional) 
Dusting powder @ gula aising - hiasan


Cara cara:

Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 7 atau 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Cairkan butter dan biarkan seketika sehingga sejuk. Boleh cairkan menggunakan teknik double boil atau menggunakan microvave.

Dalam mixing bowl, masukkan tepung yang diayak, kemudian masukkan gula kaster, ovallate, telur dan susu pekat manis, whisk guna kelajuan perlahan kemudian dinaikkan kelajuan sederhana sehingga semua sebati dalam 3 minit.

Masukkan esen vanila dan butter yang dicairkan dan diputar lagi dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu dalam 7-8 minit.

Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak dengan ditimbang, 1 bahagian diletak pandan paste, kacau rata. Boleh juga jika mahu dibiarkan plain sahaja.

1 bahagian lagi diletak coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati.


Sudukan 3 sudu besar setiap satu bahagian secara berselang seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah tin, hingga siap.

Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Keluarkan kek dari oven dan biarkan di dalam tin selama 10 minit sebelum dikeluarkan dan sejukkan atas jaringan.  



Moist Marble Cake


Moist Marble Cake
Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan, jika suka. Boleh dihidangkan. Boleh juga dibelah dan disapu Nutella di setiap layer, jika suka.

Moist Marble Cake

Ganache Coklat
sumber: Masam Manis
Mula-mula sediakan Ganache Coklat dulu.

Bahan Ganache Coklat
300 gm krim tenusu/Thick Cream
30 gm sirap glukos/sirap kencana (Golden Syrup)
500 gm coklat gelap ~ hiris halus

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap.
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya

Bahan Krim Coklat
180 gm Ganache Coklat ~ ambil dari adunan di atas
150 ml whipping cream ~ guna Rich

Putar whipping cream hingga kembang. Campurkan Ganache Coklat dan kacau rata.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Moist Marble Cake"

  1. boleh tak kalo butter digantikn dgn minyak jagung atau minyak masak biasa? sherin

    BalasPadam
  2. Kalau tak letak ovallate boleh tak?

    BalasPadam