Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bingka Biskut Crackers

Bingka Biskut Crackers

Saya memang mahu mencuba resepi kuih bingka cracker tapi perlu mencari masa yang sesuai kerana jika dibuat pada hari biasa, alamaknya saya sorang lah kena menghabiskannya. 

Jadi bila hubby beritahu yang Razali dan Liza akan datang esok, saya terus memasak kuih ini malam ini juga kerana ia hanya boleh dipotong setelah benar benar sejuk yang tentunya memakan masa berjam jam lamanya.  

Bingka Biskut Crackers

Saya teruja melihat ramai yang telah mencuba resepi Kuih Bingka Cracker dan rata rata memuji keenakannya. Itu yang sangat sangat teruja untuk mencuba sendiri. Haaa saja lah nak buat kelainan sedikit, kalau orang lain menggunakan pewarna hijau atau kuning, saya memilih warna purple gitu untuk bingka saya. Sweet sangat warnanya. 

Lagi satu, biskut cracker tu sengaja tidak dihancurkan sampai halus kerana saya ingin membiarkan bingka mempunyai tekstur biskut lagi.  Nak tahu? Nak tahu apa ya? hahaha saja buat suspen sikit. Yang nak citernya semerbak bau kuih ini sewaktu dibakar sehingga ke tingkat atas. Harum mewangi sangat...

Jom kita layan resepinya...  

Bingka Biskut Crackers

Kuih Bingka Cracker
Oleh: Azie Kitchen


Bahan-bahan:
140 gm biskut cracker (biskut lemak)
85 gm tepung gandum
1 cawan gula caster
3 biji telur B
710 ml santan/susu cair - 400 ml santan kotak + 310 ml air
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pewarna purple
½ sudu kecil esen vanila
Secubit garam

Hiasan :
Sedikit bijan untuk tabur

Cara-Cara :
Panaskan oven suhu 180' C selama 10 minit. Lengserkan loyang berukuran 8"x8" dengan minyak masak dan masukkan loyang dalam oven 5 minit masa terakhir.

Blend biskut cream cracker bersama tepung dalam blender hingga halus, ketepikan.

Blend telur, gula, susu cair, pewarna kuning, sedikit esen vanila dan secubit garam hingga gula larut. Masukan tepung yang telah diblender bersama biskut sedikit-sedikit dan blender lagi hingga sebati kecuali bijan.

Tuang ke dalam loyang yang dipanaskan sebentar dalam oven dan taburkan bijan rata-rata diatasnya jika suka.
Bakar selama 1 jam atau sehingga permukaan atasnya keperangan.


Bingka Biskut Crackers
 
Sejukkan betul-betul dahulu baru dipotong dengan menggunakan pisau plastik.

Bingka Biskut Crackers


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Bingka Biskut Crackers"

  1. Salam kenal... Eh, color purple gitu.. creative betul blogger2 kita ya..

    BalasPadam
  2. Salam kenal utk Ogyep juga. terima kasih kerana follow my blog. Sweet sangat warna purple ni.

    BalasPadam
  3. As'salam Azie

    pepel kaler satu warna yang menarik, kalau letak sedikit keladi pepel mesti lagi sedap ni azie...hihi. kita yang buat dia tentulah sedap kan :)

    Terima kasih Azie sudi mencuba dan singgah blog Dapur CT :)

    BalasPadam
  4. Sangat berbesar hati kerana CT sudi menjenguk. Saya kagum dg kreativiti CT dalam masakan dan lebih lebih lagi dalam photography. Saya minat fotografi tapi tak berpeluang untuk belajar teknik tekniknya. CT untung sebab hubby mempunyai minat yang sama dan boleh memberi tunjuk ajar.

    BalasPadam
  5. Saya selalu mengikut resepi kak Azie dan result nya selalu menjadi. resepi nya mudah dan banyak cara. Terima kasih tunjuk ajarnya.

    BalasPadam