Kek Batik Arora
Sampai jer di rumah saya terus ke dapur selepas terpandang Kek Batik Arora Mat Gebu yang sangat cantik warna warnanya. kebetulan semua bahan yang diperlukan ada kecuali perisa yang tak cukup 5 jenis. Nasib baik masa menyediakannya sangat singkat, sebab saya terpaksa bergegas untuk mandi dan solat kerana ingin mengikut hubby ke perjumpaan geng alumni di Kantin Sahur selepas maghrib. Dah masuk dalam oven, minta my daughter tengokkan seterusnya sehingga masak.
Dalam keadaan terkejar kejar macam tu, result pun boleh boleh jer lah. Coraknya pun main campak campak, tak lah secantik kek batik Che Mat Gebu yang memang teliti pembuatannya. Warnanya pun tak nampak ketara perbezaannya terutama antara kuning dan oren. Jadi corak batiknya tak berapa cantik. Kalau kain batik yang dicanting seperti kek saya malam ni, rasanya harga dah jatuh murah lah. Kalau jual harga mahal, sure tak laku nyer. Apa nak buat kerana ini jer warna dan perisa yang ada dalam simpanan.
Gambar pun diambil dah pukul 11.30 malam, sebaik balik dari Kantin Sahur dengan keadaan mata yang dah mengantuk. Esok kerja pulak tu, ada mesyuarat dan sebagainya. Jadi semuanya dibuat dengan cepat. Apa apa pun kek ini sedap dan moist.
Jom layan jer ler....
Kek Batik Arora
Bahan bahan
250 gram mentega
100 gram gula kastor
¾ cawan susu pekat manis
250 gram tepung gandum*
2 sudu kecil baking powder* (*disatukan dan diayak)
6 biji telur gred A
1 sudu kecil ovallate
5 jenis perisa pilihan anda
Pewarna oren = perisa oren
Pewarna merah = perisa stoberi
Pewarna kuning = perisa vanila
Pewarna coklat = perisa coklat emulco
Pewarna hijau = perisa pandan paste
Cara cara
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bund-pant berlubang tengah dengan mentega dan tabur dengan tepung gandum rata2 dan ketuk keluar lebihannya. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Putar mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati. Tambah telur satu persatu sambil diputar hingga kembang. Jarak masa untuk setiap satu biji ialah satu minit.
Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata. Atau anda boleh gaul adunan tadi dengan spatula sambil menambah tepung sedikit demi sedikit. gaul hingga rata.
Bagi adunan tadi pada 5 bahagian sama banyak dan bagi setiap bahagian dengan perisa yang anda gemari dan warna yang anda suka. Isi di dalam loyang dengan cara meletak secara bertompok tompok sebanyak 2 sb setiap tompok sehingga habis.
Bakar dalan oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sekejap dan boleh keluarkan dari tin. Biar sejuk sepenuhnya atas jaringan. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan (jika suka). Hidangkan..
wah ngancam lah Zie macam nak rasa pasti sedap kan..
BalasPadamSedap Noor. Rasa macam 1 Malaysia. hahaha sebab ada pelbagai perisa. Tahniah Noor atas blog yang semakin bergaya.
BalasPadamharga pasaran brpe ye skrng...
BalasPadam