Chicken Mandy Rice
Hubby menghantar bbm meminta agar saya memasak malam ni samada nasi arab atau beriani kerana beliau akan kembali ke pejabat untuk mesyuarat.
Saya teringatkan resepi nasi Mandy yang dibuat oleh Rozilah yang hanya perlu merebus ayamnya, tanpa perlu dibakar. Saya fikir elok juga jika saya cuba resepi ini untuk tujuan kelainan. Resepi nasi Mandy yang saya buat dulu, saya membakar ayamnya di dalam oven. Klik di SINI untuk melihat resepi nasi Mandy saya sebelum ini.
Balik dari pejabat terus singgah di kedai runcit untuk membeli ayam dan timun. Bahan lain semuanya sudah ada dalam peti ais. Sampai jer di rumah, saya terus memasak. Sangat cepat memasaknya. Dapur saya harum semerbak dengan bau nasi Mandy. Hmmm best nyeerrr...
Saya teringatkan resepi nasi Mandy yang dibuat oleh Rozilah yang hanya perlu merebus ayamnya, tanpa perlu dibakar. Saya fikir elok juga jika saya cuba resepi ini untuk tujuan kelainan. Resepi nasi Mandy yang saya buat dulu, saya membakar ayamnya di dalam oven. Klik di SINI untuk melihat resepi nasi Mandy saya sebelum ini.
Balik dari pejabat terus singgah di kedai runcit untuk membeli ayam dan timun. Bahan lain semuanya sudah ada dalam peti ais. Sampai jer di rumah, saya terus memasak. Sangat cepat memasaknya. Dapur saya harum semerbak dengan bau nasi Mandy. Hmmm best nyeerrr...
Chicken Mandy Rice
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A
4 cawan beras basmathi
½ cawan minyak zaitun
2 biji bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih - mayang
½ cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
1 helai daun bay
3 helai daun pandan - tak letak
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara
Bahan B
1 ekor ayam di potong 8
½ cm halia
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 helai daun salam
1 sudu makan minyak masak
1 liter air (agak2 ayam tenggelam)
Garam dan gula secukup rasa
Cara cara:
Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan utk memasak nasi. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau.
Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi. Pindahkan ke dalam rice cooker.
Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam di atas nasi dan buatkan lubang ditengah2 nasi. Letakkan aluminium foil di tengah tengah nasi.
Masukkan minyak dan arang yg telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut.
Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan periuk nasi supaya aroma asap terperangkap di dalam periuk.
Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.
Bahan bahan:
4 biji buah tomato - potong dadu
1 batang timun dibuang biji - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - dimayang halus
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu makan minyak zaitun
Garam
Gula
Cara cara:
Campurkan kesemua bahan2 di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.
Kak Azie, I have tried your Chicken Mandy Rice..thumbs up mmg sedap la...dah lama cr resepi yg simple & senang.. Ari2 pun blh masak..thanks for the recipe.
BalasPadamTerima kasih atas feedback yang diberi. Semoga boleh dijadikan rujukan pembaca yang lain pula
PadamSaya terlupa letak garam masa masak Ayam tu... Spoil my fist attempt heee
Padammohon copy
Padamkak...bara arang tu utk ape?mmg sedap nampaknye...
BalasPadamNasi mandy dibakar dengan api di dalam tanah. Tujuan diletak arang supaya asapnya dpt mewangikan nasi seolah ianya dimasak di atas dapur arang. Memang semerbak baunya. Asap itu akan terperangkap dalam periuk yg ditutup.
PadamKak tq share this resepi. Saya sudah 2 kali masak dlm seminggu ni. Today lunch pun baru masak, family semua suka. Thanx a lot kak. Cuma mcmn klu x nak bg beras patah yer, sy msk pakai beras extra long tp patah juga lah kak.
BalasPadamTahniah kr berjaya memasaknutk keluarga. Apa yg saya tahu, kurangkan mengacau beras supaya tidak patah
PadamSalam..
BalasPadamSy xphm bhgn arang tu..letak minyak dlm foil then letak arang?xpdm ke arang tu nnti..then kene bungkus ke arang tu?
Betul tu. arang yg membara bila kena minyak akan mengeluarkan asap. Kita nak perangkap asap supaya nasi berbau seolah dibakar dengan arang.
PadamAssalamualaikum
BalasPadamIn shaa Allah memang kena cuba resipi ni.....
Terbaik
BalasPadamAssalamualaikum, wah nampak simple.boleh ke nak cuba 1st time ni.takut je tak jadi..:) hehe
BalasPadamAhad ni nk try la
BalasPadamAkak masak lagi 5-10 min maksud dia masak ats api or masak pakai rice cooker dgn arang2 tu sekali?
BalasPadamLepas masuk arang, ia akan berasap. Tutup periuk dan biarkan lagi 5-10 minit baru asap tu menyerap ke dalam nasi.
Padamakak ni utk brapa org makan?
BalasPadamTak pasti pulak sb saya hanya memasak untuk keluarga sendiri. Mereka makan berulang ulang. Mungkin utk 10 orang kot
Padamsalam kak alhamdulilah jadi lepas godek resepi akak ,+ mamasya +arab food betul betul best dan sama .suruh mak rasa dia kata dkt dah rasa dia dgn nasi taza kat mekah .terima kasih sangat sangat kak .nak try nasi kabsah pulak ,sebelum ni nasi mandhi nanti sy htr gambar .
BalasPadamAkak tq atas resepi :) sedap...
BalasPadamArang tu nk prepare mcm utk bbq tu ke? Or bole bakar kt dapur gas je :)
BalasPadamCuma seketul kecil. Bakar atas dapur gas jer
Padamsalam Pn Azie... semalam baru buat ikut sebijik resepi Pn cuma tak letak daun salam sbb tak jumpa kat kedai....,, mmg sedap dan senang sangat nak buatnya... saya recomend blog Pn kat adik beradik saya,.. nak resepi tgk sendir kat blog ,, many thanks Pn..
BalasPadamsalam ...
BalasPadamkt salsa tuh tabur daun ape ye ?
Nak cuba buat lah Azie menarik tgk. Thanks
BalasPadamNasi basmathi tu kena rendam dulu tak.. kalau di rendam berapa lama
BalasPadamAssalam.. kalau pakai beras basmathi kena rendam dulu tak sebelum masak.. berapa lama nak rendam?
BalasPadamtq kak azie.tadi berbuka buat nasi mandy ni...algamdullilah menjadi.sedap.sy memang xpenah buat nasi2 camni...tp mengidam nak mkn..buat...sy buat utk 2 org je..tq kak azie.semoga d beri kesihatan yg baik utk trus share resepi utk kami ni...
BalasPadamkak azie mohon share resepi
BalasPadamAlhamdulillah..resepi yg simple tp sedap..da mencubanya, keluarga pun suka..t.ksh Azie.. :)
BalasPadamSalam kak azie. Trima kasih utk resepi. Nak tanya, salsa tu klau tak letak minyak zaitun mcm mana ye?
BalasPadamSaya pernah cuba resepi yg ni. Menjadi dan sedap sangat. Masak masa open house raya aritu. Family belah suami pon kata sedap. Terima kasih kak azie berkongsi resepi.
BalasPadamAssalamualaikum Azie. Saya selalu mencuba resepi blog ini. Tkasih berkongsi resepi. Semoga Allah merahmati Azie n family, in shaa Allah..aamiin
BalasPadamSy dh 2 kali buat resepi azie ni. Mmg sedap. Recomended pd sape2 yg 1st time nk cuba. Suami dan ank2 mkn puas hati.Tq azie atas perkongsian resepi ni.
BalasPadam