Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Chicken Chop With Mushroom Sauce

Chicken Chop With Mushroom Sauce

Sangat senang rupanya nak buat chicken chop. Teringin nak cuba memasak sendiri chicken chop selepas Kak Ana, my kakak, my friend dan my boss yang menyebut nyebut pasal cara membuat chicken chop walaupun saya layan tak layan kerana saya tak suka chicken chop walaupun anak anak saya sangat suka makan chicken chop. 

Memang dari dulu, Kak Ana dah jadi mentor pada saya, apa yang dia sebut, pasti saya setuju. Yang hairannya selepas berhenti chatting dengan Kak Ana, saya terus  google, cari resepi chicken chop walaupun saya langsung tak bertanya resepi untuk membuat chicken chop.


Chicken Chop With Mushroom Sauce

Dari semalam juga lah, dok teringat ingat pasal chicken chop ni, balik office terus singgah Village Grocer beli ayam untuk dibuat chicken chop dengan mushroom sauce. Sempat juga beli lamb loin chops untuk dibuat lamb chop kemudiannya.

Sampai saja di rumah, terus masuk dapur untuk memerap dulu ayam dan menyediakan mushroom sauce. Selepas itu, saya menunaikan solat maghrib dan kemudian masuk dapur untuk memasak lemak ikan masin dengan nenas.  Sengaja saya melewatkan supaya ayam diperap lebih lama dan menggoreng bila hampir waktu makan supaya dapat dimakan panas panas. 

Tapi ayamnya bersaiz agak besar, jadi satu portion memang mengenyangkan malahan susah nak menghabiskannya. Memang berbaloi jika kita memasak sendiri kerana lebih jimat dan portion juga lebih besar. Bahan sampingan? Oh saya cuma rebus karot dan hiris tomato sahaja kerana anak anak tak suka pun makan semua tu kecuali kentang goreng. Terlupa pulak nak beli kentang goreng tadi. 

Jom kita tengok resepinya yang saya translate sendiri....

Chicken Chop With Mushroom Sauce

Chicken Chop With Mushroom Sauce
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
2 keping chicken thighs
Tepung gandum
2 biji telur - pukul ringan
70 gram breadcrumbs
Minyak masak

Marinate
Soy sauce
Garam
Black pepper


Perap ayam dengan bahan marinade selama 3 jam atau semalaman.  Keluarkan dan lap kering.

Chicken Chop With Mushroom Sauce

Tabur dengan tepung dan goncang untuk membuang lebihan tepung.  Celup ke dalam telur yang dipukul ringan dan golek ke dalam serbuk roti.




Panaskan minyak  dan goreng sehingga kedua dua belah permukaan berwarna keperangan dan masak.

Chicken Chop With Mushroom Sauce

Chicken Chop With Mushroom Sauce

Mushroom sauce
1 biji bawang besar - hiris bulat
50 gram cendawan butang
½ cawan chicken stock
2 sudu besar butter
Garam
Black pepper
1 sudu kecil tepung jagung

Sedikit black pepper sauce

Panaskan butter dan masukkan bawang besar sehingga lembut.  




Masukkan mushroom dan kacau lagi beberapa minit.  Masukkan chicken stock diikuti dengan tepung jagung.


Chicken Chop With Mushroom Sauce

Masak sehingga kuahnya pekat dan taburkan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit black pepper sauce, jika suka.

Chicken Chop With Mushroom Sauce

Chicken Chop With Mushroom Sauce

Tuang ke atas ayam dan bolehlah dihidangkan.


Chicken Chop With Mushroom Sauce

Mashed Potato

5 biji kentang - direbus dahulu dan lenyekkan
1/2 cwn susu segar  
2 sudu besar butter
Sedikit garam dan lada hitam 
Black pepper sauce

 

Bahan bahan Sampingan
2 batang asparagus/brokoli - direbus dgn sedikit garam dan toskan
1 biji tomato- dihiris

Lenyekkan kentang dan masukkan butter. Kemudian tuang susu segar dan tambahkan lada hitam dan sedikit garam. Cedokkan dan curahkan sos black pepper/gravy tadi.

Hidangkan dengan kentang goreng, brokoli dan asparagus. 

Chicken Chop With Mushroom Sauce

Enjoy...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Chicken Chop With Mushroom Sauce"

  1. nampak sedap lah kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila buat sendiri, memang sedap dan menjimatkan

      Padam
  2. td cuba buat ikut resipi akak, boleh tahan sedap. terima kasih kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila buat sendiri, semua boleh di adjust

      Padam
  3. Akang step 4 tu tak faham,,, serbuk roti tu yg macam mane e??

    BalasPadam
  4. Time kasih akak. Nk masak wt buka puasa. Dh lama ank suh masak ni. Hehe- nurul

    BalasPadam