Best Moist Chocolate Cake Ever
Saya masih dalam telekung selepas solat subuh, terus dengan ipad mencari resepi yang menggunakan buttermilk. Ini adalah kerana saya mesti nak habiskan buttermilk sebelum expiry date.
Google resepi menggunakan buttermilk, tak kisah apa pun. Tapi bila terpandang resepi chocolate cake, jadi terus teruja. Apalagi ditulis sebagai World's Best Moist Chocolate Cake. Terus jer melihat video on step by step.
Terus masuk dapur untuk mula mengeluarkan bahan bahan dari peti ais supaya berada di suhu bilik sebelum saya mula membuat kek. Sebetulnya, saya tak berapa beria ia nak membuat kuih muih yang heavy dalam sehari dua ini kerana sedang dalam program diet yang baru bermula. Tapi ini dah kira terpaksalah, sebab nak elakkan pembaziran. Maklum lah, buttermilk tu bukannya murah.
Apa yang saya nak katakan berkenaan kek ini adalah ianya sangat sedap, sangat gebu dan sangat lembab. Pendek kata semuanya secukup rasa dan menepati kek coklat yang sesuai dengan selera saya. Rasa kek ini lagi sedap dan enak, selepas sehari disimpan.
Yang paling penting juga, membuatnya tersangatlah mudah. Masukkan kesemua sekali kecuali air mendidih dan putar. Setakat ini, saya pasti tak akan mencari resepi kek coklat yang lain lagi lah.
BEST MOIST CHOCOLATE CAKE EVER
sumber: Happy Cooking Time
resepi asal: http://www.bestmoistchocolatecakerecipe.com/
Oleh: Azie Kitchen
resepi asal: http://www.bestmoistchocolatecakerecipe.com/
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
¾ cawan serbuk koko Hershey's
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 ½ sudu kecil vanilla extract
1 cawan air mendidih - boleh letak coffee/nescafe
Cara Penyediaan :
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).
Lenser loyang 9 x 12 dengan oil dan tabur dengan sedikit tepung. Saya guna 10 x 10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
bahan bahannya |
gandum dan gula |
serbuk koko |
2 biji telur |
extract vanila |
minyak mazola |
buttermilk |
haa semua dah ada, kecuali air mendidih jer lagi |
Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Perlahankan kelajuan, masukkan air mendidih sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan teruskan memutar hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Jika cup cake, dalam 22 - 23 minit dan pastikan menggunakan cawan kertas cup cake.
cantik gambar ni |
siap untuk dibakar |
bakar tadi 1 jam 10 minit. |
Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.
ICING YANG DIGUNAKAN
1 buku butter
1 ketul cream cheese
4 cawan confectionary sugar
2 sudu kecil vanilla extract
Satukan kesemua bahan dan di whisk sehingga mencapai kepekatan yang bersesuaian.
Satukan kesemua bahan dan di whisk sehingga mencapai kepekatan yang bersesuaian.
RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK
Bahan-bahan :
1 cawan susu segar
1 sudu besar cuka masak atau jus lemon
Cara Penyediaan :
Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat. Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
Biarkan larutan berehat selama 5 minit sebelum boleh digunakan.
CADANGAN LAIN ICING
¼ Pound Stick of Butter (Softened)
1 sudu kecil Vanilla Extract
Secubit garam
Susu
1½ lbs. (24 oz ) gula icing
Cara penyediaan
Masukkan gula, butter dan vanilla ke dalam mixing bowl. Masukkan sedikit susu.
Putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan ber krim. Tambah susu, jika perlu sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai.
Enjoy ...
Hasil yg sungguh mengujakan!
BalasPadamJun Kajang
Resepi ini adalah keeper recipe for our chocolate cake
PadamSy dh cba tapi kek merekah...siap limpah kuar lg..mgkn loyang sy kecik ker?
BalasPadamAtas kek mcm hangit skit la kak...kena guna api atas bawah ke...bawah saja?
Mungkin loyang kecil. Saya biasa guna loyang 9 inci. Suhu oven bergantung kpd oven masing masing
PadamSy guna loyang 9" jg...kak guna api atas bawah ker?
BalasPadamSis..saya dah cuba..memang moist dan sedap tapi saya buat versi cupcake..memang marvelous sebab inilah yang saya cari..saya akan buat lagi..thanks so much..
BalasPadamSgt2 puas hati dgn resipi akak..sy buat versi cupcake..tanx so much akak!
BalasPadamKak Azie, substitute buttermilk tu kalau xde susu segar, pakai susu cair boleh ke...
BalasPadamKak azie,versi kukus blh x. buttermilk ganti dgn susu segar blh x.
BalasPadamBuat butternilk sendiri. 1 cawan susu segar dicampur dg 1 sudu besar cuka atau lemon jus.
PadamAssalamualaikum. Kalau guna microwave macamana? Berapa lama dan suhu berapa? Saya tak de oven.
BalasPadamMaaf saya tak pernah pulak bakar kek guna microvave oven.
Padamaslmkm.. akak.. api guna atas bawah...? atau bawah sahaja..?
BalasPadamSalam Kak Azie. Hari ini baru terpanggil utk memberi komen setelah mencuba beberapa kek dr blo kak azie. Semua yg telah saya xuba memuaskan hati keluarga saya. Asik mencuba tanpa mengucapkan terima kasih seperti mencuri resepi pulak.....Ketika ini kek coklat masih di dlm oven. Saya harap ianya menjadi dan sedap seperti selalu...terima kasih di atas perkongsian yg amat berharga...semoga Allah melimpahkan rahmat kembali kepada kak azie.
BalasPadamWslm. Terima kasih kt sudi meninggalkan komen. Saya ikhlas berkongsi. Malah saya gembira jika ianya dicuba oleh pembaca blog saya.
PadamSalam sis Azie, Maaf sebab saya mencuba resipi sis tanpa memberi tahu.. tp mmg sedap sgt kek2 tu... n saya puas hati dgn outcome nya... terima kasih sebab share resipi nya... n saya mohom share dgn kawan2 saya di fb... any way saya harap sis Allah sentiasa memberi kesihatan yg baik pada sis supaya boleh share lagi resipi yg best2 di blog sis nie.. memang semuanya superb... thanks yer sis... Nora
BalasPadamAssalamualaikum kak Azie. Saya minta izin cuba resepi kak Azie ya. Dah cuba dan memang sedap. Terima kasih kak Azie kerana tak lokek berkongsi resepi. Moga kak Azie dikurniai kesihatan dan rezeki yang baik hendaknya. :-)
BalasPadamSalam sis,thanks berkongsi resepi,sume sdp2..sy pn bnyk guna sis punya resepi
BalasPadamSalam Kak azie.terima kasih atas resepi kek yg sngt sedap ni......resepi kek coklat yg paling best.azimah
BalasPadamSalam boleh tak sesape bagitau kat mana sy boleh beli cawan sukatan buat kek tu ?
BalasPadamBoleh beli di kedai bakeri mcm Bagus, Bake with Yen, City baker dll
PadamOkay tq kak azie :)
PadamSalam kak azie kalau sy guna cawan minum biasa boleh tak ?
BalasPadamAssalam kak.Saya peminat setia blog kak.Saya banyak kali cuba resepi akak,semuanya menjadi.Mohon halalkn resepi yg saya ambil dari blok akak tanpa kebenaran & sebarkn resepi pd ahli keluarga.Tak sabar rasanye nak cuba resepi kek coklat ni.Harap akak halalkn resepi yg akak berikn.Moga byk lg resepi & tazkirah yg dapat akak kongsikn utk kebaikn bersama.Terima kasih byk2 kak.
BalasPadamnoor,rawang
saya pun dah cuba. menjadi dan memang sedap. terima kasih banyak ye
BalasPadamkak zie.. resipi akak mmh terbaik!! siap dh pujian dr ayah sy.. thanks so much kak zie
BalasPadamTkasih atas perkongsian resepi kek yg gerenti jadi & sedap2 belaka... kek marble kukus.... dah byk kali akk buat... tkasih
BalasPadamSlm k.zie..sy dh cube resepi kek ni due kali..selepas kek ni dibakar kejadian kek nye mmg cntik,sy cube rse ,tp rsenye mcm kek bantat walawpun dh masak..sy nk buang,tp sy simpan smpai keesokan hari nye,sy cube lg rse kek ni sebelum sy buang,sy tkejut gak sebb rse die y mcm xsedap dn bantat tu dh xde..tp rse sedap sngt..cik suami kate jngn tukar resepi lain lg,sebb kek coklat kali ni mmg top mables nye..persoalannye,rse kek ni mmg sedap selepas disimpan satu hari?mmg mcm tu ke?sebb rse die lepas bkr mmg xsedap
BalasPadamWslm Nisa. This is proven and tested recipe worldwide. Sgt sedap.
PadamJh
BalasPadamAssalamua'laikum kak..nak tanya..resepi ni boleh guna cara kukus x??
BalasPadamBoleh juga. Tapi saya cadangkan you guna resepi kek coklat kukus. Mmg ada dlm blog saya.
PadamTpi resepi kak versi kukus x guna buttermilk kan??saya teringin nak tau result kalau guna buttermilk..tpi kalau kukus rasa n texture sama x kak dgn yg bake??
PadamTq resepi ni,nampak sgt sedap....InsyaAllah nak try....
BalasPadamAssalam. Saya supply buttermilk powder. Packing 25kg 1 beg. Harga rm23.00 sekilo.
BalasPadamAssalam. Saya supply buttermilk powder. Packing 25kg 1 beg. Harga rm23.00 sekilo.
BalasPadamSalam sis.lau kukus boleh tak?oven murah lah..xpndai agk nk msk.hehehehe tq
BalasPadamsaya share ye kak azie . terima kasih resepinya . Nice
BalasPadamAssalam, nk tanya. Kek ni klau bru lps msk tu mmg rasa mcm bantat ke? Or tu yg moist dia?
BalasPadamSya mohon guna resepi ni ye..slalu buat sponge kek je..kali ni nk kek y ada deco...smlm buat kukus kurang memuaskn. .mlm ni sya cuba y.ni...cm nk tnya bakar api atas bwh ke atau bawah sahaja
BalasPadamResepi akan menyatakan jika ianya dibakar api atas atau bawah sahaja. Jika tidak, bakar secara biasa iaitu atas dan bawah.
BalasPadamTq ats perkongsian.mhn share
BalasPadamterima kasih pn azie atas resepi .
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian. Saya guna ye resepi ni. :-)
BalasPadamNak try . Terimakasih kak dah berkongsi resepi
BalasPadamAslmkm k.Azie...tq atas resepi yg marvelous ni..sy dah cuba satu versi bakar dan satu versi kukus..dua2 sedap dan moist sgt2..cuma gula saya kurangkan jadi 1 cawan sbb x makan manis..anak suka sgt2.
BalasPadamGula tu gula kastor ke gula biasa kak Azie?
BalasPadamSalam aunty, saya selalu pakai aunty punya recipe mmg menjadi. Lepastu dah lama sgt tak buat moist choc cake ni, saya buat mmg dari dulu pakai aunty punya recipe, izinkan ya..selama ni mmg menjadi tapi kalini saya buat tak menjadi, cake saya jadi bantat ;( ...saya salah di mana ya aunty?
BalasPadam