Ayam Goreng Garam Kunyit
Haa di samping pajeri nenas, sambal tumis udang, saya juga merebus telur masin kegemaran saya. Kalau tak ada ayam, tak lengkap menu untuk anak anak, jadi saya menggoreng ayam dengan menggunakan kunyit hidup.
Ayam yang ada dipotong kecil dari biasa. Ini adalah cara saya menggoreng ayam sejak kecil dulu. Maklumlah bukan boleh dipotong besar kerana ayam perlu dikongsi makan secara beramai ramai. Tidak bermewah mewah seperti sekarang. Dapat makan seketul kecil seorang pun dah bersyukur sangat kerana bukan selalu dapat makan ayam nih.

Jom layan....
Ayam Goreng Garam Kunyit
Oleh: Azie Kitchen
Ayam - potong kecil
Kunyit hidup
Garam
Bawang besar
Cili hidup
Lumur garam dan kunyit pada ayam. Goreng ayam dengan minyak yang panas. Angkat dan masukkan pula bawang dan cili yang dihiris.
Angkat dan taburkan bawang dan cili ke atas ayam tadi. Hidangkan lah bersama dengan salad.
Enjoy...
Catat Ulasan for "Ayam Goreng Garam Kunyit"
Add your comment