Aduhai Nasi Lemak Nur Qaseh
Huhuhu dah tahu malam hari tak boleh makan heavy, masak juga nasi lemak, apa citer? Apa nak buat, saya bekerja dan hanya boleh memasak waktu malam sahaja. Memang saya dah boleh nak mengawal selera terutama masakan saya sendiri yang sesuai dengan selera, lagi lah bertambah tambah.
Serius saya rasa sangat bersalah dengan diri sendiri. Nasi lemak ala ala Nasi Lemak Sahor malam ni sangat sangat sangat sedap. Siap minta hubby ke kedai runcit beli santan segar, tak mahu guna santan kotak bagi memastikan nasi lemak ini cukup lemak dan kaw. Apa sebabnya ya? Hanya saya saja yang tahu sebabnya, cuma saya belum bersedia untuk menulisnya di sini....
Berbalik pada nasi lemak malam ni, memang langsung tak plan untuk memasak pun tapi bila terpandang blog Kkida ada gambar sambal tumis telur rebus, terus jadi sangat terliur. Spontan jer masuk dapur terus rebus telur. Lepas tu, baru fikir untuk memasak nasi lemak kerana lebih simple dan tak perlu memasak banyak lauk pauk.
Hubby pulak menambah, kalau telur jer tak cukup, kena pulak keluarkan ayam untuk digoreng garam kunyit. Wangi jer bila menggunakan kunyit hidup. Itu sahaja lauk nasi lemak kami malam ni tapi memang sedap dan berselera sekali. Saya namakan nasi lemak ini sebagai Nasi Lemak Nur Qaseh lah...

Jom layan resepi dan gambar gambar....
Bahan bahan:
3 biji bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 batang serai - ketuk
2 helai daun pandan - simpul
1 sudu besar mentega
Minyak masak
Santan
Garam
Serbuk kunyit
Cara cara
Panaskan minyak dan 1 sudu makan mentega. Tumis halia, bawang, serai dan daun pandan sehingga bawang layu dan wangi.
Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga rata.
Tuangkan santan dan air secukupnya. Masukkan garam dan sedikit serbuk kunyit bagi menaikkan warna. Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak lah seperti biasa.
Hidangkan bersama Sambal Tumis Telur, Ayam Goreng garam kunyit dan hirisan timun.
Aduhaaiii tak terkata dibuatnya...
Aduhaaiii tak terkata dibuatnya...
Kak, sy suka tgk resepi kat blog akk. Mostly semua resepi yg sy cuba jadi! Thanks kongsi ilmu msk2 :)
BalasPadamKak, boleh saya tau brapa byk air dan santan harus digunakan?
BalasPadamAir bergantung kepada beras masing masing. Kalau memasak nasi menggunakan beras yg sama, berapa agak agak sukatan air yang digunakan. Santan pun setelah dicampurkan dg air, akan menjadi cairan yang bergantung kpd beras. Lagi banyak santan, lagi lemak dan sedap
PadamKak nak tanye..akk gune beras jenama ape? Cantik Kejadian nasi nye ☺
BalasPadam-dayah-
Terima kasih sb berkongsi resepi masakan.....mng berbaloi2...bahan pun sng d dpti dn mudah...
BalasPadam