Spaghetti With Prawns, Clams and Scallops
Malam minggu lepas, semasa ke IPC, kami singgah ke kedai buku Popular menemankan Juita membeli buku buku rujukan. Saya dan Aween sempat singgah di bahagian buku buku masakan. Aween memilih satu buku pasta untuk saya jadikan rujukan. Walaupun saya dah membeli bahan bahannya beberapa hari lepas di Village Grocer, namun hanya petang ini berkesempatan untuk memasaknya lebih lebih lagi bila anak buah kami, Hariri singgah dalam perjalanan balik dari Ipoh ke Bangi.
Resepi ini sangat simple dan mudah sekali menyediakannya. Dan yang paling penting, ianya aduhaaaii sedap sekali. Anak anak saya mengerumuni dapur semasa spaghetti masih di kuali. Itulah saat yang paling menyeronokkan bila melihat mereka berebut rebut spaghetti. Resepi asal menggunakan tagliatelle tapi saya hanya menggunakan spaghetti. Saya juga meletakkan clams kerana hanya sedikit sahaja stok udang yang tinggal.
Jom kita tengok resepi nya dan gambar gambar yang dirakamkan oleh Hazween Aidiq, anak bujang saya yang sangat kreatif dan berbakat dalam fotografi. Ternyata dia mempunyai minat yang sama dengan saya ....
Bahan bahan:
450 gram udang
450 gram udang
450 gram scallops
450 gram clams
25 gram butter
450 gram clams
25 gram butter
2 ulas bawang merah - cincang
350 ml air
450 gram spaghetti/tagliatelle
2 sudu besar olive oil
2 sudu besar fresh chives
Garam
Lada hitam
Cara cara:
Buangkan kulit udang dan ketepikan kulitnya. Keringkan scallops dan udang dengan tisu dapur.
Panaskan kuali dan masukkan butter. Masukkan bawang merah dan tumis dengan api perlahan. Kacau rata rata selama 5 minit. Masukkan kulit udang dan kacau selama 1 minit sebelum masukkan air. Bila air mendidih, perlahankan api dan biarkan ianya simmer selama 10 minit atau sehingga airnya tinggal separuh. Tutup api.

Akhir sekali masukkan garam, black pepper dan chives. Kacau rata selama 1 minit sebelum diangkat dan dihidangkan.
Catat Ulasan for "Spaghetti With Prawns, Clams and Scallops"
Add your comment