Spaghetti alla Bolognese Kegemaran Anak Anak
Sebenarnya dah berturut turut hari, kami memasak spaghetti. Memang lah budak budak sekarang sangat menggemari makanan barat seperti pasta, steak dsb. Sedangkan saya sendiri lebih suka masakan melayu jer. Sehinggakan anak bujang saya tu, masuk ke dapur dan merebus sendiri spaghetti tu kerana saya mahu supaya makan lewat petang sedikit, maklumlah baru kejap tadi makan spaghetti aglio e olio.
Resepi ini pun saya belajar dari resepi dan video omputih juga sebab saya memang nak belajar membuat spaghetti alla bolognese mengikut cara orang Itali, kiranya original italian recipe lah. Cepat sangat memasaknya kerana bahan bahan telah tersedia ada. Cuma tempoh untuk membiarkan sos simmer tu yang agak lama. Nak tengok resepinya klik di SINI. Jom lah kita layan ...
Spaghetti Alla Bolognese
Oleh: Azie Kitchen
Seperti biasa spaghetti direbus dengan garam yang banyak, supaya air nya terasa masin, baru sedap. Jangan risau kerana bukan semuanya akan menyerap pada pasta tu. Tengok anak bujang saya sedang merebus pasta. Ini gambar yang dirakam secara curi.
Masukkan olive oil ke dalam periuk dan masukkan daging cincang. Masak hingga keperangan.
Masukkan olive oil ke dalam periuk dan masukkan daging cincang. Masak hingga keperangan.
Lepas tu campakkan kesemua bahan yang dicincang/potong kecil seperti karot dan celeri. Masukkan juga bawang besar dan bawang putih.
Akhir sekali masukkan garam, italian herbs, oregano, coarse black pepper, bay leaves atau apa apa yang disukai.
Renihkan selama 1 hingga 1 1/2 jam di dalam slow cooker, atau boleh jer direnih atas dapur atau di bake di dalam oven.
Enjoy ....
Catat Ulasan for "Spaghetti alla Bolognese Kegemaran Anak Anak"
Add your comment