Sedap Nyer Pancake Durian
Dari situ, saya mula membelinya samada di Mid Valley atau di The Curve setiap kali menjumpainya. Tapi harga pancake ini agak mahal sikit, jadi tak boleh dibeli banyak banyak. Bila terjumpa jer resepi di blog blog, saya terus menyalin resepi dan pagi ini saya mencuba nya sendiri selepas siap memasak mee goreng untuk sarapan.
Jom layan resepinya ...
Pancake Durian
Oleh: Azie Kitchen
Bahan Kulit:
250 ml susu cair atau santan
100 g tepung gandum
1/4 st garam
3 biji telur
1 sb mentega cair (tak letak pun)
Sedikit pewarna kuning
Inti Krim durian:
200ml Whipping Cream (whipped) + 10 ulas Isi Durian
Cara cara:
Letakkan tepung , telur , susu segar atau santan , garam dan beberapa titis pewarna kuning ke dalam mesin pengadun. Adunkan sehingga sebati dan tapis adunan tersebut menggunakan penapis.
Panaskan kuali dan tuangkan satu senduk adunan tadi ke dalam kuali dan ratakannya menjadi bulatan. Masak adunan itu hanya dalam masa beberapa minit. Ulang proses hingga adunan habis.
Seterusnya, letakkan sesudu krim putar dan isi durian diatas adunan yang telah di masak itu tadi dan gulungkan ia sehingga kelihatan sepert bantal.
Sedia untuk dihidangkan. Boleh disejuk dingin dahulu.

dapat berpa keping?
BalasPadam