Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pajeri Terung


Pajeri Terung Azie Kitchen

Saya memang suka sangat sangat makan pajeri terutama pajeri terung. Dulu kami pernah makan pajeri sedap yang dimasak oleh Wan Chu, aunty kami di Sungai Besi. Dia menggunakan terung berwarna hijau muda yang dibeli di pasar di Sungai Besi. Puas saya mencari cari terung itu, tapi tak pernah menemuinya hingga kini. 

Hari ini tiba tiba jer teringin nak makan pajeri terung kerana dah lama tak makan pajeri terung yang sedap. Kebanyakan yang dijual di kedai kedai makan, tak sedap langsung. Dulu saya pernah memasak pajeri terung tapi saya rasa tak berapa sedap juga. Terungnya keras walaupun lama dimasak. Tapi kalau masak pajeri nenas, OK lah kerana saya memang belajar cara cara memasak pajeri nenas dari Kak Halimah, rakan sepejabat dulu. Itu pun dia dah beri sukatannya yang tepat. Jadi memasukkan udang hidup dalam resepi pajeri ini adalah juga mengikut apa yang diajar oleh Kak Halimah yang saya panggil Kak Limah jer.  

Itu lah untungnya ada kemudahan teknologi, dapur tanpa sempadan di mana kita boleh berkongsi kongsi resepi. Ya lah kalau dulu, saya kena belajar dengan kawan kawan dan kemudian mencatit dalam buku resepi. Tapi kini buka jer internet, dah ada macam macam resepi. Saya membelek belek beberapa resepi dan ternyata ianya sama jer dengan resepi yang biasa saya gunakan. Bezanya kali ini, terung digoreng terlebih dahulu jer.

Pajeri terung saya malam ini sangat sedap sehingga saya terpaksa makan menambah juga walapun berazam untuk mengurangkan makan nasi... tak boleh tahan lol  

Jom lah layan resepinya...

Pajeri Terung Azie Kitchen
Pajeri Terung
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 biji terung panjang
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1/2 inci halia - kisar
7 cili kering - kisar
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sudu besar udang kering - tumbuk
4 rempah menumis
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar kerisik
Udang hidup - buang kulit
Santan secukupnya
Asam jawa
Garam
Gula Melaka
Gula

Cara cara:
Terung dipotong 2 kerana saiznya yang agak panjang dan dibelah jangan sampai putus.  Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap.  Angkat dan ketepikan.


Panaskan minyak dan masukkan rempah menumis, bawang merah dan bawang putih hiris sehingga kekuningan. Masukkan bahan kisar dan udang kering. Masak sehingga garing.





Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Masak lagi sehingga pecah minyak.




Masukkan udang. Kemudian masukkan santan. Kacau rata sebelum dimasukkan garam, gula melaka dan asam jawa.



Akhir sekali masukkan kerisik dan terung yang telah digoreng.  Biarkan kuah masak sehingga pecah minyak. 



Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Pajeri Terung Azie Kitchen



Selamat mencuba...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Pajeri Terung"

  1. nampak macam sedap..nak try balik umah nanti!

    BalasPadam
  2. nak cuba lah..mak mertua byk kasi terung dr kg..tu cr resipi bt pjeri terung ni.. singgah blog http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Rempah tumis tu pakai rempah apa ya..thanks

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Cuba rujuk kpd resepi saya yg terbaru. Sedap dan mudah

      Padam
  5. sedapnya..

    Tapi tak pernah lagi makan pajeri yang letak udang segar.

    BalasPadam