Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pancake, Snack Juita dan Aween

Pancake

Bila terasa ingin mengunyah apa apa, anak anak saya akan ke dapur dan menyediakan pancake. Itu sebabnya saya membeli banyak bahan makanan segera di dalam peti sejuk rumah kami untuk memudahkan anak anak menyediakan sendiri makanan mudah dan cepat disediakan. Kami beli dan menyimpan stok barang seperti pre mixed cake dan pancake, nuggets, bugger, sausage, maggi dan makanan frozen juga seperti mantau, pau, ais krim dan banyak lagi. Ya lah, kami tiada maid jadi bila terasa nak makan sesuatu, mereka boleh menyediakan sendiri.

Bila saya tengok cara mereka makan pancake, agak menarik juga. Itu yang terpanggil untuk merakamkan penyediaan pancake yang dibuat oleh Juita dan Aween petang tadi. 

Kalau saya masa kecik mana ada pancake ni semua. Yang ada, lempeng gandum dan lempeng kelapa jer. Memang mengenyangkan lempeng lempeng ni semua. Kalu masa kecik kecik dulu, lempeng dimakan dengan mencicah gula sahaja.  Rasanya dah lama saya tak membuat lempeng ni, sejak sejak kawin lah. Jom kita tengok gambar gambarnya... Layannnn....


Pancake 
Oleh: Azie Kitchen

Cara caranya adalah seperti berikut:

sedang dimasak

pancake yang baru dikeluarkan dari kuali

boleh dimakan dengan buah buahan segar
Enjoy...

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Pancake, Snack Juita dan Aween"