Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Fettucini With Prawns And Scallops For Weekend Brunch

Fettucini With Prawns And Scallops

Pagi ini saya memasak Fettucini with Prawns and Scallops, resepi segera dan bidan terjun kerana itu jer yang ada dalam stock.  

Resepi ini saya pernah buat dulu tapi menggunakan spaghetti. Kiranya masakan ini untuk brunch lah.  

Jom kita layan gambar gambarnya ya...

Fettucini With Prawns And Scallops
Fettucini With Prawns and Scallops
Oleh: Azie Kitchen

Scallops
Udang - dikupas kulit 
3 ulas bawang merah - hiris
350 ml air
3 sudu besar minyak olive
3 sudu besar butter
Garam
Serbuk lada hitam
Parsley

Panaskan kuali, masukkan olive oil dan butter. Masukkan bawang merah dan tumis sehingga wangi. Masukkan kulit udang dan kacau sekejap. Masukkan air dan biar hingga mendidih. Selepas itu, kecilkan api dan biarkan stock simmer untuk selama 15 minit atau sehingga air berkurangan menjadi separuh.

Di dalam kuali lain, masukkan olive oil. Bila minyak panas, masukkan scallops dan kemudian udang. 



Tapiskan air stock udang ke dalam kuali. 


Masukkan pasta yang telah masak. Masukkan garam, lada hitam dan daun parsley.





Bolehlah dihidangkan.

Fettucini With Prawns And Scallops

Enjoy ...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Fettucini With Prawns And Scallops For Weekend Brunch"