Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Ikan Masin Untuk Sarapan

Nasi Goreng Ikan Masin

Saya teringat untuk memasak nasi goreng ikan masin selepas terbaca dalam facebook sahabat saya Sue Aziz berkenaan kesedapan nasi goreng ikan masin yang dimakan di Restoran Annur, Bukit Jelutong. Terus saya menyapa post yang dibuat oleh Sue. Langsung saya menulis resepi nasi goreng ikan masin yang saya pelajari dari kakak saya, Cik gu Asiah semasa saya balik bercuti lama dahulu. 

Tapi sebab masa tu, tekanan darah asyik tak stabil jer, jadi tak berani lah nak buat nasi goreng ikan masin selalu selalu hingga ikan jeruk yang dibeli pun, terbuang gitu sahaja. Ada juga ikan tu dimasukkan dalam sayur kailan sebagai sayur kailan ikan masin.

Kebetulan hari ini 29 Februari, yang datang setiap 4 tahun sekali, saya mengambil cuti kecemasan untuk menguruskan urusan rumah yang kelam kabut kerana banyak bumbung rumah diterbangkan angin yang kuat petang semalam. Bumbung bahagian atas jatuh menimpa bahagian bawah, akibatnya air mencurah masuk ke dalam rumah. Susah juga sebab roof tu bukan boleh dibeli begitu sahaja, perlu di order terlebih dahulu dan hari juga kelihatan mendung. Saya berdoa dan membuat solat hajat supaya tidak hujan sehingga bumbung rumah kami selesai dibaiki. Ameen.

Resepi nasi goreng ni semua orang tahu, kan? Tapi saja lah nak share di sini. Sukatannya ikut suka hati jer lah. Kalau rasa nak banyak, campakkan lebih sikit. Saya main campak campak jer. Ikan masin jeruk pun pagi tadi jer, hubby beli kat kedai runcit sebab memang dah lama tak ada stock ikan masin jeruk ni. 

Jom lihat sarapan bagi disediakan untuk hubby terutamanya pagi ini...

Nasi Goreng Ikan Masin
Nasi Goreng Ikan Masin 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi putih
Udang - buang kulit
Kacang panjang - potong kecil
Karot - potong kecil
Bawang besar - hiris
Cili padi - hiris kecil
Bawang putih - cincang
Daun bawang - hiris
Cili merah - hiris
Ikan masin jeruk
Telur
Garam
Serbuk perasa

Cara cara:
Panaskan minyak. Goreng ikan masin dan kacau sambil dihancur hancurkan.  Buang tulang tulang ikan.



Masukkan bawang putih, bawang besar dan cili padi. Goreng hingga wangi sedikit.



Masukkan udang dan kacau rata.


Masukkan kacang panjang dan karot sehingga agak layu. Ketepikan sedikit bahan bahan, pecahkan telur. Kacau rata telur dan terus masukkan nasi. 

Kacau rata supaya telur bersalut pada nasi. Tapi kali ini, saya goreng telur secara berasingan dengan menggunakan mayonis.




Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.



Tabur daun bawang, bawang goreng dan cili merah sebelum dihidangkan.


Taadaaa ... siap. 


Selamat bersarapan ...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Nasi Goreng Ikan Masin Untuk Sarapan"

  1. tiap kali xtau nk msak apa utk family,saya mesti view page kak azie,mmg best...terbaik

    BalasPadam
  2. Terbaik la nasi goreng ni..tgk gmbr pun dh sedap..boleh cuba nanti..

    BalasPadam