Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Dagang Terengganu Untuk Sarapan

Nasi Dagang Terengganu

Aduuh adui dui dudu dui dudui kau pergi tanpa pesan. Hahahaha itu antara bait bait lagu lama yang saya sangat gemari hingga kini. Bersemangat lah kalu dengar lagu ini ke udara. Yang nak citer hari ini ialah saya dok terkenang kenang keenakan nasi dagang Terengganu yang saya masak tempohari. Tapi ya lah, hari tu, masak dan siap makan pun dah pukul 5.30 petang. Macamana nak ulang kali kedua, sebab dah malam. Kan ada disebut, breakfast like a king, lunch like a queen and dinner like a pauper. 

Jadi sebab tak boleh mengulang hari tu, yang jadi dok terkenang kenang ni. Kalau fikirkan balik lah, asal sihat, makan jer lah. Kalau dah tak sihat, apa pun dah tak boleh nak makan. Tapi makan tu biarlah berpada, biar berpadanan dengan keperluan kalori badan. Alahaaaii pandailah berteori, cuba praktik kalu...


Sebab dek terkenang kenang saya bercadang nak buat nasi dagang lagi. Hari khamis malam saya sudah merebus ikan tongkol. Malam tadi, saya telah memasak gulai nasi dagang supaya kuah gulai menjadi cukup mesra. Semalam juga saya telah merendam beras. Jadi pagi ini saya cuma memasak dan mengukus nasi sahaja di samping membuat acar mentah timun.


Kalau ada yang nak tengok resepi, bolehlah klik di SINI untuk nasi dagang, gulai ikan tongkol dan juga acar mentah timun stail Terengganu. Untuk gulai ikan tongkol dengan nasi dagang hari ini, boleh tengok resepinya di SINI.  

Di samping gulai ikan tongkol, saya juga merebus telur untuk dimakan bersama sama nasi dagang. Jika suka, telur rebus boleh juga dimasukkan ke dalam gulai ikan tongkol. Untuk nasi dagang kali ini, saya menggunakan beras siam wangi jenama Pearl.


Nasi Dagang Terengganu


Nasi Dagang Terengganu



Nasi Dagang Terengganu

Selamat bersarapan ...

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Nasi Dagang Terengganu Untuk Sarapan"