Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Homemade Stuffed Crust Pizza Dough



Stuffed Crust Pizza Dough


Walaupun semalam dah letak entri berkenaan cara cara membuat Stuffed Crust Pizza termasuk membuat doh pizza dan penyediaan pizza, tapi rasanya saya nak letak entri tersendiri berkenaan dengan cara cara untuk membuat Homemade Stuffed Crust Pizza Dough sahaja untuk memudahkan rujukan di masa masa akan datang.  

Termasuk untuk saya sendiri membuat rujukan. Ini adalah kerana saya dan anak anak memang gemar makan pizza cheese stuffed crust. Klik di SINI untuk melihat penyediaan pizza stuffed crust.

Jom ini lah cara caranya...



Stuffed Crust Pizza Dough

Homemade Stuffed Crust Pizza Dough 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Cara cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.




Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.





Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.




 

Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan. Jika masih melekat, tambahkan sedikit tepung gandum.




Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.






Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.

 

Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit atau lebih lama.




Kemudian tumbuk doh bagi mengeluarkan udara di dalamnya. Bahagikan kepada 2 bahagian. Adunan ini sesuai untuk 2 biji pizza saiz 10" atau 12" jika crust yang nipis.

 



Taburkan tepung gandum atas papan pencanai dan gelek dengan kayu pencanai. Canai nipis dan lebihkan dalam 1 inci dari saiz pizza pan. Taburkan sedikit tepung gandum atas pizza pan sebelum diletakkan doh tadi.




Letakkan mozarella string cheese (sticks) atau shredded cheese di sekeliling pizza pan. Tutup cheese dengan lebihan crust dan dikemaskan. Akhir sekali, boleh sapukan olive oil pada sekeliling crust yang dimasukkan cheese tadi.









Sedia untuk diletakkan pizza sauce dan topping mengikut citarasa masing masing. Sapukan sauce di sekeliling dan letaklah apa apa topping disukai seperti pepperoni, chicken, frankfurter dan apa apa sayuran disukai serta cheese.

Enjoy....


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Homemade Stuffed Crust Pizza Dough"

  1. klau nk buat 1 keping je pizza,,kna guna 2 cwan tpung gndum kn? pstu yeast tu kna kurangkan ugak tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena adjust lah. Kalau buat lebih, gandakan. Begitulah sebaliknya

      Padam
  2. oke2,,thanks a l0t auntie ^_^

    BalasPadam
  3. assalamualaikum..saya share resepi akak ye..sedap sangat nampak...

    BalasPadam
  4. tq akak share resepi sekali dengan gambar..baru senang nak faham. minta izin share di blog saya.

    BalasPadam
  5. kena bakar dalam brape celcius ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bakar dengan suhu yang tinggi dulu untuk selama 5 minit iaitu 240 C, kemudian dikurangkan suhu pada 220C selama 15 minit.

      Padam
  6. Saya dah cuba resepi ni, tapi untuk guna BM sukatan tepung tu kena tambah sebab kalau uli ada penambahan tepung kan. Cuma saya tak pasti berapa sukatan tambahan sebab bila saya keluarkan dari BM baru perasan melekit sangat. Saya tambah manual di luar BM. apa pun doughnya lembut dan menjadi sangat. tqvm untuk tunjuk aajar

    BalasPadam