Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Homemade Stuffed Crust Pizza



Stuffed Crust Pizza


Balik pejabat agak lewat hari ini kerana mesyuarat yang panjang. Sesampai saja di rumah, hubby terus ke pejabat semula kerana dia mempunyai mesyuarat malam nanti. Saya pulak tergesa gesa mengerjakan solat Asar. 

Tapi sempat juga saya menguli doh pizza sebelum solat. Kalau tak untuk dibakar malam nanti, boleh jer disimpan di dalam freeze untuk anak anak membuat pizza bila bila mereka suka. Itu semua terpulang kepada mereka. Itulah yang saya fikirkan  bila mula menguli doh tadi.




Stuffed Crust Pizza

Selepas makan malam, anak anak sepakat untuk membuat 1 biji pizza stuffed crust dough dan 1 lagi disimpan di dalam peti ais untuk dibuat esok atau lusa. Oleh kerana tak sempat membeli string cheese (sticks), jadi kami hanya menggunakan pizza plus parut sahaja.

Resepi doh masih menggunakan resepi yang sama kerana saya amat berpuashati dengan resepi ini. Tak perlu nak cari tepung roti, bread improver atau apa apa lagi. Klik di SINI untuk merujuk kepada resepi membuat doh pizza.




Homemade Stuffed Crust Pizza Dough 
Oleh: Azie Kitchen

Penyediaan bahan yang sangat cepat, bancuh jer air suam dengan yis dan gula, dibiarkan dalam 5 minit. Manakala gandum pula dicampur dengan garam. Buatkan lubang di tengah tengah, tuang olive oil dan air yis tadi.

Lalukan pisau di dalam adunan sehingga ianya tiada lagi cecair. Dengan menggunakan kedua dua tangan, mula menggaul rata doh sehingga tidak melekat di tangan.

Uli adunan di atas papan pencanai dengan kaedah lipat dan tolak menggunakan kedua dua tapak tangan sehingga adunan lembut. Masukkan doh ke dalam bekas yang disapu dengan olive oil. Lumurkan olive oil di serata permukaan doh. Tutup dengan cling wrap selama 30 minit.



Kemudian tumbuk doh bagi mengeluarkan udara di dalamnya. Bahagikan kepada 2 bahagian. Boleh digelek dengan kayu pencanai untuk dibuat doh stuffed crust pizza atau dileper leperkan dengan kedua dua tangan di dalam pizza pan.






Untuk stuffed crust pizza dough, canai nipis dan lebihkan dalam 1 inci dari saiz pizza pan. Letakkan mozarella string cheese (sticks) di sekeliling pizza pan. Tutup cheese dengan lebihan crust dan dikemaskan. Akhir sekali, boleh sapukan olive oil pada sekeliling crust yang dimasukkan cheese tadi.










Untuk bahagian pizza sauce dan topping seperti biasalah. Sapukan sauce disekeliling dan letaklah apa apa topping disukai seperti pepperoni, chicken, frankfurter dan apa apa sayuran disukai serta cheese.

Tadaaaa, siap. Nak tengok cara menyiapkan pizza, boleh rujuk resepinya di SINI dan juga di bawah ini.



Homemade Stuffed Crust Pizza

Kali ini pun kami masih menggunakan topping yang sama kerana bahan bahan yang dibeli masih banyak lagi.


Mula mula sapukan pizza sauce dengan menggunakan belakang sudu atau senduk.





Masukkan sayuran dan bahan bahan yang disukai. 




Akhir sekali taburkan lah cheese. Lumurkan olive oil di sekeliling pizza crust. Letakkan pizza pan di dalam dulang pembakar untuk memudahkan proses mengeluarkan pizza yang masak dari oven nanti.






Bakar dengan suhu yang tinggi dulu untuk selama 5 minit iaitu 240 C, kemudian dikurangkan suhu pada 220C selama 15 minit.





Keluarkan dari oven dan pindahkan ke atas cutting board untuk dipotong. Jangan dipotong atas pizza pan.





Tengok lah stuffed crust pizza, tak nampak banyak cheese kerana tidak menggunakan string cheese (sticks).







Enjoy ...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Homemade Stuffed Crust Pizza"

  1. Best ! tengah try -faridah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good luck, Faridah. Nnt share mcm mana hasil kejadiannya ya

      Padam
  2. Salam kak, nak tanye la, bakar pizza ni guna api bawah ke atau guna api atas bawah? tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna api atas bawah.hahaha oven tak canggih

      Padam
  3. salam kak azie. tq for the doh recipe. nak tanya, kalau nak simpan doh tu, simpan kat freezer (beku) ke chiller (dingin)?tq kak azie. baru selesai buat doh. alhamdulillah so far ok. ada extra doh, so nak tahu mcm mana nak simpan. tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm,
      Simpan di tempat beku. Sebelum digunakan, keluarkan dan biarkan dahulu seingga sesuai utk digunakan

      Padam
  4. salam kak, nk tanya ni. dapur saya mnggunakan dapur gas oven zanussi tu. api dia ade bwah je, agak2 bleh x buat pizza ni atau ade cara lain untk bg cheese bhagian ats die tu cair..

    BalasPadam
  5. Salam, doh pizza tu boleh simpan dalam peti untuk berapa hari ek?

    BalasPadam
  6. kak terima kasih... dapat saya masakkan pizza untuk isteri tercinta yg tgh demam... :))

    BalasPadam
  7. tgh buat utk buka pose ni

    BalasPadam