Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cucur Durian




Saya memang sangat sangat bersemangat untuk cuba memasak pelbagai kuih muih dengan menggunakan durian sementara durian masih bermusim sekarang ini.  

Untuk sarapan, saya bangun pagi pagi lagi dan terus ke dapur untuk menyediakan cucur durian sebagai sarapan.  Kena masuk awal sebab adunan ni elok diperap terlebih dahulu bagi ianya elok mengembang.  Sementara menunggu adunan cucur diperap, saya menyediakan bahan bahan untuk memasak Nasi Ayam Istimewa yang diminta oleh Aween malam tadi..

Jom layan resepinya....



Cucur Durian

Cucur Durian 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil baking powder 
2 sudu besar gula (boleh tambah)
1/2 cawan isi durian - lecek 
1 cawan air suam (atau secukupnya)
Secubit garam
1 biji telur, pukul sedikit (jika suka)

Cara cara
Campurkan isi durian dengan gula dan kacau rata. Jika mahu, masukkan telur dan kacau lagi. 





Masukkan tepung, baking powder dan garam. Kacau kacau sehingga rata. Tuang air suam sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Rehatkan selama 10 - 20 minit.




Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Saya suka makan semasa cucur dah sejuk sedikit, baru terasa duriannya.




Bolehlah dihidangkan samada untuk sarapan pagi atau minum petang.


Cucur Durian



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Cucur Durian"