Best Ever Cucur Udang
Memang best sesangat lah resepi The Best Ever Cucur Udang yang saya pelajari dari blog Kkida ni. Dari dulu saya memang sentiasa buat cucur menggunakan resepi ini tak kira siang atau malam. Memang sedap dan secukup rasa. Lebih lebih lagi jika adunan cucur itu dibiarkan seketika dalam 30 minit hingga 1 jam sebelum digoreng, lagi sedap.
Jom lah saya letakkan sekali lagi resepinya. Ini adalah kerana sukar juga untuk search resepi resepi terdahulu. Klik di SINI, untuk melihat Cucur Udang yang saya buat sebelum ini.
Jom lah saya letakkan sekali lagi resepinya. Ini adalah kerana sukar juga untuk search resepi resepi terdahulu. Klik di SINI, untuk melihat Cucur Udang yang saya buat sebelum ini.
Cuba lah buat cucur udang guna resepi ini. Memang best. Jom layan...
Best Ever Cucur Udang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
¼ sudu kecil baking soda
1 cawan udang kecil putih
¾ cawan bawang besar putih - cincang
1 tangkai cili merah - cincang
1 cawan daun kucai - cincang
¾ cawan isi jagung, fresh atau frozen
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kunyit
½ cawan air panas thermos
1 ½ cawan air biasa
½ cawan gandum (extra)
Cara cara:
Satukan semua bahan di atas dalam mangkuk dan digaul rata.
Masukkan air panas dan diikuti air sejuk sedikit sedikit ke dalam tepung sambil dikacau rata. Jika terlembik, masukkan lagi 1/2 cawan tepung gandum extra sedikit sedikit dan gaul hingga betul betul sebati dan likat. Lebih sedap jika adunan dibiarkan dulu dalam 30 minit sebelum digoreng.
Panaskan minyak dalam dalam kuali dan sendukkan dengan sudu bulat dalam ukuran 2 sudu besar dan goreng hingga kekuningan.
Hidang panas panas dengan sos dan mayonnaise atau dimakan begitu sahaja.
Nota:
Jika takda udang kecil putih udang sederhana besar ni pun boleh. Hanya gunting ekor dan muncung tajamnya, kemudian potong dua udang tu. Jika guna udang kecil putih, tak payah buang ekor dan kepala, hanya bersihkan dan terus campurkan ke dalam tepung.
Enjoy ...
Greetings! Very useful advice in this particular article!
BalasPadamIt is the little changes that make the most significant changes.
Thanks a lot for sharing!
Some genuinely excellent content on this site, thank you for
BalasPadamcontribution.