Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Goreng Serai



Ayam Goreng Serai


Petang tadi memang tak plan nak masak apa apa kerana saya masih kenyang dengan nasi goreng bunga kantan dsn tengaharinya pulak, makan kek marble. Jadi ingatnya nak masak spaghetti atau apa apa yang ringan sahaja.

Tapi anak bujang saya masuk dapur beritahu yang dia lapar dan bertanya apa yang hendak dimakan. Ya lah budak budak ni memang tak berapa gemar kek dan kuih muih ni. Samada nasi atau pun pasta, pizza jer yang mereka suka. Jadi saya pun terus ke dapur dan terpaksalah mengeluarkan apa apa yang patut dari freezer. Hubby pulak pagi pagi tadi, ada beli 2 ekor ayam segar, ayam hidup yang diproses pada masa itu juga. Lebih fresh dan juicy. Oleh kerana dah ada kuah gulai ikan tongkol, jadi ayam cuma digoreng. Supaya tidak terlalu plain, saya buat Ayam Goreng Serai. Wangi sahaja bau serai semasa menggoreng. Semerbak gitu ...

Jom layan resepinya ....


Ayam Goreng Serai

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong
garam secukupnya

Bahan Kisar/Tumbuk
8 ulas bawang putih
6 batang serai
5 cm halia
1 kiub ayam
1/2 inci kunyit hidup/serbuk kunyit

Cara – cara
Gaul ayam dengan bahan kisar, perap selama 2 jam.  Kemudian goreng hingga garing dengan api perlahan.


Ayam Goreng Serai




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Ayam Goreng Serai"

  1. Everyone loves it when people get together and share opinions.
    Great website, keep it up!

    BalasPadam