Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Aduhaaiii Sedap Nyeerr Nasi Dagang Terengganu Dengan Gulai Ikan Tongkol

Nasi Dagang Terengganu

Sedap memang sedap. Saya memang tak boleh tahan, 3 pinggan habis tadi. Minta ampun lah, esok saya akan diet. Ini lah kali pertama saya memasak sendiri Nasi Dagang Terengganu dengan Gulai Ikan Tongkol serta Acar Timun. Lama dulu saya pernah memasak nasi dagang Kelantan semasa majlis open house rumah kami di USJ.  Itu pun dah berbelas tahun lamanya. Bukan apa, saya malas nak memasak sendiri nasi dagang kerana anak anak bukan suka sangat makanan macam macam ni.  Mereka suka masakan moden dan western jer.

Rasa macam tak percaya hari ini saya berjaya memasak nasi dagang yang memang rasa macam nasi dagang yang dimakan di Terengganu atau di USJ yang memang dijual oleh emak Nadia yang berasal dari Terengganu. Projek memasak nasi dagang ni bermula dalam pukul 4 apabila dapat mesej inbox dari Rozilah yang dia telah hantar rempah gulai cap bunga rose. 

Oleh kerana beliau tersalah rumah, saya terpaksa menjejak rumah yang dikatakan oleh Rozi. Nasib baik jumpa dan dapat berkenalan dengan tuan rumahnya, Azlina yang baikhati. Dari situ, kami terus ke kedai runcit mencari ikan tongkol yang berbatik yang biasa diguna sebagai ikan untuk gulai nasi dagang Terengganu. Memang susah nak dapatkan ikan ni. Sesampai di rumah terus ke dapur untuk mula merebus ikan dan mula memasak gulai dan nasi dagang. Pukul 5, siap untuk dimakan panas panas lagi. Jangan tak tahu, saya menambah sampai 3 kali dek sedap nya yang tak terkata, baunya yang sangat semerbak terutama bau halba... 

Jom lah kita layan resepi dan gambar gambarnya...   


Nasi Dagang Terengganu

Nasi Dagang Terengganu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise
1 biji kelapa - (2 ½ cawan santan cair & 2 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 inci halia - mayang halus
¾ sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur ke dalam santan pekat

Cara membuat:
Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.


Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.




Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.



Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.




Kemudian rata dan kemaskan nasi. Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan.



Gulai Ikan Nasi Dagang 


Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam saiz besar (lebih kurang 1 kg) 
1 biji kelapa - ambil santan
3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi
1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air)
8 gram rempah masak cap bunga rose 
10 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia -kisar
2 hiris lengkuas -kisar
2 keping asam gelugur
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
10 tangkai cili kecil
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara membuatnya: 
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam  gelugor dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap. 


Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.






Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula. 
 

Masukkan cili padi. Renihkan sebentar.  Bolehlah angkat dan dihidangkan.

Nasi Dagang Terengganu


Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal. Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.



Acar Timun




Timun - hiris memanjang
Karot - hiris memanjang
1/2 biji bawang besar
Gula
Cuka secukupnya
Garam

Timun dan karot yang dihiris direndam dalam air garam.


Satukan cuka, gula dan garam sehingga hancur.  Gula mesti lebih baru nampak ianya berkilat.

Masukkan bawang besar dan sayuran yang dihiris tadi.  



Sesuaikan rasa dan siap dihidangkan.


Selamat menjamu selera dengan nasi dagang yang sangat lembut dan wangi ini. Cubalah, pasti makan menambah nambah 

Enjoy...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

47 ulasan for "Aduhaaiii Sedap Nyeerr Nasi Dagang Terengganu Dengan Gulai Ikan Tongkol"

  1. Gulai ikan tongkol ni kalau masukkan belimbing buluh lagi sedap. Tak pernah masak tapi masa berkunjung ke rmg cikgu xmrsmkt, dia masak sedappp...

    BalasPadam
    Balasan
    1. DuRa,ohh gitu yer. Mungkin juga, sebab lemak lemak masam. nanti lain kali boleh cuba kalu ada stok belimbing buluh. kat kawasan rumah kami, tak ada yang jual. hari tu minta dari kawan utk buat masak lemak telur itik dg belimbing buluh

      Padam
  2. Saya nak mencuba resepi ni...harap dapat hasil seperti kak azie buat. Saya guna beras beli di Thai, kata khas untuk nasi dagang, boleh guna cara yang sama untuk masak nasi tu tak..terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah pasti menjadi. Saya pun bercadang untuk memasaknya minggu hadapan

      Padam
  3. Sedapnya... saya kalau nak makan nasi dagang selalu beli kat SS19 Subang Jaya je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun selalu makan di situ. Tapi kalau dimasak sendiri, boleh makan menambah dan berulang ulang kali. Yg pasti sangat menjimatkan

      Padam
  4. Puan Azie...
    Sekadar nak share la kan dari arwah mak saya dulu...
    Kami selalu buat nasi dagang bila tiba musim perayaan...
    Resepinya lebih kurang sama la...cuma kami akan tumis cili boh (atau cili kering yang di Blend sehingga pecah minyak and asingkan. Apabila kuah hampir masak...masukkan cili tersebut.Hasilnya..kuah tu akan kelihatan kemerahan sikit (x kuning sangat) dan lebih berkilat...macam kuah nasi dagang yang jual di Terengganu...
    :)
    suhanajohar.wordpress.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Suhana. Insya Allah lain kali boleh cuba seperti yang dibuat oleh arwah bonda Suhana.

      Padam
  5. Terima kasih utk resepi ni. Mmg marvelous. First time buat dan suami pun puji sgt2. Tq again

    -saira-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah, Saira. Nnt cuba lagi, pasti akan terhasil dg lebih baik

      Padam
  6. Mana nak Dapat Rempah Cap bunga Ros tue?? Klu Huna rempah lain Xboleh Ker Eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna rempah lain, kurang sedaplah. Boleh tengok resepi yg tak guna rempah ini tapi diguna rempah yg dicampur sendiri

      Padam
  7. As'salam kak azie.
    thanks bagi resepi.

    sebenornye tok sedara ada bagi resepi dulu, tapi ntah mane letaknya, terpaksa la google.
    Hehe.

    Tapi ada sedikit berbeza, sebab tok sedara masak santan je sampai pecah minyak, baru masukkan bahan kisar+rempah+cili kering.
    baru terangkat!
    and lagi bagus kot, sebab tak payah pakai minyak banyak-banyak.

    pastu guna nisan(gula melaka/gula gerek) lagi sedap.

    dah tutup api, baru masukkan cili api dan belimbing buluh.
    nanti cili kita cantik, tak layu =)

    Rempah saya beli kat Terengganu, bukan cap Ros, tapi rempah campur.
    boleh beli di mana-mana gerai jual rempah kat pasar payang, kabo je nak rempah nasi dagang.

    dulu MIL penah buat pakai rempah daging, tapi tak sure sukatan, sebab dia campur rempah daging dengan rempah ikan.Tu kalau dah takde rempah nasi dagang la kan.

    eh, terpanjang pulak komen.

    Thanks anyway for the recepi =) *pssst : gulai nasi dagang atas dapor, in making =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm,
      Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah dan menulis komen. Komen yang diberi mmg sgt berguna. Insya Allah, saya akan gunapakai mana mana yang ditulis di dalam komen ini.

      Padam
  8. Salam...sy memang tringin nak masak ns dagang ni.tp nk ty ckt la.bleh x ikan tongkol d ganti ngn ikan ln.ikan apa ye..sj ty..mn tau ada yg penah cube

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan tongkol paling sedap. Boleh juga gunakan kembung.

      Padam
  9. Rempah cap rose wajib letak ke? Apa kta lepas ni azie biz rempah2 masakan kltn yg susah nk d temui d kdai luar dr kltn...mesti da yg beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hasida,
      Ada macam macam cara. Ada yg tak perlu letak pun rempah ni, tapi kena ganti dengan rempah lain lah baru sedap. Kalau gulai nasi dagang Kelantan, lain lah pulak.

      Padam
  10. Salam kak azie, sy bru first time nk buat nasi dagang.. Nk ty nasi tu bile dah letak halba bawang n santan sume tu xpayah kukus lg ke? Or kene kukus lg? Terima kasih ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lagi. Cuba tengok gambar di atas

      Padam
    2. Oo maknanya lepas ketak halba sume tu dah blh mkn terus la yea.. Terima kasih kak.

      Padam
  11. Balasan
    1. Rempah gulai dalam plastik cap bunga ros. Diyjlis rempah masak. Packaging mcm dalam gambar di atas

      Padam
  12. Mohon share resipinya ya...saya baru nak mencuba hari ini. Tapi rempah gulai cap bunga rose tu takde...terpaksa guna rempah kari biasa aje..

    BalasPadam
  13. Salam Kak Azie.... Terima kasih dengan resepi ni. Saya dah cuba... menjadi.

    BalasPadam
  14. alhamdulillah menjadi jugak nasi dagang . thanks for recipe :)

    BalasPadam
  15. Salam kak azie, apa beza - 1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air) &
    8 gram rempah masak cap bunga rose ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm,
      Memang 2 rempah berbeza, satu rempah gulai dan satu rempah masak.

      Padam
  16. nampak sangat mengiurkan.. kena cari rempah nasi dagang ni.. mesti cuba!

    izanne76.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesiapa berminat kami ada mengeluarkan packing nasi dagang termasuk beras, rempah dan resepi. Campuran beras kami istimewa guna beras basmati pusa 1121 + beras Wangi.. Sesiapa berminat saya saya wssup detail..

      Padam
  17. Salam.kak azie,rempah masak tu mcm mana ye.rempah gulai sy dh beli.dlm step kt atas xde pulak ckp bila letak rempah gulai

    BalasPadam
  18. Kak azie saya baru cuba resepi kak azie hari ni walaupun takde rempah rose tu. harapnya taste tak lah different sgt. Hehe. Anyway thank you sis. Selalu tgk ur blog kalau nak cari resepi😉

    BalasPadam
  19. Tak sabat nak mencuba untul berbuka esok. Malam ni kena start buat dah. Moga2 menjadi la. Terima kasih share recipe.

    BalasPadam
  20. Thanks kak azie....smua resepi kak azie yg sy cuba memang sedap....

    BalasPadam
  21. As salam azie...bears wangi Siam bird of paradise tu same tak dgn beras Siam super bird of Paradise?

    BalasPadam
  22. Tkasih berkongsi resepi. Alhamdulillah mjadi santapan tghari untuk kami hari nie.

    BalasPadam
  23. Tkasih...baru nk mcuba masak nasi dagang esok...in shaa Allah

    BalasPadam
  24. Pada sesiapa yang berminat dengan rempah cap bunga rose boleh jenguk fb https://m.facebook.com/RempahCapBungaRose/ atau https://www.capbungarose.com

    BalasPadam
  25. Pn Azie...rempah masak tu nak masuk masa bila dan nak bancuh dgn air juga ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh masuk sama dg rempah gulai. Boleh juga dibancuh dengan sedikit air atau terus dimasuk sekali. Mana mana pun ok

      Padam
  26. Salam kak azie,utk gulai ns dagang terenganu resipi asalnya tak perlu ditumis,kena masak santan sampai pecah minyak kmd barulah dimasukkan bahan2 lain.

    BalasPadam
  27. Firstime buat ikut resepi kak azie
    Memanng menjadilah.
    Sedap sangat
    Terima kasih kak azie

    BalasPadam
  28. salam puan .. kalau guna beras biasa menjadi tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. Jadi nasi putih, tak jadi nasi dagang.

      Padam
  29. Assalammualaikum,
    Terima kasih atas resepi..sgt2 sedap.dah byk kali saya buat.termasuk buat makan2 kawan suami.diorg cakap sedap..moga puan mendapat pahala di atas kongsian ilmu puan..hanya Allah shj yg dpt membalas jasa puan.

    BalasPadam
  30. Salam Pn Azie,

    Hari tu saya dah try masak gulai ikan tongkol ni... mmg sedap .. cuma saya guna rempah kari .. sbb x jumpe rempah rose..
    Hujung minggu ni nak try buat complete set .. Nasi dagang dan Gulai ikan tongkol .. hehehe.. tq untuk resepi puan...

    BalasPadam
  31. Salam puan.
    saya dah cuba juga resepi ni untuk raya baru ni.. alhamdulillah sedap , mudah dan menjadi
    cuma saya takde rempah rose, kedai dah habis stok sebab nak raya kot ramai org beli, jadi saya cuba guna rempah nasi dagang puteri.. ok juga.
    pernah dah juga cuba rempah rose dulu.. memang sedap !
    terima kasih resepi puan.

    BalasPadam