Sup Gear Box lagi
Saya juga memasak sup gear box hari ini. Gear box ini dibeli sewaktu saya balik Kelantan baru baru ini. Ini juga entri ulangan. Tapi ya la, blog saya ini adalah blog yang memaparkan masakan dan resepi berkitar sekitar kehidupan saya sendiri. Bukan blog bisness atau apa apa, jadi masakan juga apa yang saya masak seharian, yang kadang kadang atau di kebanyakan masa adalah resepi ulangan terutama yang menjadi kegemaran famili saya.
Jom kalau nak tengok resepinya klik di SINI jer. Sama jer dengan resepi sup orang lain pun, cuma saja seronok seronok nak melayan gambar gambar ...
Ini adalah antara bahan yang diguna untuk membuat sup. Saya membuat tumis darat, iaitu tumis di dalam kuali lain dan kemudian di tuangkan ke dalam periuk yang mengandungi tulang yang direbus.
Tulang direbus sehingga empuk dagingnya. Biasanya saya hiris juga beberapa ulas bawang merah dan halia yang dihiris kasar dan dimasukkan ke dalam air rebusan. Kemudian boleh lah masukkan garam dan disesuaikan rasanya.
Masa hidang, saya dah potong potong dan gunting daging dari tulang supaya mudah dimakan. Tak ada lah hidang dengan tulang tulang gitu. Taburkan lah cili padi hiris, daun sup atau daun bawang hiris dan akhir sekali perahkan sedikit air asam limau nipis. Siaaappp ...
Enjoy ....
Catat Ulasan for "Sup Gear Box lagi"
Add your comment