Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Spaghetti alla Bolognese with Meatball



Spaghetti alla Bolognese with Meatball


Semalam Aween komplen sebab katanya spaghetti yang saya masak sedikit, tak cukup untuk dia makan sebelah malamnya.  Jadi bangun pagi pagi lagi, saya ke dapur untuk melihat apa yang boleh disediakan untuk breakfast pagi ini. Hmm banyak lagi makanan untuk sarapan. 

Tapi melihatkan cukup bahan untuk dimasak spaghetti alla bolognese lagi, saya pun mulakan operasi mengeluarkan dan menyediakan bahan bahan diperlukan. Mereka boleh makan sampai malam sebab malam nanti, saya dan Laling hubby akan menghadiri majlis perkahwinan Datuk Zack dan Ku Nur di PWTC. Selamat Pengantin Baru buat Datuk Zack, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dengan Ku Nur.  

Jom lah, kita layan resepi pagi ini. Resepi sama jer macam spaghetti alla bolognese yang saya buat petang semalam, cuma ditambahkan meatball sahaja. Kalau ada yang missed my yesterday's posting, click HERE for the recipe   ...

Spaghetti alla Bolognese dengan Meatball. 

Sementara menunggu daging cincang dan burger defrost, saya potong kecil kecil sayuran yang hendak digunakan mengikut apa yang ada sahaja.  Ada lebih, saya potong lebih.



Saya menggunakan burger daging Ramly untuk dibuat meatball. Selepas dikeluarkan dari peti sejuk, defrost sekejap.  Selepas itu, cubit kecil kecil dan bulat bulatkan untuk dijadikan meatball.



Seperti biasalah. panaskan non stick pan dan masukkan olive oil secukupnya. Lepas tu, kita saute dulu meatball bagi berwarna keperangan sikit sebelum dimasukkan daging cincang. Gorenglah dengan api perlahan sehingga daging masak.






Lepas daging dah masak, boleh lah masukkan bawang dan sayur sayuran. Kacau sekejap. Lepas tu, masukkan pula button mushroom dan bawang putih yang dicincang.  



Saya tadi berbelah bahagi samada nak guna ready made spaghetti sos Prego yang memang ada dalam simpanan atau ingin membuat sendiri. Kalau ada  masa, tak seronok guna ready made ni, hahaha. Jangan marah ya bagi yang sibuk.  Akhirnya decide to prepare own spaghetti sauce. Jadi bila gitu, tuangkan satu tin diced tomato. Macam tak cukup jer sebab tin kecil, hmm tak apa lah sebab itu jer yang ada.  Kacau lah rata rata.


Lepas tu, tuang pulak tomato puree. Jangan membazir, yang melekat kat tin tu, masukkan air dan kacau rata. Saya memang berjimat bila memasak kerana maklumlah harga barang barang mahal sekarang ni.  Lagi pulak, saya dari kecil memang berjimat bila menggunakan bahan dapur.  Kacau lah rata rata lagi.



Kalau nak ikut cara resepi yang saya berikan dulu, dah boleh tutup api dan sedia untuk di bake di dalam oven.  Selepas api ditutup, masukkan garam, mixed herbs, oregano, bay leave atau apa apa yang nak dimasukkan lah. Ada orang letak coarse black pepper juga. Lepas tu, kacau rata rata dan masukkan dalam oven.



Tapi saya malas nak menunggu depan oven dan membuka tutup oven dari masa ke semasa untuk mengacau ngacau sos tu. Jadi apa opsyennya? Hmm slow cooker lagi lah ... dah seronok masak spaghetti dengan slow cooker ini. Sekali sekala saya akan menceduk keluar lebihan minyak dari sos.


Dah siap masuk dalam slow cooker, saya mula mengeluarkan pasta yang dah masak. I pernah baca yang jangan sesekali membasuh pasta. Tapi ada juga yang tulis kalau tak terus dimakan, lalukan pasta di bawah air paip dan tuangkan 1 sudu besar minyak olive dan kacau rata.  Jadi ikut sukalah ilmu mana yang nak diikut ya ..


Sos dah siap, pasta pun dah siap.  Boleh lah dihidangkan. Taburkan parmesan cheese dan letakkan chopped fresh parsley.  Baru sedap bila menggunakan fresh parsley.  Haa lagi satu, parmesan cheese ni, lagi banyak lagi sedap.  Tapi kosnya lagi lah meningkat kerana aduhai mahal nya harga cheese ni.  Siapa yang ada nak keluar negara, nak borong cheese banyak banyak gitu...

Mesti ada yang menyebutkan sebab nama resepi spaghetti tapi saya tak menggunakan spaghetti pun sebab tersalah beli.  Tapi apa apa pun, sama jer rasa sedapnya. Itu yang penting.


Spaghetti alla Bolognese with Meatball

Selamat Menjamu Selera dan enjoy ...

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Spaghetti alla Bolognese with Meatball"