Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Tongkol Lauk Nasi Lemak Terengganu



Sambal Ikan Tongkol Lauk Nasi Lemak Terengganu
 

Akhir sekali pagi tadi, saya memasak Sambal Ikan Tongkol, lauk orang Terengganu yang dimakan bersama nasi lemak. Saya pertama kali makan sambal ikan tongkol semasa balik kampung di mana Wahidah, isteri anak saudara saya yang berasal dari Terengganu telah memasaknya untuk dimakan dengan nasi lemak. Saya memang penggemar ikan tongkol lebih lebih lagi ikan tongkol yang telah direbus terlebih dahulu. 

Sedap sekali sambal Ikan tongkol atau di Kelantan dipanggil ikan Aya. Resepi ini diambil dari blog Secubit Garam. Kalau ikut stail orang Terengganu, lauk ini sedap dimakan dengan nasi lemak. Jadi saya memasaknya untuk dimakan dengan nasi lemak kukus. 

Pendek kata apa yang saya masak pagi ini bukan sahaja untuk sarapan, tetapi juga untuk makan tengahari dan mungkin juga sehingga ke makan malam. Apa tak nya, kekenyangan makan nasi lemak kukus dengan pelbagai lauk pauk.  Rujuk resepi nasi lemak dengan klik di SINI.  Sedap nasi lemak ni tau ...

Jom layan lah ...


Sambal Ikan Tongkol Lauk Nasi Lemak Terengganu
 
SAMBAL IKAN TONGKOL @ AYA
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 - 3 keping ikan tongkol
3 kpg asam keping
garam
air

Masukkan semua bahan dalam periuk. Sukatan air utk rebus ikan ialah air dilebihkan sedikit dari paras ikan. Masaklah dgn api sederhana hingga air rebusan tinggal separuh. Ketepikan (jgn buang air rebusan)



Bahan bahan lain (utk sambal):
Dikisar:
3 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah 
1/2 inci halia 
2 sudu besar udang kering 

1 sudu besar kicap manis
air asam jawa
1 cawan air
air rebusan ikan
1 sudu besar gula
minyak

Panaskan minyak dan masukkan cili kisar. Goreng hingga cili garing.


Bila cili dah betul betul garing, masukkan bahan yg dikisar. Goreng lagi hingga kering sedikit.


 

Masukkan kicap dan 1 cawan air.


Masak lagi hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air asam jawa dan air rebusan ikan.


Biarkan merenih hingga sedikit pekat dan masukkan ikan tongkol. Teruskan memasak, masukkan gula dan tambah garam jika perlu.



Masak lah hingga kepekatan yg disukai. Boleh lah dihidangkan dgn nasi lemak.


 Sambal Ikan Tongkol Lauk Nasi Lemak Terengganu

 Enjoy ... 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

17 ulasan for "Sambal Ikan Tongkol Lauk Nasi Lemak Terengganu"

  1. dulu masa dok belajar kat ganu pun meme fevret nasi lemak ikan aya ni..balik klate dok rindu tak jupo pun kat klate..nak wat tak reti..nak copy resepi ya kak..

    yana. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun belajar makan ni dari anak saudara yg berasal dari Terengganu. Di Klate, memang tak ada lauk macam ni, apalagi nak di makan dengan nasi lemak.

      Padam
    2. ada je kat kelate. hihik. pandai2 la cari hee

      Padam
  2. ada option sama ada ikan tongkol tu nak rebus or nak gorang.. saya prefer goreng dulu hihihi

    BalasPadam
  3. resipi yg sy belajar dr kwn sy yg asal dr tganu, ikan tu tdk direbus tetapi dikukus. tapi sy rasa resipi kak zie ni lebih menarik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm setahu saya mereka panggil ikan kukus tapi sebenarnya direbus bukan kukus steam. Mungkin saya silap.

      Padam
    2. Org terengganu ikan direbus mmg panggil ikan kukus.....

      Padam
  4. hemmm sedap ye...boleh cuba ne..terima kasih

    BalasPadam
  5. Memang di terengganu mereka sebut... ikan aya tu dikukus. Tetapi sebenarnya direbus seperti resepi yg ditulis oleh pn azie.....
    Betul dah tu pn azie.... saya org terengganu...😊😊

    BalasPadam
  6. Allahu sedapnya nampak!!!!

    BalasPadam
  7. sedap2... baru jer nak try resipi ni.. suami duk order ikan tongkol masak merah
    . resipi kak azie senang. 👍👍👍

    BalasPadam
  8. Mmg goreng cili dulu sblm bawang yer

    BalasPadam
  9. Kukus tu rebus sampai air kering pekat sikit.hihi..kukus bahasa standart lain plak,ala2 steam

    BalasPadam
  10. kak azie..apa beza tumis cili kisar dulu dgn tumis bhn kisar dulu...bese msk tumis bhn kisar dulu baru masuk cili...yg mana lg sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tengok keadaan. Kalau saya kisar sekali cili kering sb tak ada stock cili kisar, saya tumis sekali. Tapi biasanya saya masukkan cili kisar selepas tumis bahan bawang dsb.

      Padam