Sambal Ikan Bilis Geng Setia Nasi Lemak
Bila ada nasi lemak, mestilah ada sambalnya. Yang paling biasa adalah sambal ikan bilis yang sinonim sebagai geng sekawan nasi lemak walaupun disediakan juga lain lain lauk. Saya belajar memasak sambal ikan bilis cara ini melalui mak mertua, di mana kesemua bahan dimasukkan sekali gus ke dalam kuali dan dimasak dengan api perlahan lahan sehingga masak.
Cuma yang memasukkan ikan bilis tumbuk itu adalah yang saya pelajari dari pembacaan di blog blog. Anak anak pun suka sambal yang dimasak secara ini. Sedap sambal ni. Apalagi makan dengan nasi lemak kukus panas panas. Kalau ada yang missed resepi nasi lemak Sahor, bolehlah dirujuk di SINI.
Bahan bahan:
Ikan bilis
2-3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 - 2 senduk cili kisar
1/2 inci halia
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis ditumbuk
Garam
Gula
Cara cara:
Cara cara:
Kisar semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan belacan dengan sedikit air.
Panaskan minyak yang banyak dan masukkan semua sekali bahan blender, ikan bilis, sedikit ikan bilis yang telah ditumbuk ( jangan terlalu hancur) dan cili kisar kerana saya guna cili yang telah siap dikisar.
Masak lama lama dengan api perlahan sehingga naik minyak dan masak.
Masukkan gula dan air asam jawa. Sambal yang sedap, mesti ada rasa manis dan kurang pedas.
Masukkan gula dan air asam jawa. Sambal yang sedap, mesti ada rasa manis dan kurang pedas.
Siaaappp ...
Thanks for sharing.. nice, i suke penerangan resepi bergambar mcm ni, keep it up!
BalasPadamTerima kasih, Komeng. Jgn lupa sign up as follower
Padamsalam azie, ikan bilis tu dh siap di goreng ker?
BalasPadamDulu saya goreng dulu tp ikan bilis nya jadi liat. Jadi sekarang saya tak goreng, terus masukkan jer
Padamyour recipe is really really good keep it up
BalasPadam