Sambal Ikan Bilis dg Terung Pipit dan Tempoyak
Saya memasak ikan bilis dan terung pipit goreng dengan tempoyak hari ini bagi menghabiskan terung pipit yang ada sebelum ianya busuk. Saya semalam ingatkan hanya nak goreng sambal ikan bilis biasa yang diletakkan terung pipit tapi bila terjumpa satu resepi yang diletakkan tempoyak di dalamnya, hati menjadi teruja untuk mencuba.
Saya pun terus menggeledah apa yang ada dalam peti sejuk dan mengeluarkan barang barang yang dah rosak. Maklumlah saya ni, memasak bermusim, bila memasak lauk, lauk sahaja seharian. Bila mood nak membuat kuih, akan jadi kuih lah hari hari. Jadi daun pandan yang dibeli akan kering, bila mood pasta pulak. Bila dilihat cukup bahan untuk membuat goreng ikan bilis terung pipit dan tempoyak, saya pun mula memasak.
Sekejap sangat penyediaannya, sangat ringkas. Jom layannn....
Sekejap sangat penyediaannya, sangat ringkas. Jom layannn....
Ikan Bilis Goreng dg Terung Pipit dan Tempoyak
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Ikan bilis
Terung pipit
15 cili padi
2 ulas bawang putih
3 sudu besar tempoyak
1/2 bawang besar - hiris
Air asam jawa
Garam
Gula
Cara cara:
Goreng terung pipit dalam 5-7minit. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
Tumbuk cili api dan bawang putih. Tumiskan hingga naik bau dan cili garing. Masukkan garam gula dan asam jawa. Kacau rata
Masukkan ikan bilis, terung pipit dan bawang besar. Kacau rata lagi.
Akhir sekali, masukkan tempoyak. Goreng sehingga garing, baru diangkat.
Selamat Mencuba
nice cam sedap...
BalasPadamda try masak mmg sedap
BalasPadam