Pulut Kuning Kukus Yang Sedap dan Cantik
Sebenarnya sudah lama saya ingin cuba memasak sendiri Pulut Kuning, maklum dari kecil selalu sangat terdedah kepada pulut kuning terutama majlis bertunang, kahwin atau majlis di mana pembesar mengunjungi majlis keraian.
Zaman dulu, kalau ada majlis seumpama itu, pulut kuning yang dibentuk menjadi pulut semangat, akan diletakkan seekor ayam percik di atasnya sebelum dipacak dengan bunga telur pahar di tengah tengahnya. Itu dah jarang terdapat sekarang ini.
Yang ada, hanya pulut semangat yang dipacak bunga telur sahaja. Itu pun sekarang, pulut kuning bunga pahar dah diubahsuai, kini pulut dimasukkan dalam plastik kecil kecil, diikat dan disusun pada batang pisang, kemudiannya telur dipacak di batang pisang sahaja.
Pulut ini saya masak dengan tunjuk ajar kakak ipar saya, Kak Harison yang kebetulan ada di rumah kami. Untuk pulut ini, saya cuma menyediakan telur dadar nipis yang digulung dan dihiris nipis. Telur dadar seperti ini memang sinonim dengan pulut kuning, jika di makan begitu sahaja di Kelantan. Masa itu, tak ada pun masakan rendang rendang seperti sekarang.
Yang paling saya suka juga, pulut kuning dicicah jer dengan gula pasir. Haa tu dia lah, cara saya makan pulut kuning masa kecil kecil dulu. Jom kita layan resepi pulut kuning kukus saya ....
Zaman dulu, kalau ada majlis seumpama itu, pulut kuning yang dibentuk menjadi pulut semangat, akan diletakkan seekor ayam percik di atasnya sebelum dipacak dengan bunga telur pahar di tengah tengahnya. Itu dah jarang terdapat sekarang ini.
Yang ada, hanya pulut semangat yang dipacak bunga telur sahaja. Itu pun sekarang, pulut kuning bunga pahar dah diubahsuai, kini pulut dimasukkan dalam plastik kecil kecil, diikat dan disusun pada batang pisang, kemudiannya telur dipacak di batang pisang sahaja.
Pulut ini saya masak dengan tunjuk ajar kakak ipar saya, Kak Harison yang kebetulan ada di rumah kami. Untuk pulut ini, saya cuma menyediakan telur dadar nipis yang digulung dan dihiris nipis. Telur dadar seperti ini memang sinonim dengan pulut kuning, jika di makan begitu sahaja di Kelantan. Masa itu, tak ada pun masakan rendang rendang seperti sekarang.
Yang paling saya suka juga, pulut kuning dicicah jer dengan gula pasir. Haa tu dia lah, cara saya makan pulut kuning masa kecil kecil dulu. Jom kita layan resepi pulut kuning kukus saya ....
Pulut Kuning Kukus
500g beras pulut
1 keping asam keping
1 sudu besar kunyit serbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk dan tapis air
1 cawan santan pekat - boleh tambah
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Pewarna - ikut warna disukai
Sedikit minyak masak - jika guna santan kotak
Cara cara:
Cara cara:
Basuh beras pulut dan tos airnya. Masukkan air kunyit hidup dan pewarna. Kacau kacau supaya warna rata. Lepas tu, baru masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1 - 2 jam, bergantung kepada jenis beras pulut. Jika beras pulut susu, sekejap sahaja sudah memadai.
rendam dg air kunyit dan pewarna |
Panaskan pengukus. Tos beras pulut. Masukkan ke dalam periuk pengukus yang telah dilapikkan daun pisang atau daun pandan. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
kukus hingga keluar wap |
Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar. Tuangkan santan yang telah digaulkan dengan garam. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan dan kukus lagi.
tengok dah keluar wap, boleh angkat |
masukkan santan yang telah diletakkan garam dan kacau rata |
kukus sekali lagi hingga keluar wap |
Kukuskan lagi sekali sehingga naik wap. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan masukkan dalam mangkuk besar. Taburkan sedikit gula dan kacau rata bagi menjadikan pulut bersinar cantik.
angkat dan masukkan dalam mangkuk besar |
taburkan gula dan kacau rata |
Bolehlah tekan pulut dalam acuan (jika mahukan pulut berbentuk). Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging atau telur dadar.
Enjoy...
Enjoy...
tima ksh kak azie..cek Ah dh link entri resepi pulut kuning kak azie ni dlm catatan blog Cek Ah..follow la klu Kak Azi x kberatan..hihi farahwahida961@blogspot.com
BalasPadamcek Ah cri tips unt mengamcamkn lagi pulut cek Ah sbb sahabat baik cek Ah yg request suh Cek Ah buatkn unt dia..tqvvm ya kak azie..
Terima kasih Cek Ah
PadamTerimakasih kak Azie resipinye minta di halalkan yeš
PadamTq kak azie ❤ minta halalkan ilmu resipinya ��
PadamTq kak... minta halal resipi ye. :)
BalasPadamSgt detail! Tq kak atas resepi yg sedap ni. š
BalasPadamtq kak......mmg kak azie entry pertama sy cari kalo nk cuba mskkan yg sedap!
BalasPadamXperlu tutup ke Periuk tu time kukus tu
BalasPadamKena tutup la periuk tu semasa mengukus...
PadamKalau tutup camne nk amek gmbar pulut lol
PadamSedapnya.blk nanti nk msk utk juadah moreh lorong taman.biasa tanak je pulut.Kali ni nk Cuba yg kukus
BalasPadamKenapa pulut tu perlu rendam ngan asam keping ye?
BalasPadamTak masuk pun tak apa. Ia hanya petua untuk mendapat pulut yg kuning berkilat
PadamNampak mcm sedap ni
BalasPadamKena try terima kasih share info
semalam nampak beras pulut ade banyak bubuk, so sy rendam la dgn garam n serbuk kunyit..tk bubuh pulak asam keping..tkpe kan kak azie? kalau nk kukus nnt kalau tkde jaring2 tu kan, tk jatuh ke beras ke bawah kukusan tu? firstime nk kukus pulut kuning ni..nervous plak..huhu
BalasPadamAsam keping hanya untuk mencantikkan warna pulut. Tak letak pun tak apa. Kalau tak ada jaring pun tak apa. Boleh carik carikkan daun pandan atau carik daun pisang. Bila dah masak, tak jatuh beras . Jangan lupa letakkan sedikit gula di akhir bagi berkilat.
PadamSalam kak Azie...sy nak cuba wt kek coklat,bleh kak share resipi??thanks ye
BalasPadamsalam kak azie. nak tanya, 500 gram ni dapat banyak mana ya pulutnya? :)
BalasPadamWslm. Maaf saya tak pula timbang masa tu.
PadamSaya buat pulut kuning untuk sambutan hari jadi suami saya hari ni. First time buat, alhamdulillah menjadi dan anak2 saya sangat suka. Suami saya terharu sangat. Terima kasih atas resipi ya!
BalasPadamSaya pun dah berkali2 masak ikut resepi ni...menjadi. TQ
BalasPadamKak azie, terima kasih atas perkongsian resepi. Saya selalu masak follow resepi kak azie. Mmg sgt mudah & hasil mmg 5 bintang. Teruskan berkongsi resepi ye kak. Semua resepi akak saya cuba mmg sedap2 š
BalasPadamSlm Kak Azie...td sy belajar buat pulut kuning...tq atas perkongsian resepi..
BalasPadamSaya pun dah prh buat 2 bpn lps. Anak bwk g sek. Cikgu & kawan2 nya kata best. Esk anak minta buat lg utk majlis akhir thn sek anak2
BalasPadamsmlm sy cuba resipi ni,first time buat pulut kuning,selalu mak buatkan tapi bila mak dah pergi selamanya bru nak belajar..alhamdulillah sy ikut step by step dlm resepi n menjadi..suami,adik,mak saudara semua puji kata sedap...terima kasih kak azie atas sharing resipi ni ��
BalasPadamterima kasih puan, saya banyak ikut resepi dari blog ni alhamdulilah menjadi, semoga ilmu ni bermanfaat
BalasPadamKlo x letk gula bole x
BalasPadamBoleh. Gula hanya untuk memberi sedikit rasa manis dan pulut yang cantik berkilat
PadamTerima kasih. Saya byk belajar n rujuk blog puan bila takde idea nk masak apa atau masak benda baru. Minta halalkan ya.
BalasPadamTerima kasih kak azie. Saya baru belajar buat pulut kuning untuk potluck sekolah suami. Hee
BalasPadamTerima kasih kak azie. Sy pun baru cuba belajar buat pulut kuning
BalasPadamTerima kasih azie. Semoga Allah melimpahkan rezekiNya kepada azie
BalasPadamRaya ni nk buat pulut kuning..tq kak azie atas resepi
BalasPadamKak Azie.. Kalau guna santan kotak waktu bila nak masukkan minyak?
BalasPadamAda yang masuk minyak masa merendam. Ada yang masuk minyak dalam santan. Mana mana pun boleh asal sebelum kukus yg akhir
PadamSalam kak azie nk tnya pulut tu x boleh lembik ka cmna?
BalasPadamBukan pa takut trlajak santan
Terima kasih pn. Azie.....nk cuba resipi ni utk raya haji di perantauan ni....Naz
BalasPadamNi dikatakan ilmu yang bermanafaat.Terima kasih puan!
BalasPadamTq k.azie...info resepi yg details..raya nanti nk cuba buat la...
BalasPadamKlau kukus letak dlm loyang boleh ke...
BalasPadamSalam kak..dia kukus berapa lama agak2...kali ni suami2 plk masuk dapurš¤£š¤£
BalasPadamSalam kak..kukus tu agak2 berapa lama ya????..ini kali suami2 pulak masuk dapur
BalasPadamAzie, Ive been following you for years and your recipes are amazing
BalasPadam