Pisang Tanduk Goreng
Kami ada membeli 2 biji pisang tanduk di pasar tani yang diadakan di tempat meletak kereta di Tangling. Kalau ada masa, saya memang suka makan nasi lemak di situ. Namun kini, nasi lemak di situ tak sesedap seperti semasa mereka berjualan di gerai berhadapan hospital Tangling. Kebetulan hari rabu, hari pertama bekerja selepas cuti perayaan tahun baru cina, jadi kereta belum banyak lagi di jalan raya.
Berbalik pada pisang goreng ini, saya memasak sebaik sampai di rumah. Itu pun sebab melihat pisang dah masak, tak sempat tunggu hujung minggu. Ini resepi yang saya gunakan...
Pisang Tanduk Goreng
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
1 cawan tepung beras
1 biji telur kuning
1 sudu air kapur
Secubit garam
Serbuk kunyit
Sedikit air
Cara cara:
Sediakan bahan bahannya. Campurkan kesemua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga kepekatan adunan menjadi seperti santan dalam kotak.
Pisang dipotong kecil dan dihiris nipis. Buang kulitnya.
Panaskan minyak di dalam kuali sehingga betul betul panas. Celup pisang di dalam adunan tepung. Masukkan dalam minyak panas
Goreng sehingga betul betul garing sebelum dibalik balikkan.
Boleh angkat dan dihidangkan
Enjoy ....
Catat Ulasan for "Pisang Tanduk Goreng"
Add your comment