Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Lemak Sahor Yang Nostalgia





Semasa belajar di UM, saya tinggal di Kolej Kediaman Ketiga. Masa musim exam, Kantin Sahor akan menjual nasi lemak sehingga pagi untuk student yang berjaga malam kerana mengulangkaji sebelum peperiksaan. 

Pada masa tu, student tak ramai yang ada kenderaan sendiri, handphone jauh sekali. Jadi kalau nak keluar, memang agak merumitkan. Kena call teksi menggunakan public phone atau berjalan kaki keluar untuk mendapatkan teksi atau bas. Jadi nasi lemak yang dijual sangat laku. 

Nasi lemak yang dijual sangat lah sedap, sehingga sekarang saya masih teringat ingatkan akan keenakan nasi lemak tersebut. Namun keadaan sekarang sudah berubah, student semua dah ada hp, ada kenderaan sendiri di kampus. Jadi mereka mempunyai pilihan untuk makan apa sahaja semasa di kampus dan boleh keluar bila bila masa disukai atau order jer fast food yang ada delivery service. Berikutan itu, nasi lemak Sahor tidak lagi selaku seperti dulu. Jadi Kantin Sahor tidak lagi menjual nasi lemak sekarang ini.

Hmm berbalik pada nasi lemak tersebut, biasanya dalam pukul 9 malam, kami akan turun ke Kantin Sahor dalam berkumpulan kerana segan sebab guys memang sentiasa ramai makan makan di situ, termasuk my laling hubby and gang. Saya ni pemalu sikit masa tu la. Lauk yang disediakan memang banyak. Kalau saya membeli nasi lemak, lauk yang sentiasa menjadi pilihan adalah perut masak gulai lemak, ayam masak sambal dan paru bersambal. Saya ni pulak jenis mesti makan dengan 2 lauk, sekurang kurangnya.

Selepas menamatkan pengajian, saya mengidam untuk memakan nasi lemak dan hubby pergi ke Kolej Ketiga untuk mendapatkannya. Kalau tak silap, itu yang terakhir dapat nasi lemak yang masih banyak lauk pauk nya. Rasanya dalam tahun 1988. Selepas itu, semuanya tak ada lagi sehingga kini.

Jadi apa opsyen yang ada? hmmm masak sendiri lah. Saya menelefon Sahor dan belajar sendiri cara cara beliau memasak nasi lemak dan gulai lemak perut. Lauk lauk lain kena korek resepinya dari Sahor pada masa yang lain pulak. Walaupun Sahor tak kukus nasi lemaknya tapi saya ubahsuai sedikit dengan mengukusnya.  

Nasi lemak ini saya masak untuk dimakan dengan Gulai Lemak Perut. Dan juga Sambal Ikan Tongkol. Apa yang boleh saya katakan tentang nasi lemak saya hari ini, ianya sangat sedap. Nak tahu bagaimana sedapnya, hmmm saya makan sampai 2 kali. Bukan 2 kali tambah tapi 2 kali makan. Masa dengan hubby tadi, saya makan sekali. Lepas habis memasak Sambal Ikan Tongkol, lagi sekali saya makan bersama Juita. Itu tandanya betul betul sedap sampai saya dah tak boleh menahan diri walaupun berdiet.

Untuk melihat resepi Sahor  untuk Gulai Lemak Perut,  boleh klik resepi di  SINI. Kalau dah namanya nasi lemak, mesti lah ada sambal tumis kan? Untuk resepi Sambal Tumis Ikan Bilis cara mak mertua saya, boleh rujuk di SINI dan untuk Sambal Ikan Tongkol pula, klik di SINI ....




Nasi Lemak


Nasi Lemak Kukus
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Beras
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2 helai daun pandan
Santan secukupnya
Air dan air kelapa
Minyak masak
1 sudu besar majerin
1 batang serai - ketuk
Garam

Cara cara:
Basuh beras dan tos hingga kering. Saya rendam dalam 20 minit beras basmathi.

Hiris hiriskan bawang merah, halia. Sediakan daun pandan, serai dan santan. Kalau ada air kelapa juga.





Panaskan minyak masak dan majerin. Tumis bawang, halia dan daun pandan sekejap. Lepas itu, masukkan santan, air dan air kelapa.  Masak sehingga mendidih. Masukkan serai.











Bila air mendidih, masukkan beras dan garam dan masakkan sehingga kering. Jika nak dikukus, pindahkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak. Jika tak mahu kukus, masak lah sehingga nasi masak.













Nasi akan menjadi cantik berkilat, berderai serta tahan lama dan tidak berkerak.








Ini pulak lauk lauk lain yang berkawan dengan nasi lemak hari ini. Pendek kata boleh makan untuk tengahari sampai ke malam lah ni











Enjoy ...






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Nasi Lemak Sahor Yang Nostalgia"

  1. Salam Akak..minta izin ye.. nak copy resepi nie...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Silakan.nresepi ni saya dpt setelah mengendeng dari Sahor sendiri

      Padam
  2. Salam kak azie..bleh x bg detail bper bnyk bhn nk gune tok nasi lemak ni..nmpk mnyelerakn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam masak nasi biasa. Cuma letak santan. Kalau biasa masak nasi biasa, brp byk guna air. Air tu diganti dg santan.

      Padam
  3. Assalam akk sy Nk tnye air kelapa nie air kelapa muda ke??..

    BalasPadam
  4. Dah lama tak
    Mkn nasik lemak, trasa bak wat nasik
    Lemak lampulak

    BalasPadam
  5. wah..ex kk3 rupanya..skrg sahur dah tutup.masa thun 2014 kami student buat mcm2 supaya sahur xditutup oleh phak pengurusan sbb bersaing dgn food village yg dulunya tempat parking lot.nasi lemak sahur memang terbaik..murah sedap dan berbaloi..

    BalasPadam
  6. Penangan sahur ... ramai yg dh rsa air tgnnya esp bdk2 3rd. Zaman sy yg jd pujaan sgt ayam goreng basah ...

    BalasPadam