Nasi Lemak Kukus Nur Qaseh
Bagaimana saya mula timbul rasa nak belajar, mencari resepi dan cuba memasak sendiri nasi lemak kukus ini ialah apabila setiap pagi saya dah sangat sangat jemu, bosan dan tak tahu apa yang nak dimakan sebagai sarapan. Jemu dan bosan tahap gaban.
Tiap hari selama berpuluh tahun, hanya makan nasi lemak yang tak macam nasi lemak. Faham lah apa maksud saya kan? Tapi apa daya, tak banyak pilihan. Pertama kerana orang menjual nasi lemak, semuanya begitu jer rupa nasi lemak mereka. Kedua kerana masa yang terhad. Saya masuk bertugas mulai pukul 8 pagi. Jadi mahu tak mahu terpaksa bersarapan di tempat yang sama jer setiap hari. Sabor jer ler...
Tiap hari selama berpuluh tahun, hanya makan nasi lemak yang tak macam nasi lemak. Faham lah apa maksud saya kan? Tapi apa daya, tak banyak pilihan. Pertama kerana orang menjual nasi lemak, semuanya begitu jer rupa nasi lemak mereka. Kedua kerana masa yang terhad. Saya masuk bertugas mulai pukul 8 pagi. Jadi mahu tak mahu terpaksa bersarapan di tempat yang sama jer setiap hari. Sabor jer ler...
Jadi saya kadang kadang meminta sahabat saya, En Hanan untuk membelikan nasi lemak kukus yang dijual di kawasan perumahan Bandar Tun Hussien Onn yang sangat sedap. Sebenarnya segan nak kirim selalu selalu. Jadi setiap kali makan nasi lemak yang dibeli, memang sangat berpuashati sebab sangat sedap, lembut berderai, lemak yang cukup serta sangat wangi. Belum lagi dikira ayam masak rendang yang dimakan dengan nasi lemak tu. Sangat sedap. Pendek kata semuanya sedap lah.
Jadi saya membelek belek resepi untuk cuba memasak sendiri nasi lemak kukus. Haa inilah resepi yang saya guna dan ubahsuai dari resepi asal Myresepi. Malam tadi saya dah mula mengukus beras dan merendam. Pagi ini saya cuma mengukus kali kedua dan ketiga.
Nasi Lemak Kukus Nur Qaseh
Oleh: Azie Kitchen
Nasi lemak kukus hari ni disajikan dengan Ayam Rendang, telur goreng dadar, ikan bilis goreng dan hirisan timun sahaja. Apa apa pun sangat berpuashati dengan hasil nya... best sesangat sangat, tak caya? Cuba dulu, baru tahu ya ....
Nasi Lemak Kukus Nur Qaseh
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan
5 cawan beras
Pati santan secukupnya
4 helai daun pandan
1 sudu kecil garam
2 ulas bawang merah (hiris)
1 inci halia (hiris)
Cara-cara
1.Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan toskan air nya. Masukkan beras ke dalam loyang. Pindahkan loyang ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 20 minit atau beras separuh masak.
2. Keluarkan beras dari pengukus dan terus rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Toskan air.
3. Setelah itu, kukus semula kali kedua beras yang telah memanjang tadi lebih kurang 15 minit atau sehingga betul betul masak.
4. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam selama 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Paras santan kena lepas paras beras. Masukkan bawang merah dan halia hiris ke dalam santan.
5.Akhir sekali, kukus lagi kali ketiga. Carik carikkan daun pandan dan tabur dalam loyang. Masukkan beras dan santan ke dalam loyang dan kukus selama 10 minit atau hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
Nota: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak. Untuk makan petang, boleh direndam pagi.
beras dibasuh, tos dan kukus selama 20 minit |
nasi dah menjadi separuh masak |
tuangkan dalam bekas lain |
Yg mana lebih sedap nasi lemak yg kukus 3 kali ni ke atau yg teknik tumis baru kukus dlm posting akak yg lg satu tu.
BalasPadamAda fak kes nasi tu bole terlembik?
Sama saja sedap nya, cuma yg ni memakan masa. Skrg saya buat yg ringkas sahaja. Tumis, masak sehingga santan kering dan kukus. Sedap dan ringkas.
Padamsalam.. santan tu berapa banyak nak guna yea... kalau masak hinga santan kering dan kukus...
PadamSalam kak, kalo pakai loyang besi yg tak der lubang bwh, jd lagi lmbt ker....cner tu
BalasPadamSalam kak..sy just nk ckp thans sgt2 ats effort akak bg penerangan bergambar..utk yg bru nk bljr mcm sy ni mmg perlu sgt2 penerangan bergambar huhu..tengkiu3
BalasPadamterima kasih share resepi ni saya memang suka sangat nasi lemak. tapi mcm byk juga ye step nya.. lama tak nak boleh siap keseluruhan proses ni?
BalasPadamSafiya yg suka makan nasi lemak :)
http://letusbehealthytogether.blogspot.com/
ala-ala nasi dagang gitu
BalasPadamalhamdulillah..sedap
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamKak,berapa banyak kuantiti halia dan bawang potong yg akak gunakan utk 5cawan beras ni ye..tq..
~khairun~
Suoerlicous. Sy cuba sebentar tadi mmg berbaloi. Tapi mesti ada elemen kesabaran untuk dapatkan sesuatu yg istimewa. Thanks for sharing with us. GBU.
BalasPadamBr nk cuba.santan byk mana
BalasPadamBergantung pada beras dsn lemak mana yang kita nak.
PadamKak nk tnye..santan tu kne msak dlu x..sya cube tp xmnjd lak..ke trlbih kembang sbb sya rendam pukul 8.30pg td..pukul 1 bru sya kukus kli ke2..
BalasPadamTak perlu masak. Jangan terlama sangat nanti kembang sangat. Beras pulut kukus lama. Kalau berasa biasa, 30 minit pun dh cukup
Padam