Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Cina



Nasi Goreng Cina



Kebetulan semalam ada nasi lebih, jadi saya dah plan untuk masak nasi goreng cina pagi ni. Resepi ini adalah resepi yang saya tak tahu dari mana saya belajar tetapi sejak dulu, ini lah cara saya memasak nasi goreng cina yang sedap. Hahaha asyik puji diri sendiri jer ni. Sedap bagi selera saya la, pada orang lain, tak tahu la pulak. Resepi ini juga yang saya ajarkan my ex maid untuk menggoreng nasi goreng cina.





Nasi goreng cina ini memang ringkas dan sangat cepat disediakan. Seperti biasa lah, anak anak tak suka sayur nanti mereka akan menguis ke tepi semua sayur sayur yang dimasukkan. Tapi tanpa sayur campur, rasanya tak lengkap nasi goreng cina. Jom kita tengok resepinya ...


Nasi Goreng Cina
 
Nasi Goreng Cina
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi putih
Ayam dipotong kecil
4 ulas bawang putih - cincang
2 biji telur
Sedikit sayur campur
Garam
Serbuk perasa
Serbuk lada putih
Bawang goreng - hiasan
Daun bawang - hiris

Tumis bawang putih hingga kekuningan.  Masukkan ayam dan goreng hingga ayam masak.  Masukkan sayur campur, garam dan sedikit serbuk lada putih.  

Ketepikan rencah ke tepi kuali, dimasukkan telur dan dikacau rata.  Masukkan nasi dan dikacau supaya bersalut dengan telur tadi.  Setelah rata, masukkan lagi serbuk lada putih dan serbuk perasa.

Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan masukkan juga daun bawang yang dihiris, jika suka.  Sedap jika dimakan bersama ikan bilis goreng yang ditabur semasa hendak dimakan.


tumis bawang putih hingga wangi

masukkan ayam yang dipotong kecil kecil

masukkan garam dan serbuk lada putih sedikit sahaja dulu

masukkan sayur campur

pecahkan telur dan kacau cepat cepat

masukkan nasi dan kacau rata sehingga telur bersalut

masukkan garam dan serbuk lada sulah lagi

tabur bawang goreng, daun bawang sebelum dihidangkan

sedap dimakan dengan ikan bilis goreng dan keropok lekor

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Nasi Goreng Cina"

  1. Sodap ehhh.(>_<)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok entri ni, teringat keropok lekor yg sedap tu

      Padam
  2. sedapnyaaa. terus terasa lapar.

    BalasPadam
  3. akhirnya jmp jugak resepi yang sy hendak... lain semua letak bawang merah dh jd bukan n.goreng cina la gaya.... tq kak zie...

    BalasPadam
  4. Wahhhh....sedappp... thanks kak.. banyak bg tunjuk ajar... tq so mmuch.. :)

    BalasPadam