Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Goreng Azie



Mee Goreng Azie Kitchen



Saya memang penggemar mee goreng sejak kecil. Mee yang digoreng hanya dengan kangkung itu terasa sangat sedap pada saya dari dulu hingga kini. Setiap kali balik kampung, saya pasti membeli mee goreng yang dijual di pasar Jelawat. Pada masa tu, memang tak mampu membeli mee goreng yang sedap yang dijual di restoran.

Teringat lagi, masa saya kecil abang abang beli mee goreng dan membawa balik. Sedapnya teringat ingat sampai sekarang tapi masa tu saya makan sedikit sahaja kerana tidur awal dek berpura pura demam sebab tak mahu mengaji Al Quran. Nakal saya kan? Sebab arwah my father yang mengajarnya dan beliau sangat garang.

OK cukup dulu, nak ceritakan di sini, saya cuba memasak sendiri mee goreng dengan membuat pelbagai percubaan sehingga saya dapat yang betul betul sesuai dengan selera. Saya hanya memasukkan ayam atau daging sahaja ke dalam mee di samping sayur sawi. Lain lain bahan saya tak suka. Tapi dah agak bertahun saya tak menggoreng mee kerana Sri Handayani, pembantu rumah yang bekerja dengan kami selama 18 tahun telah pandai menggoreng mee mengikut selera saya. Sejak itu, saya dah lama tidak memasaknya sendiri. Tapi kini setelah mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil pembantu rumah, segalanya harus dibuat sendiri. Bila dah teringin nak makan mee goreng, kena lah memasaknya sendiri. huhuhu nak buat camne kan? Tapi puashati sangat, kerana terasa sungguh sedap sampai menambah 2 kali.  hihihi terlupa azam nak diet jap ..

Jom lah kita layan gambar gambar dan resepinya ...



Mee Goreng Azie Kitchen

Mee Goreng Azie

Bahan bahan:
1 pek mee kuning
Ayam atau daging - potong kecil
4 ulas bawang putih - ketuk
1 sudu besar cili kisar
Sayur sawi
Garam
Kicap
Sos tomato
Sos cili

Bahan Hiasan
Cili merah - hiris
Daun bawang - hiris
Bawang goreng
Limau nipis - hiris


Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing. Masukkan ayam atau daging. Masukkan sedikit air dan goreng lagi hingga masak.

Bila ayam masak, masukkan garam, sos tomato, sos cili. Jika mahu masukkan buah tomato yang dipotong 4, boleh juga dimasukkan masa ini. Kacau rata dan biar agak berkuah pada masa ini. Kuah ini yang akan menyerap dan melembutkan mee nanti.

Masukkan mee kuning ke dalam kuali dan tuangkan sedikit kicap dan sayur sawi. Pada masa ini bolehlah ditambahkan lagi sos tomato. Masak sehingga kuah menjadi kering dan mee pun lembut dan bersalut dengan perencah.

Boleh lah diangkat apabila sayur sudah layu. Masa dihidang, taburkan cili merah, daun bawang dan bawang goreng. Akhir sekali sebelum dimakan, perah sedikit air asam limau nipis. Tanpa air limau nipis, mee goreng menjadi tidak lengkap pada selera saya.



tumis bawang putih


masuk 1 sudu cili kisar dan digoreng hingga garing


masukkan ayam dan goreng hingga masak


masukkan air dan sos cili serta sos tomato


masukkan batang sawi


masukkan mee kuning dan kacau rata


masukkan sayur sawi


masukkan cili merah, kicap, sos tomato dan bahan perasa


Mee Goreng Azie Kitchen
tabur daun bawang, bawang goreng dan hirisan limau nipis






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

35 ulasan for "Mee Goreng Azie"

  1. Kak Azie..mmg sedap..seriously..saya mmg tak pernah dapat goreng mee yg sedap..tapi kali ni sampai kena dua kali masak..anak nk lagi..hehe..tq kak azie..the best mee ever..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ee, tahniah kerana berjaya menghasilkan mee goreng sendiri yg boleh diubahsuai ikut selera sendiri

      Padam
  2. Garam masuk byk x

    BalasPadam
  3. Sos cili, sos tomata berapa byk kak letak? Kak guna kicap manis kew

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sos cili saya tak letak banyak tapi sos tomato agak banyak. Masukkan sedikit sedikit, sambil dikacau rasa dulu, tak cukup masuk lagi sampai jadi belengas. Saya guna kicap tamin biasa tu. Yang penting sukatan air supaya sedang elok jer mee nya. Kali nampak keras, tambah sikit lagi air. Kena praktis. Ini pun berpuluh tahun saya mencuba kerana tak puashati dengan mee yg dibeli di luar. Selain itu yg utama pada selera saya ialah hiisan limau nipis yang diperah sebelum dimakan.

      Padam
  4. mee goreng ni lmbap2 ker atau kering..

    ~~salyyna

    BalasPadam
  5. tq azie... rasa bertuah jumper dgn blog masakan azie ni..rahmat bulan puasa.. mencari2 menu berbuka utk famili...dapat blog yg menarik..masak melalui hati.. masak dgn iman...

    BalasPadam
  6. TQ azie.. selera ore kelate..

    BalasPadam
  7. Tq kak..saya ni newbie lg bab2 masak nie..hehehehe..da try buat tdi..sedap..

    BalasPadam
  8. kak azie...nak tny...mee grg mmg x pyh letak sos tiram ye...

    BalasPadam
  9. seriusly nampak menyelerakan, nak2 plak tgh pose ni...wajib try tuk berbuka jap lg hihihi....

    BalasPadam
  10. Yeay Dah siap masak.. Anak2 pon suka.. Tq dear!

    BalasPadam
  11. Salam Kak Azie...saya cuba resipi ni semalam...siap beli kicap tamin lagi khusus untuk resipi ni. Sangat2 sedap dan memang perahan limau nipis tu memantapkan lagi...terima kasih banyak2 kerana sudi share resipi2 akak.

    BalasPadam
  12. Sya suka tgk website ni kalu nak masak something... Trima kasih sbb mnjadi pentelamat saya bila sya kna prepare any dish kalau ada celebration kat sini... Stiap kali nak buat tu sya tgk blog ni sbb takut x sedap.. Hehehe

    BalasPadam
  13. Betul Solihin Abu.. saya pon slalu Google ikut Azie nye blog utk cooking. Instruction sgt simple n mudah difahami.

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Ooh rasanya akan jadi lain. Tapi boleh saja cuba. Kalau selera saya, mmg tak suka rasa sos tiram dlm mee.

      Padam
  15. Pakai perasa ? Perasa aper?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa apa jer. Aji ke atau Maggi secukup rasa ke.

      Padam
  16. Assalamualaikum.. Nk tnye, mee tu bungkus 1/2kg ke 1kg ye kak? ~ana~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna yg kecil jual kt giant. Kalau nak besar pun boleh. Tambah jer bahan. Bahan tu hanya anggaran. Saya suka letak bawang putih banyak.

      Padam
  17. Kak azie guna cili kisar dr kedai atau yg home made ye?...bukn apa, kalau boleh nk yg sebijik sama rasa mcm mee kak azie....hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zana, nak masak apa pun, sedap menggunakan cili kering yang dikisar sendiri.

      Padam
  18. Mmg sedap saya baru cuba n walaupun tk letak daging n ayam rasa dia mmg terbaik, sampai habis sekuali 3 org makan, tq kak azie.

    BalasPadam
  19. memang sedap..suke follow resepi dr azie blogspot ni..mmg menjadi.. ;-)

    BalasPadam
  20. Nak tanya mee tuh kene basuh dulu x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak pernah pulak basuh. Kadang kadang saya tuang kicap dan gaul gaul dulu sebelum masuk dalam kuali

      Padam
  21. kak azie. sedap sgt. sy dh try buat mmg menjadi. tq atas resepi yg sedap ini...

    BalasPadam
  22. Tq kak azie. Sy dh cuba resepi akak. Mmg sedap walaupun simple. ☺

    BalasPadam
  23. Sy pun baru je try walupun x ada limau sedap juga suami menambah. ALHAMDULILLAH terimakasih resipi ni kak Azi

    BalasPadam
  24. ermm..sgt best...dah try resepi ni..

    BalasPadam