Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Seri Muka Bakar Yang Sangat Enak



Kuih Seri Muka Bakar Yang Sangat Enak


Dalam saya tercari cari apakah kuih yang akan disediakan untuk majlis hi tea tempohari, sahabat baik saya, Yarina bercerita pasal keenakan kuih yang dibuat oleh mak mertuanya yang merupakan pakar dalam membuat kuih seri muka. 

Sangat teruja mendengarnya, saya terus meminta resepi dan terus menulis dalam ipad. Walau bagaimanapun saya tak jadi menyediakan kuih ini semasa hi tea atas sebab sebab tertentu. Jadi hari ini, selepas siap masak untuk breakfast, siap masak untuk lunch juga, saya meminta hubby ke kedai membeli santan kerana tiba tiba jer teringin nak membuat kuih Seri Muka Bakar yang tertangguh baru baru ini.

Saya memang nak mengumpul dan mencuba resepi resepi tradisional yang memang dibuat oleh orang orang tua kita dulu. Saya pun baru dapat tahu yang my mom pun pakar dalam memasak kuih muih. Malahan masa saya kecil my mom menghantar kuih yang yang dibuat di kedai kedai makan dan sangat laris.  

Antaranya adalah kuih bronok, tapai beras, lompat tikam, putu mayam dan banyak lagi.  Mungkin masa tu, saya kecil lagi sebab saya tak dapat mengingatinya kecuali tahu tugas saya yang perlu mengisar tepung beras dan tepung beras pulut untuk dibuat kuih muih.

Yang seronok sikit pasal kuih ini ialah lapisan atas nya dibakar berbeza dengan kuih Seri Muka yang biasa dibuat di mana lapisan atasnya dikukus sahaja. Tambahan pula, pengukus saya pun tengah bermasalah, jadi eloklah juga mencuba kuih ini yang hanya dibakar. 

Ya ampuuun, semerbak bau dapur saya dengan bau kuih ini semasa sedang dibakar. Rasanya sedap sekali, pasti anda akan merasakan kelainannya dengan kuih seri muka biasa. Sangat sedap, sangat enak weh, adik kakok. Marilah cubo, baru tahu....

Jom kita tengok resepi. Terima kasih kepada Yarina kerana telah sudi berkongsi resepi keluarga dia untuk dicuba ... 



Kuih Seri Muka Bakar Yang Sangat Enak


Kuih Seri Muka Bakar
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Lapisan Bawah:-
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam halus
sedikit minyak masak (esp, jika guna santan kotak) 

Cara cara:
Rendam pulut sekejap. Basuh bersih  dan toskan.  Masukkan pulut, santan dan garam ke dalam loyang. Untuk kali ini, saya hanya membuat separuh sahaja dari adunan lapisan bawah, itu sebab ianya kelihatan agak nipis.






Kukus selama 30 minit. Bila masak, digaul  rata dan pindahkan ke dalam loyang yang sudah disapu sedikit minyak.  Tekan dan ratakan.







Bahan Lapisan Atas:-
4 biji telur gred B
1 cawan gula pasir - kurangkan 1 sudu besar
3 cawan santan 
½ cawan air daun pandan
¾ cawan tepung gandum - tambah 1 sudu besar
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil esen pandan
Sedikit pewarna hijau - jika suka
Beberapa helai daun pandan

* daun pandan dikisar dgn ½ cwn air dan ½ biji bawang merah + 1 cm halia +   sudu jintan manis + kulit kayu manis

Cara cara: 
Kisar kesemua bahan dan tuang ke atas pulut.  





Bakar pada 180 C selama 45 minit ke 1 jam atau sehingga masak yang bergantung juga kepada saiz loyang yang diguna.  Guna cake tester atau lidi untuk melihat samada kuih sudah masak





Potong dengan pisau plastik apabila kuih benar benar sejuk.





Boleh lah dihidangkan ...



Kuih Seri Muka Bakar Yang Sangat Enak


Nota: Untuk rujukan - di masa akan datang, saya mahu kurangkan gula sebanyak 1 sudu besar dan tepung gandum ditambah lagi 1 sudu besar.

Enjoy ....



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

14 ulasan for "Kuih Seri Muka Bakar Yang Sangat Enak"

  1. Salam kenal azie.nampak sedap tu..nak cub lah..tq for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal juga utk Nor. Cubalah, sedap sekali.

      Padam
  2. Salam kenal azie.nampak sedap tu..nak cub lah..tq for sharing

    BalasPadam
  3. Salam kenal azie.nampak sedap tu..nak cub lah..tq for sharing

    BalasPadam
  4. Salam kenal azie... teringin nak cuba... baru first time tengok resepi seri muka yg berbakar dan mengunakkan bahan bawang merah, halia dan jintan manis dan kayu manis ni...

    please confirm.. betul ke ni:

    ====================================
    * daun pandan dimesin dgn air dan 1/2 ulas bawang merah + 1 cm halia + 1/3 sudu jintan manis + kulit kayu manis

    ========================

    tqvm for sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chanel,
      Ini adalah resepi turun temurun keluarga sahabat baik saya

      Padam
  5. Salam akak..
    nak tnya, utk seri muka ni, guna api atas/bawah/both?

    tq!

    BalasPadam
  6. best tngk blog akak ni. resipi simple tp nmpk sedap2..

    BalasPadam
  7. Tq. Resepi yg sgt detail!

    BalasPadam
  8. hmm..yummy,thanks untk resepinya..mintak share yer..

    BalasPadam
  9. menyelerakan betul lah kak azie...nak tanya....sukatan jintan manis tu...1/3 sudu kecil ke besar?kulit kayu plak banyak mana?

    anis

    BalasPadam
  10. kuih kak azie buat memang xmengecewakan...nak cuba yang ni pulak

    BalasPadam
  11. Tengah baking...😍😍😍😍😍 tak sabar nk tngu hasil... Tq kak azie😍😍😍😍

    BalasPadam