Bingka Durian
Sangat mendamaikan kerana di bawah suram suram cahaya lampu jalan, suasana sangat berbeza. Kami beli 2 biji durian yang memang disimpan untuk dibuat kuih muih nanti.
OK berbalik kepada kuih bakar ini, kiranya kuih ini adalah kuih pertama yang saya masak untuk tahun 2012. Penyediaan apa apa kuih bakar atau bingka memang cepat. Sukat sukat dan blend, siap untuk dibakar.
Begitu juga dengan kuih ini yang saya sediakan hanya separuh adunan dan dibakar dengan acuan muffin. Jom kita tengok gambar gambar dan resepinya....
Kuih Bakar Durian
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan
250 gm isi durian
250 gm isi durian
1700 ml santan (600ml santan kotak+1100ml air)
600 gm tepung gandum
400 gm gula pasir
6 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil pewarna kuning
Cara-cara
Satukan kesemua bahan2 kedalam sebuah mangkuk dan kacau rata.Tuang pula adunan kedalam pengisar dan kisar bahan2 hingga halus.
Tuang semula adunan yg telah dikisar ke dalam mangkuk dan kacau lagi hingga rata dan sebati.
Tuang semula adunan yg telah dikisar ke dalam mangkuk dan kacau lagi hingga rata dan sebati.
Sementara itu, oven hendaklah dipanaskan dahulu pd suhu 180C.
Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan bahulu yang bergris dan bakar selama 45 min atau hingga masak.
sedapnya..nampaknya lepas pantang baru dapat makan...
BalasPadamboleh juga guna empuk durian sebagai ganti fresh isi durian. lepas pantang, boleh makan ni. masak pun mudah, blend jer semua.
BalasPadam