Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Breakfast Mee Goreng Untuk Nellisa



Mee Goreng Azie Kitchen



Semalam Nelly meminta digoreng mee basah sikit katanya. Biasanya dia jarang breakfast di rumah, apalagi meminta dimasakkan apa apa untuk breakfast.  Ini adalah mee goreng yang saya masak dengan beberapa percubaan bagi menetapi selera saya yang memang suka sesangat sangat suka dengan mee goreng.  Kalau tak kena selera, memang saya tak makan walaupun nampak sedap.  

Saya cuma guna bawang putih sahaja yang diketuk dan dicincang.  Tumis bawang putih dan masukkan sedikit cili kisar setelah bawang kekuningan dan wangi.  Yang ini penting, cili mesti betul betul masak dan berbau wangi.  Lepas tu, baru masukkan isi ayam.  Masak sehingga ayam masak sepenuhnya.

Jom layan layan jer lah pagi pagi minggu ni ...





Lepas tu, bolehlah masukkan air sedikit bagi masakkan ayam.  Masukkan garam dan sos tomato.  Biarkan masak dengan air dan sos  tomato tadi.   Campakkan lah batang sawi dan goreng hingga lembut.






Lepas tu, masukkan lah mee kuning.  Nanti mee akan masak dengan air rebusan tadi.  Sesuaikan air supaya mee cukup lembutnya.  Masukkan kicap dan sos tomato lagi, bagi ianya bersalut di mee kuning.   






Akhir sekali masukkan daun sawi dan cili merah hiris serta bahan perasa, jika suka.  







Sebelum dihidangkan, boleh lah tabur bawang goreng, daun bawang hiris dan limau nipis.  Limau nipis ni, wajib pada saya bagi melengkapkan mee goreng azie  ...


Mee Goreng Azie Kitchen




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Breakfast Mee Goreng Untuk Nellisa"