Bila Saya Mengamuk ...
Hahaha suspen tak? bila saya mengamuk di dapur, habislah melayang periuk belanga, berkecai pinggan mangkuk ... Ohh tidak tidak, tidak gitu. Saya sayang pinggan mangkuk saya yang saya beli dengan duit gaji sendiri. Saya mengamuk kerana dalam kabinet dapur dan kitchen store saya mula dihuni oleh sang lipas. Bila masuk ke dalam store, siap bunyi mereka berpesta menari nari. Mahu hati saya tak panas. Malam tadi saya pos dalam fb bertanyakan pendapat kawan kawan. Alhamdulillah ramai yang sanggup berkongsi petua dan pengalaman masing masing. Jadi hari ni berkali kali saya menghantar bbm kat my Laling Hubby minta membelinya.
Haaa nak tahu apa dia? Tunggguuuu.... balik jer dari pejabat terus menghala ke USJ 21 mencari kedai CNI ... nak tahu nama produknya? ohh namanya CO-GO dari CNI. Lepas jer makan malam, terus bagi pengumuman pada anak anak akan serangan yang akan dilakukan. Kena beritahu mereka supaya mereka faham langkah langkah yang perlu diperhatikan seperti bekas minuman dan makanan yang mesti dibasuh dahulu. Tak sabar nak tunggu malam, terus jer masuk store dan mulakan serangan. Tak sampai 10 minit, segala datuk nenek, cucu cicit mereka mula muncul dan menyerahkan diri. Satu demi satu tersungkur ... puas hati saya.
Terima kasih semua pada kawan kawan fb yang sudi berkongsi pengalaman antaranya Sarizah, Rusila, Maisarah, Suhaili dan ramai lagi. Misi berjaya ...
Catat Ulasan for "Bila Saya Mengamuk ..."
Add your comment